"Balqis!!" laung Aiman dari bawah.
"Ye.. ye.. ye. Saya turun ni." balas Hafiya.
Di tangannya mengheret sebuah bagasi turun setiap satu persatu anak tangga.
Aiman tersenyum sambil mengusap belakang tengkuknya. Seronok melihat telatah isterinya. Pada tangga terakhir, entah silap apa kaki Hafiya tersadung pada roda bagasi itu.
Tangan Aiman sempat merangkul pinggang isterinya sebelum terjatuh menyembah bumi. Hafiya terperanjat.
"Lain kali minta tolong aku. Aku suami kau. Mulai hari ini kau boleh bergantung pada aku." kata Aiman di telinga Hafiya.
Mereka kekal posisi itu beberapa minit. Muka Hafiya sudah kemerahan.
"Jangan buat muka macam tu depan aku, please?" tambah Aiman.
"Huh?" Hafiya memandang Aiman.
Tiba bibirnya dicium oleh Aiman.
"Jangan cakap aku tak bagi amaran." Aiman tersengih sebelum membawa bagasi itu ke dalam kereta.
Hafiya berdiri kaku di situ. Dia memegang bibirnya.
"Oh my.."
"Sampai bila Balqis nak duduk situ? Nak aku dukung bawa masuk dalam kereta ke?" usik Aiman.
Hafiya menggeleng laju. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kereta.
"Here we go!" ucap Aiman ceria.
"Yeah!" ujar Hafiya tiba-tiba.
Mata Aiman terkebil-kebil melihat Hafiya yang tiba-tiba bersemangat. Hafiya tersenyum malu.
"Kalau awak pandang saya, bila kita nak bertolak?" soal Hafiya.
"Eh! Betul juga tu. Biasalah ada bidadari kat sebelah. Hilang fokus aku." puji Aiman sebelum mengundur kereta meninggalkan perkarangan rumah.
•••••
Sepanjang perjalanan masing-masing mengambil keputusan berdiam diri sahaja.
Hafiya menutup mulutnya apabila dia menguap. Aiman memandang daripada ekor matanya.
"Kalau kau mengantuk tidur je." pesan Aiman.
"Takper. Saya boleh tahan lagi." tolak Hafiya.
Aiman mengangkat keningnya.
"Ah, aku lupa nak tanya. Kau ada lesen kereta tak?" tanya Aiman.
Hafiya mengangguk perlahan.
"Kenapa kau selalu naik teksi or jalan kaki?"
Tiba-tiba Hafiya tergelak. Aiman membuat muka pelik. Orang tanya, boleh pula dia gelak.
"Apa la awak ni. Saya ada lesen je. Kereta mana ada." ujar Hafiya.
Aiman terdiam. Baru dia perasan tadi Hafiya ketawa. Tak pernah dia melihat muka Hafiya yang begitu gembira.
"Hello, kau anak Tengku kay. Takkan kereta sebiji pun takde?" Kata Aiman lagi tidak puas hati.
"Ops pembetulan. Anak angkat. Actually saya bukan jenis meminta. Apa yang saya nak kalau boleh biar saya usaha sendiri. Baru rasa puas bila dengan duit kita sendiri." jawab Hafiya.
Aiman mengangguk setuju. Dia pun bukan suka meminta daripada orang lain.
"Wah! Awak, laut lah!" jerit Hafiya teruja.
Dia menepuk-nepuk bahu Aiman. Aiman menggeleng kepalanya tidak percaya dengan perangai Hafiya. Banyak lagi dia tidak tahu tentang isterinya.
"Balqis, kalau kau teruja pun jangan la tampar bahu aku. Aku tengah memandu ni."
YOU ARE READING
[HHC] Hari-Hari Cinta
RomanceKalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang...