[12]Bunga

368 20 0
                                    

'I realize that screaming pain,hearing loud in my brain,but I'm going straight ahead with the scar..'

Bunyi lagu Flow-sign daripada telefonnya menandakan suatu panggilan telah disambungkan ke telefonnya.Dia segera mencapai iPhone nya itu.Butang hijau ditekan.

"Helo,Assalamualaikum,mama.."

"Waalaikumussalam,kamu kat mana?Kenapa tak balik lagi?"

Baru dia teringat yang dia belum memberitahu ibunya lagi tentang keadaannya sekarang.

"Saya kat rumah kawan,saya naik motor harini pergi ke sekolah,hari hujan,so,dia suruh saya tumpang kat rumah dia sampai esok."

"Oh..okey..hati-hati..Assalamualaikum."

"Okey,mama..Waalaikumussalam."

Panggilan ditamatkan.Putera baru sahaja selesai solat Maghrib sebelum ditelefon oleh ibunya tadi.Dia keluar dari bilik.Ingin mencari Radhwa.Risau dengan keadaan gadis itu.Radhwa mempunyai penyakit takut akan darah iaitu Hemophobia.Ia boleh menjadi bahaya jika dia terlalu mengingati tragedi tersebut.Mungkin boleh membawa maut.

Hujan sudah berhenti.Putera turun ke tingkat bawah.Terserempak dengan beberapa orang maids yang sedang mengemas rumah."Errr..Mana Radhwa?" . "Oh,Cik Radhwa pergi ke taman bunga." . Taman?Putera segera berjalan keluar dari rumah dan meneruskan langkahnya ke taman bunga di halaman rumah Radhwa.

Putera melepaskan leganya.Nasib baik Radhwa tak teruk macam haritu.Putera melihat sekeliling.Cantiknya.Banyak betul bunga.Taman yang direka dalam bentuk bulatan itu dipagari bunga-bunga yang cantik.Kecantikannya ditambah dengan sinaran cahaya daripada lampu di bahagian tengah taman tersebut.

Radhwa sedang melihat bunga-bunga di sekeliling taman tersebut yang sedang kembang mekar."Radhwa,awak okey?"Dia cuba menegur gadis itu.Radhwa memalingkan wajahnya.Terlihat Putera yang berdiri dalam jarak 2 meter darinya."Saya okey,jangan risau,melihat bunga-bunga ni,ketakutan saya hilang,"Putera tersenyum mendengar kata-kata itu.Terbit rasa syukur di hatinya.

"Err..Cantiknya bunga-bunga ni,bunga Lily kan?"Putera cuba memulakan perbualan."Cantik,kan?Casablanca Lily,bunga ni hanya kembang mekar pada waktu malam,ini merupakan antara bunga-bunga kegemaran saya,"jelas Radhwa.

"Awak memang suka bunga sejak kecil,ya?"

"Taklah,saya suka bunga sebab Aryan yang ajar saya tentangnya."

"Oh.."

_ _ _

Kedengaran alunan muzik dari pembesar suara utama menandakan kelas sudah tamat.Aryan terus berlari menuju ke arah Radhwa yang sedang mengemas barang."Radhwa!Radhwa!"Teriak Aryan walaupun Radhwa hanya di hadapannya."Hei,saya kat depan awak je ni,"kata Radhwa.Hairan dengan kawannya itu.

"Jom pergi ke taman bunga rumah saya,ibu beli baaaanyak bunga baru,"ucap Aryan dengan penuh teruja."Huh?Bunga?"Radhwa memahukan kepastian.Dia tidak terlalu meminati bunga.Memang bunga itu cantik,tapi bosan untuk menunggu ia kembang seperti yang kita harapkan.Aryan memasamkan muka,"awak tak suka bunga?"Radhwa memberi gelengan,"bunga memang cantik,tapi susah nak jaga,kadang-kadang,ia tak kembang seperti yang kita harapkan.."

Mereka berdua berjalan keluar dari kelas."Jomlah ke rumah saya..Mesti awak akan suka bunga lepas ni,"pujuk Aryan."Tak boleh,nanti ibu saya..."Radhwa cuba menolak namun cepat dipintas."Ibu saya dah call ibu awak dan..ibu awak beri kebenaran untuk awak pergi ke rumah saya," . "Ha?" . "Tapi,kalau awak nak tengok bunga-bunga tu kembang,awak kena tunggu sampai malam.."

. . .

9 malam,selesai solat Isyak.

Aryan dan Radhwa pergi ke taman bunga di halaman rumah Aryan.Langkah Radhwa terhenti di pintu gerbang taman itu."Wah,cantiknya.."Radhwa terpegun dengan pemandangan di hadapannya itu.Terdapat banyak bunga-bunga yang sedang mekar di taman itu.Aryan menariknya ke dalam taman tersebut."Semua bunga ni hanya berkembang pada waktu malam sahaja..Yang ni namanya Evening Primrose,yang ni Moon Flowers,yang ni pula Gladiol,cantik kan?" . "Cantik.."

"Yang kat dalam kolam tu pula bunga teratai."

"Yang ni cantiklah,apa nama dia?"

"Oh,lupa nak beritahu,nama dia Casablanca Lily."

"Wah.."

"Saya dah kata awak mesti akan suka bunga lepas saya tunjuk kat awak.."

_ _ _

Radhwa dan Putera berjalan masuk ke dalam rumah."Hmm..esok kita pergi ambil motor awak,ya?"Pertanyaannya dibalas dengan anggukan dan senyuman daripada Putera.Mereka berdua masuk ke dalam bilik masing-masing.



TRAUMAWhere stories live. Discover now