[11]Pengakuan

342 22 0
                                    

Radhwa menyuruh maids nya untuk mengemaskan meja tersebut.Setelah mereka pergi,Radhwa memulakan perbualan,"awak nak cakap apa?" .Putera tunduk.Dia tidak sanggup untuk memberitahu Radhwa.Menyesal pula dia menyuruh gadis itu untuk menunggunya."Errr..Saya nak cakap tentang..Aryan."

Mendengar sahaja nama itu,Radhwa terus memegang kepalanya.Sakit."Eh,awak okey tak?"Putera cemas,rasa menyesalnya bertambah."T-Takpe...Teruskan.."Radhwa melawan sakitnya.Dia perlu mendengar apa yang diberitahu oleh Putera tentang Aryan.Mungkin lelaki ini tahu siapa pembunuh Aryan.

Putera menyambung percakapannya yang tergantung sebentar tadi,"dia dibunuh oleh ayah saya.."Radhwa memandang Putera tidak berkelip.Dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh kawannya itu."Ayah awaklah lelaki bertopeng tu?"Pertanyaan Radhwa dibalas dengan anggukan daripada Putera.

Radhwa tunduk.Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Putera."Sebenarnya ayah saya tak hantar pembunuh upahan pun,memang dia yang bunuh Aryan.."kata Putera lagi."Jadi,siapa yang telefon saya?Yang bagi surat tu?Yang hantar bunga kat saya?"Radhwa mahu segala persoalan yang telah dipendam olehnya terjawab hari ini juga."Yang telefon tu,ayah saya..Tetapi yang hantar surat dan beri bunga kat awak tu..sayalah orangnya.."luah Putera.

Putera tahu,pasti Radhwa akan memarahinya."Awak tahu saya suka bunga ros?"Tanya Radhwa lagi."Ya,Aryan pernah beritahu saya tentang tu.."Jawapan Putera membuatkan Radhwa menangis.Tidak sangka bahawa semua ini akan berlaku.Tidak sangka bahawa ayah Putera ialah pembunuh itu."Surat tu..Hanya direka untuk menakutkan awak...Jangan percaya sangat dengan surat tu.."Kata Putera lagi.

Dia turut bersimpati dengan Radhwa."Tapi..semasa kat hospital,awak kata yang..awak bunuh Aryan.."Ucap Radhwa lagi."Sebab masa tu..saya tak tahu nak kata apa..."Jelas Putera."Kenapa ayah awak bunuh Aryan?"Tanya Radhwa."Sebab ayah saya nak balas dendam..Ayah Aryan pernah langgar akak saya..Langgar lari.." . 

"Tapi kenapa Aryan yang kena bunuh?"

"Sebab...dia satu-satunya pewaris syarikat tu..:"

"Dia tak bersalah..."

"Saya pun tak setuju dengan ayah saya tapi apa yang saya boleh buat?Saya masih kecil masa tu.."

Hujan masih turun."Ayah saya kata..dia nak bunuh awak..."Radhwa memandang Putera."B-bunuh saya?"Matanya dikesat."Tapi..saya takkan benarkan dia bunuh awak walaupun saya yang perlu mati.."Putera berkata dengan nada yang rendah.Radhwa tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Putera kerana bunyi hujan yang sedang lebat."Apa awak cakap?"Tanya Radhwa.Namun,dibalas dengan gelengan daripada Putera,"takde apalah..jangan risau,kalau ada apa-apa yang pelik berlaku,terus beritahu saya tau."

_ _ _

TRAUMAWhere stories live. Discover now