Aiman terus terjaga daripada tidurnya setelah terdengar bunyi azan.
Dia melihat jam di telefon bimbitnya. 7.28 malam. Dengan pantas dia pergi bersihkan diri dan menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam.
Aiman termenung seketika. Tiba matanya ternampak kotak kecil yang berada di atas meja kerjanya.
Dia membuka kotak tersebut. Isi di dalam kotak itu rupa-rupanya seutas jam yang sama dengan jam yang pernah dia hilangkan dulu.
Aiman melihat nota di sebelah kotak itu.
P/s: saya minta maaf sebab tak jumpa jam yang awak cari. Saya harap jam ni sama dengan jam awak yang hilang.
Aiman ketawa kecil. Isteri dia memang lurus. Padahal dah lama dia jumpa jam yang hilang itu.
Kemudian dia turun ke bawah. Kelihatan Hafiya sudah berada di dapur. Aiman memerhati dari jauh.
Dia tersenyum kecil tanpa dia sedar. Comel sahaja melihat Hafiya bertungkus lumus membuka penutup botol.
Akhirnya Hafiya mengalah. Dia meletakkan botol tersebut kembali.
"Kau ni lemah betul. Setakat penutup botol pun tak boleh buka." tegur Aiman mendekati Hafiya.
Hafiya terperanjat dengan kehadiran Aiman.
"Awak ni, terkejut saya. Sape kata saya tak boleh buka penutup botol." balas Hafiya tak mahu kalah.
Aiman menjeling tajam ke arah Hafiya sebelum membuka penutup botol tersebut.
"Nah." Aiman menghulurkan botol yang mengandungi air itu.
"Thanks." ucap Hafiya perlahan sebelum mengambil botol itu dari Aiman.
Baru niat Hafiya mahu melangkah, dia memandang Aiman kembali.
"Awak, nak saya buat kek strawberi sekarang ke?" soal Hafiya.
Aiman hanya mengangguk. Hafiya memandang pelik melihat Aiman berdiri statik sahaja di situ.
"Awak, pergilah duduk."
"Kenapa? Kau takut dengan aku ke?" soal Aiman.
"Err.. Mana ada." sangkal Hafiya gugup.
Kemudian dia terus meninggalkan Aiman bersendirian. Hafiya membuat kerjanya tanpa menghiraukan Aiman yang berada di situ.
"Awak, kalau nak air ke apa ke cakap tau. Yang pasti jangan masuk dapur." pesan Hafiya sebelum meneruskan kerjanya.
Idea jahat di kepala Aiman mula muncul. Dia tersenyum nakal seorang diri.
"Dan jangan nak sabotaj kek saya." sambung Hafiya lagi.
Semangat dalam diri Aiman tiba-tiba luntur. Ceh, macam tahu je ape yang aku fikir.
"Kalau aku nak tolong? Cepat sikit aku dapat makan kek." ujar Aiman.
Hafiya berkerut. Biar betik suaminya itu. Demam ke eh?
"Awak kenapa tiba-tiba baik ni? Sejak pagi tadi mood awak baik." luah Hafiya.
Aiman tersengih. Hensem kau. Tak pernah Hafiya melihat senyuman Aiman seikhlas itu.
"Bila aku fikir balik, bukan salah kau pun. Patutnya aku berterima kasih kat kau sebab jaga nama baik keluarga aku sebab perkahwinan aku dengan Farah tak jadi. Tapi.."
YOU ARE READING
[HHC] Hari-Hari Cinta
RomanceKalau dah namanya isteri, Dia sentiasa mahu jadi yang pertama. Tetapi disebabkan dia berkahwin dengan sang suami atas permintaan keluarga, Dia diduakan. Bagaimanakah pengakhirannya? ******* "Awak tahu tak dalam dunia ni ada banyak perkara yang...