[8]Tangisan mimpi

407 27 0
                                    

'Sejuknya harini..'keluh Radhwa di dalam hati.Hari panas terik,namun badannya yang terasa sejuk.Janganlah demam.Waktu rehat sudah beberapa minit bermula.Radhwa masih lagi berada di dalam kelas.Dia tidak larat untuk bangun,apatah lagi berjalan.Kesimpulannya,dia berehat sahaja di dalam kelas.Baru sahaja mahu melelapkan mata,dia terdengar bunyi tapak kaki yang semakin dekat dengan kelas itu.

Radhwa memerhatikan sahaja pintu yang bakal didatangi seseorang.Jika perempuan,tidak mengapa.Namun,jika lelaki,Radhwa perlu bangun dan keluar dari kelas untuk mengelakkan fitnah."Assalamualaikum,"salam diberi."Waalaikumussalam,"Putera rupanya.Tapi..lelaki lah pula.Radhwa bangun.Putera memandangnya sambil bertanya,"tak makan lagi ke?" . "Takde selera,"jawab Radhwa.

Hacchiiuu!Radhwa terbersin.Sapu tangan segera dikeluarkan untuk menutup hidungnya.Putera bimbang dengan keadaan Radhwa."Pergilah berehat di bilik sakit dulu,"cadang Putera.Radhwa mengangguk lemah.Selangkah..Dua langkah..Radhwa terjatuh."Radhwa!"Teriakan terakhir didengari sebelum dirinya pitam.

_ _ _

"Aryan,awak nak pergi mana?"Soal Radhwa apabila melihat Aryan tergesa-gesa berjalan ke suatu arah."Saya punya beg tertinggal di taman bunga ros,"jawab Aryan.Langkahnya diteruskan."Nak ikut,"Radhwa menawarkan dirinya."Ambil beg je pun,"Aryan menolak dengan lembut.Yalah,taman bunga dekat sahaja dengan rumahnya.

Radhwa mencebik."Saya nak ikut juga,"kata Radhwa."Hmm,yalah,"Aryan mengalah.Ambil beg pun nak ikut.Mereka terus mengatur langkah ke taman bunga itu.Ketika mereka baru sahaja melepasi pintu gerbang taman bunga ros,terdapat seorang lelaki berkot hitam dan bertopeng putih sedang melihat bunga ros yang berada di bahagian utama taman tersebut.

Aryan tidak mempedulikan lelaki itu dan terus mempercepatkan langkahnya ke arah meja berdekatan untuk mengambil begnya.'Mungkin dia hanya mahu melawat taman ini sahaja,'fikirnya.Berbeza dengan Radhwa.Fikirannya mengatakan bahawa lelaki itu akan melakukan sesuatu kepada dia ataupun Aryan.Dia menghentikan langkahnya di hadapan pintu gerbang.

Seketika kemudian,lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol dari poketnya dan terus menghalakan pistol itu ke arah Aryan.Badan Radhwa seperti dipaku,dia tidak mampu untuk membuka mulutnya kerana terlalu terkejut dengan kemunculan pistol itu.Aryan memalingkan badan dan..Poww..Satu tembakan tepat mengenai dada kirinya.

"Aryan!!!"Jeritan Radhwa bergema di taman itu.Dia terus berlari mendapatkan Aryan yang sudah terbaring berlumuran darah.Lelaki bertopeng itu mengukir senyuman yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.Senyuman berbaur sinis.Dia terus meninggalkan dua kanak-kanak kecil itu.Radhwa sedih.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya.Mahu melawan,dia masih kecil.Hanya matanya yang menjadi saksi pembunuhan itu.

Tiba-tiba,terdengar suatu jeritan yang memanggil namanya,"Radhwa!Bangun,Radhwa!Kenapa ni?"Kata suara itu.

_ _ _

"Radhwa!Radhwa!"Mata dibuka.Pandangannya kabur.Matanya dikesat.Di depan matanya,terpapar wajah Putera yang kelihatan risau."Kenapa ni?"Tanya Radhwa."Alhamdulillah,awak dah sedar,terkejut saya tadi,"ucap Putera.Radhwa mengerutkan dahinya,hairan dengan Putera."Tadi,awak tiba-tiba sahaja menangis setelah tidak menyedarkan diri selama 1 jam,"kata Putera.

Menangis?Tak sangka tangisan di dalam mimpi boleh menjadi realiti."Kenapa awak kat sini?"Tanya Radhwa.Sepatutnya Putera perlu berada di kelas sekarang memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11:35 pagi."Guru bagi kebenaran kepada saya untuk jaga awak,sebab saya je orang yang paling kenal awak kat sekolah ni,"jawab Putera.Baru dia teringat,Putera juga pernah mengisi kotak memorinya suatu masa dahulu.

TRAUMAWhere stories live. Discover now