"Kereta?!" ujar Hafiya terkejut.
Aiman tersenyum sambil mengangguk.
"Suka tak sayang?" soal Aiman.
Perlahan-lahan bibir Hafiya mengukir senyum. Akhirnya dapat juga dia memujuk hati isterinya.
"Gila tak suka? Sukalahh." jawab Hafiya dan terus memeluk Aiman.
Aiman tergamam. Matanya terkebil-kebil. Suka sangat ni. Kereta je pun.
"Sukanya sayang." ucap Aiman.
Hafiya lepaskan rangkulan itu.
"Hadiah daripada abang. Of course la suka." Kata Hafiya sambil menjulingkan matanya.
"Kereta je yang abang mampu." Aiman sengaja menguji Hafiya.
"Abang bagi apa pun kat sayang. Sayang tetap akan suka." balas Hafiya.
"Are you serious?"
"Yep. 99%"
"But why?"
"Sebab ini first time abang bagi sayang hadiah."
Dia tersengih ke arah Aiman. Suasana di sekeliling taman semakin lama semakin sunyi kerana matahari tidak lama lagi akan terbenam.
"Jom sayang." ajak Aiman.
"Pergi mana pulak ni?"
"Kita solat dulu. Then, ada sesuatu yang abang nak buat dengan sayang."terang Aiman.
Hafiya mengangguk.
••••••
Selepas menunaikan kewajipan mereka sebagai umat Islam, Aiman membawa Hafiya ke suatu tempat.
Taman Kejora.
Hafiya mengangkat keningnya.
"Nak buat apa kat Taman Kejora ni lagi abang. Tadi baru je kita.."
"Tenang sayang. Abang pasti sayang mesti kagum." kata Aiman sambil menggenggam tangan Hafiya.
Hafiya mengulum senyuman.
Kereta tersebut berhenti apabila sampai ke destinasi. Hafiya memandang keseluruhan taman itu.
Cahaya lampu suram. Taman itu pula kelihatan kosong. Apa yang nak dikagumkan? Soal Hafiya dalam hati.
"Taman ni dah tutup kot. Boleh ke kita masuk, abang?" ujar Hafiya.
Baru Aiman ingin menjawab soalan Hafiya, telefonnya berdering. Aiman memandang Hafiya lama.
"Angkatlah." kata Hafiya tanpa ragu-ragu.
Dengan segera Aiman mengangkat panggilan.
"Assalamualaikum?" ujar Aiman.
"Abang!" terpekik Hani di hujung talian.
"Kenapa ni?" balas Aiman dengan dahinya berkerut.
Suara adiknya kedengaran gelabah. Rasa tidak sedap hati pula.
"Ka.. Kak Farah.. Dia... kemalangan.." ujar Hani teresak-esak.
Jantung Aiman bagaikan terhenti apabila mendengar nama Farah. Lagi-lagi apa yang dikhabarkan oleh adiknya.
"Adik, Amal ada Amal?"
"Ada, dia baru nak masuk bilik kecemasan." jawab Hani.
"Pass telefon ni kat dia." arah Aiman gelabah.
Hafiya hanya memerhati dari tadi. Apa dah jadi. Macam kelam kabut je tu.
"Hello bro." kedengaran suara Amal di talian.
YOU ARE READING
[HHC] Hari-Hari Cinta
RomanceKalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang...