[2]Lelaki tadi

1K 35 0
                                    

Radhwa berdiri di hadapan kelas itu.Jantung berdegup kencang.Dia menarik dan menghembus nafas beberapa kali,cuba menenangkan dirinya.Baiklah,dia sudah bersedia.

Dia membuka pintu kelasnya itu.Semua orang yang berada di dalam kelas menumpukan perhatian kepadanya.Radhwa berdiri di hadapan kelas dan memperkenalkan dirinya.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera,nama saya Wan Nur Radhwa Aniqah binti Dato' Wan Muhammad Karim,saya pelajar baru jadi sila beri tunjuk ajar.Radhwa memandang sekeliling kelas.Krik krik krik.Senyap seketika.Kemudian,seorang pelajar lelaki bangun dan berjalan ke arahnya.

"Berikan tepukan gemuruh kepada kawan baru kita!"Kata lelaki tersebut dan semua orang di dalam kelas memberikan tepukan kepada Radhwa.Lelaki itu memandang Radhwa lalu memperkenalkan dirinya,"Nama saya Muhammad Imtiyaz,ketua kelas ni.Awak boleh duduk di tepi tingkap sana."Imtiyaz menunjuk kepada sebuah meja yang kosong di tepi tingkap.

Radhwa mengucapkan terima kasih dan terus berjalan ke arah yang ditunjukkan.Nanti,dia keliru.'Tempat aku di bahagian belakang atau di hadapan kelas?'Radhwa berhenti seketika.

'Mestilah di hadapan,kan?Sebab semua pelajar dah masuk ke kelas.'Dengan selambanya,dia berjalan ke tempat duduk yang kosong di bahagian hadapan kelas.Radhwa sudah duduk di tempatnya.Semua orang memandang pelik kepada Radhwa.

Radhwa hairan.Kedengaran pintu kelas dibuka dan salam diberi.Seorang pelajar lelaki bermata coklat masuk ke dalam kelas bersama sebuah buku di tangan.

Lelaki tadi.Islam rupanya,ingatkan mat saleh.Lelaki berjalan ke arah Radhwa dan berhenti di hadapannya.Radhwa kaku.'Dah kenapa dia berhenti kat depan aku?'detik hati Radhwa.Lelaki itu memberikan renungan tajam kepada Radhwa lagi.

"Ini tempat saya."Ringkas dan padat.Tempat dia rupanya patutlah diorang pandang pelik.Radhwa malu.Kenapalah dia tak tanya Imtiyaz sama ada tempat duduk dia di bahagian belakang atau bahagian hadapan.

Radhwa bangun.Dia cuba menebalkan mukanya walaupun sudah merah seperti tomato.Dia berjalan dan pergi ke tempat duduk di bahagian belakang kelas.Dia mengeluh.Hari pertama,sudah buat perkara yang memalukan diri sendiri.


TRAUMAWhere stories live. Discover now