Hafiya termenung melihat kek di hadapannya sekarang ini. Nak makan, selera dia dah lama hilang.
Herm. Bawa balik rumah je lah.
"Kenapa tengok je kek tu?" tegur lelaki itu lalu duduk bertentangan dengan Hafiya.
Mata Hafiya terkebil-kebil memandang lelaki di hadapannya.
"Haikal! Apa awak buat kat sini?" ujar Hafiya terkejut.
Haikal ketawa kecil.
"Terkejut betul kau tengok aku. Aku datang sini joging la." terang Haikal.
Hafiya mengangguk kemudian mendiamkan diri. Haikal meneliti wajah Hafiya. Muram.
Matanya pula kelihatan bengkak. Macam baru lepas menangis. Haikal ternampak kek di depannya.
Happy Birthday to me? Birthday Fiya?!
"Err, Fiya. Mana Aiman?" soal Haikal teragak-agak.
"Ouh, dia takder." jawab Hafiya sambil tersenyum.
Haikal mengangguk. Patutlah sedih. Aiman takde rupanya.
"Happy Birthday Fiya." ucap Haikal lembut.
Dia menghadiahkan Hafiya senyuman manis. Hafiya yang mendengar tergamam.
"Apa? Say something la Fiya." kata Haikal dengan muka 'innocent'nya.
"Err, maybe thanks?"
"My pleasure." balas Haikal dengan senang hati.
Keadaan kembali sunyi.
"Fiya, taknak ke potongkan kek untuk aku?" rungut Haikal.
Hafiya menepuk dahinya. Senyuman di bibir diukir. Kek tadi pula dipotongnya.
"Nah, pinggan takder. Makan guna tangan je lah." kata Hafiya.
Haikal mengangakan mulutnya.
"Nak suap." pinta Haikal.
Hafiya menjeling menggoda gitu kepada Haikal.
"Mengada. Makan sendiri eh." balas Hafiya sambil menggelengkan kepalanya.
Haikal menyuapkan kek tersebut ke dalam mulutnya. Yummy!
Hafiya memandang Haikal yang sedang menikmati kek tersebut. Tiba-tiba matanya memandang pipi Haikal.
Ada secalit cream di situ. Terus meletus ketawa Hafiya. Lelaki di hadapannya berkerut.
"Kau dah kenapa gelak?" soal Haikal sambil membuat muka cuak. Mana tau Fiya kena sampuk.
"Nah, ambil tisu ni. Awak ni memang makan guna pipi eh?" usik Hafiya.
Haikal segera menyambut huluran Hafiya. Mukanya sudah kemerahan.
"Ma.. Mana la aku tahu. Sedap sangat kek ni." bela Haikal.
Kemudian keadaan kembali sepi.
"Awak nak tahu tak Haikal? Kalau awak taknak tahu pun saya tetap nak bagitahu. Saya bakal jadi ibu!!" cerita Hafiya cuba menceriakan dirinya.
Haikal tersenyum lebar. Teruja betul cerita pasal baby dia. Dapat juga dia melihat Hafiya tersenyum.
"Kau tahu Fiya, kau nampak cantik bila kau senyum." puji Haikal merenung ke dalam mata Hafiya.
Hafiya tergamam. Dia tersenyum malu apabila mendengar pujian dari Haikal.
"Kalau saya tak senyum saya tak cantik la maknanya?" gurau Hafiya.
YOU ARE READING
[HHC] Hari-Hari Cinta
RomanceKalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang...