Episode 45 - "Untuk kali terakhir."

36.4K 1.1K 81
                                    

"I love you." ucap Hafiya perlahan.

Pergerakan Aiman menjadi kaku seketika. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

"Tak perlu paksa diri sayang untuk jaga hati abang." kata Aiman kepada isterinya dengan kekok.

Kemudian, dia meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Angin di tepi pantai itu sungguh nyaman rasanya. Hafiya yang terasa bosan mula menolong Aiman meletakkan makanan di atas tikar yang dibentangkan suaminya sebentar tadi.

Dalam beberapa minit sahaja, semua kerja sudah selesai. Aiman dan Hafiya terus melabuhkan punggung di atas tikar. Mulut masing-masing terkunci ketika itu kerana melayan perasaan sendiri.

"Sayang ingat tak kita pernah salah pergi pulau?" soal Aiman tanpa memandang wajah isterinya.

Hafiya yang menuang air teh ke dalam cawan plastiknya hanya mengangguk.

"Sayang nampak pulau tu? Tu la pulau yang kita salah pergi tu." Aiman menunjukkan menggunakan jari telunjuknya.

"Like seriously?"

"Yup!" balas Aiman dengan yakin.

Keadaan itu sunyi kembali. Tiba-tiba Aiman baru teringat yang dia ada membawa kamera DSLR bersamanya. Dia terus mengeluarkan kamera tersebut. Wajah Hafiya yang sedang termenung ditangkapnya.

Klik!

Muka Hafiya kelihatan tergamam.

"Tak payahlah nak tangkap gambar. Bukan dapat apa-apa pun. Lagipun..."

"Shhh. Sepanjang harini kita tak payahlah cakap pasal tu. Kita enjoy je kay." potong Aiman apabila Hafiya mula membebel.

"Okay." jawab Hafiya mengalah.

Dia memandang Aiman yang sedang tersenyum sambil membelek kameranya. Kalaulah Aiman buat macam ni dulu. Senyum macam ni. Mesti dah selesai perkara sebegini. Tapi semuanya dah terlambat.

"Tak bosan ke duduk macam ni je sepanjang hari?" soal Hafiya mengalihkan pandangannya ke arah beberapa keluarga yang turut berkelah di situ.

"Nope. Sebab ada sayang." jawab Aiman dengan nada tenang.

Hafiya mencebik.

"Tapi saya bosan. So, saya nak pergi jalan-jalan. Bye." pinta Hafiya dan terus bangun tanpa menunggu balasan dari Aiman.

Aiman masih duduk terpinga-pinga di situ. Apabila bayang Hafiya semakin menjauh, Aiman terus menyarungkan seliparnya dan mengejar langkah Hafiya.

Tengah Hafiya mengelamun, tangannya tiba-tiba dicapai dan digenggam erat oleh Aiman dari belakang. Mata Hafiya terbuka luas kerana terkejut.

"Untuk kali terakhir." jelas Aiman tanpa sempat Hafiya bersuara.

Mereka berjalan sekitar pantai itu tanpa sebarang perbualan. Matahari yang terpacak tadi kini kian hilang.

"Jom balik." ujar Hafiya apabila mereka kembali ke tempat asal mereka berkelah.

"Siapa kata kita balik hari?" balas Aiman.

"Eh?" Hafiya sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Harini kita berkhemah dekat sini. Yeaa" terang Aiman dengan muka ceria.

Dia segera pergi mengambil peralatan khemah dan terus memasangnya. Terkebil-kebil Hafiya dalam situasi itu. Selepas itu, Aiman menyalakan unggun api pula. Kerja itu diselesaikan sehingga bulan mula muncul.

[HHC] Hari-Hari CintaWhere stories live. Discover now