[5]Memori

554 25 0
                                    

Rayyan,Hayfa dan Arqam melangkah masuk ke dalam bilik 12 itu.Hayfa dan Arqam berjalan menuju ke arah Radhwa yang berada di atas katil namun Rayyan masih lagi berdiri kaku di pintu.Dia melihat sejambak bunga ros yang diletakkan di atas meja berdekatan dengan pintu.Ada orang datang?

"Radhwa,Alhamdulillah awak dah sedar!"Ucap Hayfa sebaik sahaja melihat Radhwa yang sudah terjaga dari 'tidur' nya.Radhwa hanya memberi senyuman kelat kepadanya.Seketika kemudian,Rayyan datang dengan sejambak bunga ros di tangan."Kau dapat bunga tu daripada mana?"Soal Arqam."Ada kat atas meja tepi pintu,"jawab Rayyan.Radhwa melihat bunga yang dipegang oleh Rayyan itu.Bunga ros?Orang tu tahu bunga kesukaan aku ke?"Eh,ada orang datang ke tadi?Siapa?"Tanya Hayfa pula.Radhwa mengangguk lemah dan memaksa mulutnya untuk mengukir sebuah senyuman walaupun agak pahit,"seseorang yang pernah hadir...dalam memori silam saya.."

Pintu dibuka,"doktor dah datang."Ucap Harraz yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu bersama seorang doktor.Setelah doktor itu memeriksa keadaan Radhwa,dia mengatakan bahawa Radhwa boleh pulang ke rumah memandangkan keadaannya lebih baik daripada tadi.Mereka berempat hanya mengangguk.

30 minit kemudian..

"Biar kitorang hantar Radhwa balik,korang berdua baliklah dulu.."cadang Hayfa.Arqam dan Rayyan bersetuju dan mereka pun pulang ke rumah masing-masing."Adik duduk kat seat depan,"ujar Hayfa.Harraz hanya menurut.Takkanlah dia nak duduk di belakang pula."Masuklah,"Radhwa masuk ke dalam kereta Alphard putih itu.Dia masih mendiamkan diri dari tadi.Bingung dengan lelaki yang tiba-tiba datang menemuinya.

Hayfa sudah lena dibuai mimpi.Harraz pula hanya mendiamkan diri.Pemandu kereta pula..mestilah sedang memandu.Radhwa membuang pandangan ke luar tingkap.Melihat langit yang tiada bintang membuat Radhwa teringat akan memori lamanya."Rumah awak kat Flower Street,kan?"Suara Harraz mengejutkan Radhwa daripada lamunannya."Y-ya,nombor 9,lorong 2,Flower Street.."Radhwa sedikit gagap apabila melihat Harraz mengalihkan muka ke arahnya.

Harraz memandang mata Radhwa.Dia terdiam.Dia dapat membaca fikiran gadis itu.Sedih.Itu sahaja yang dapat hatinya luahkan apabila membaca fikiran Radhwa.Harraz mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.Radhwa pelik dengan kelakuan Harraz namun dia senyap sahaja.Beberapa minit kemudian,mereka sudah sampai di hadapan pintu pagar rumah Radhwa.Hayfa masih lena.Radhwa tidak sanggup untuk mengejutnya.

"Takpe,biarkan je,"kata Harraz.Radhwa hanya mengangguk.Pengawal keselamatannya sudah menunggu.Radhwa keluar dari kereta lalu mengucapkan terima kasih kepada Harraz atas pertolongannya dan kawan yang lain.Harraz membalas dengan senyuman dan kereta Alphard itu pun berlalu pergi.Beginikah rasanya apabila kehilangan orang yang tersayang?

_ _ _

Just a short chapter..(>_<')

TRAUMAWhere stories live. Discover now