[1]Pelajar baru

2.7K 69 2
                                    

"Aryan!!"Gadis kecil itu berlari mendapatkan kawannya yang sudah terbaring dengan tembakan di dada.Darah mengalir keluar.Seorang lelaki berkot hitam yang berdiri hanya beberapa meter sahaja daripada mereka tersenyum puas melihat adegan itu.Dia menyimpan pistol yang digunakannya di dalam poket kemudian berlalu pergi.Radhwa menangis.Dia tidak mampu untuk melawan lelaki itu.Mengapa Aryan harus dibunuh?

_ _ _

Radhwa memegang kepalanya yang terasa sakit.Apabila dia teringatkan akan tragedi itu,kepalanya mesti akan terasa sakit.Dia biarkan sahaja kesakitan di kepalanya itu hilang dengan sendirinya.Hari ini merupakan hari pertama Radhwa bersekolah di sekolah baharunya,Cempaka Private High School.

Sekolah ini adalah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar daripada golongan bangsawan.Radhwa merupakan anak kepada pemilik syarikat terbesar di negara ini yang telah berhubung dengan beberapa syarikat di luar negara,jadi dia layak untuk masuk ke sekolah ini.

Lamborghini itu berhenti di tapak utama sekolah.Setelah mengucapkan terima kasih kepada pemandunya,Radhwa keluar dan terus berjalan ke pejabat.Ramai pelajar yang masih berlegar-legar di kawasan sekolah tersebut.Mungkin loceng belum dibunyikan agaknya.Urusan telah diselesaikan,dia disuruh untuk pergi ke kelasnya iaitu 2-A,kelas pertama.

Apa ni?Peta tak bagi,GPS tak bagi,terus suruh dia pergi ke kelas?Takkan takde orang untuk tunjukkan jalan?Bangunan kat sekolah bukannya satu tapi empat,besar pula tu..Macam mana dia nak cari.Radhwa mencebik.Loceng sudah berbunyi.Dia melihat jam di tangan,sudah pukul 7:40.Kelas akan mula pada pukul 8 pagi.Sempat lagi untuk dia pergi ke kelasnya.

Akibat terlalu fokus akan buku yang diberi oleh kerani sekolah tadi,dia terlanggar seorang pelajar lelaki yang sedang membaca buku sambil berjalan."M-Maaf.."Radhwa mendongak dan melihat muka lelaki itu.Kacak juga mamat ni.Kulit putih,mata coklat,macam anak kacukan.Lelaki itu menutup buku dan memberi renungan tajam kepadanya.

"Lain kali,jalan bukan guna kaki sahaja,guna mata juga supaya tak langgar orang.."perli lelaki tersebut.

Muka je hensem tapi mulut biadab betul.Tak boleh ke cakap elok-elok?"Maaf,saya tak sengaja,"Radhwa cuba meminta maaf dengan sopan namun hatinya sudah menyumpah-seranah lelaki yang berada di hadapannya itu.Lelaki itu tidak mempedulikannya dan terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Tuhan saja yang tahu apa yang ada di dalam hati Radhwa semasa itu.Kalau boleh,dah lama dia pukul lelaki itu.Sekurang-kurangnya cakaplah 'Takpe' ke..Dia pun salah juga sebab membaca buku sambil berjalan.Aku pun baca juga,tapi sekurang-kurangnya aku minta maaf juga.Haih..Astaghfirullahalazim..Sabar Radhwa sabar.


TRAUMAWhere stories live. Discover now