[13]Cuti

299 26 0
                                    

Keesokan paginya..

Radhwa mengetuk pintu bilik tetamu."Putera,dah siap ke?"Tanya Radhwa."Takpe,awak turunlah dahulu,"kata Putera."Okey."Radhwa menuruni tangga ke tingkat bawah.Ketika Radhwa sedang berjalan ke ruang makan,seorang maid mengatakan kepadanya bahawa seorang lelaki menunggunya di meja taman.

Radhwa hairan.Jam tangan dilihat.Baru pukul 9 pagi.Kenapa ada orang lelaki ingin berjumpa dengannya."Tiada senjata bersamanya?" . "Tiada," . "Okey,terima kasih kak." . "Sama-sama,Cik Radhwa." Radhwa mula berjalan keluar rumah dan menuju ke taman.Tiada orang pun.Maid ni buat prank ke apa?Tapi harini bukan hari jadinya.

Sedang dia berfikir,seseorang menghampirinya dan..."Peek-a-boo!" . "Arqam!!" .Arqam mentertawakan Radhwa kerana Peek-a-boo yang dibuat olehnya berjaya."Ish,apa awak buat kat sini?"Cebik Radhwa."Hehe,aku bukan datang seorang,tu.."Arqam menunjuk ke arah sepasang kembar dan seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke halaman rumah tersebut.

Hayfa berlari ke arah bunga-bunga di taman itu."Cantiknya!!!"Teriak Hayfa."Hai Radhwa,maaflah sebab kami datang secara tiba-tiba,"ujar Harraz."Takpe,takpe,tapi kenapa awak semua datang ke sini?Dan..macam mana boleh dapat alamat saya?"Radhwa pelik juga,dia tidak pernah mengajak sesiapa selain Putera untuk datang ke rumahnya.

Putera juga baru pertama kali datang ke rumahnya itu."Kami dapat daripada kerani sekolah,"kata Rayyan yang sudah duduk di bangku taman bersama Leo di pangkuannya.Arqam yang baru sahaja perasan akan kehadiran kucing hutan itu terus berlari ke arah Harraz yang sedang berdiri di sebelah Hayfa."B-besarnya.."ujar Arqam."Leo tu baik je,dia tak pernah cakar orang.."terang Radhwa.

Arqam pun pergi kepada Leo dan mengusap kepalanya.Akibat terlalu teruja,dia terus mendukung kucing itu.Pertama kali dapat sentuh kucing hutan.."Kitorang datang ke sini sebab nak ajak awak pergi ke bandar,"Hayfa mengatakan tujuan utama mereka ke situ.

"Nak ajak Putera tapi dia takde kat rumah,Datin Fatiha kata dia berada di rumah kawan.."kata Arqam pula."Tapi yang hairannya,dia takde kawan selain kami.."sambung Harraz.'Sebab..Putera ada kat sini..'hati Radhwa berkata-kata.

Putera menuruni tangga ke tingkat bawah.Kekecohan di luar rumah membuatkan dia bertukar arah.Saat dia pergi ke taman bunga,kehadirannya mengejutkan kesemua yang berada di situ kecuali Radhwa dan Leo."ROH PUTERA!!!"Teriak Arqam dan terus menyorok di belakang bangku."Hoi,hoi,ni akulah.."ujar Putera.

Harraz berjalan ke arahnya dan memandang mata Putera."Betullah,ni Putera,sebab dia fikir.."sebelum sempat Harraz menghabiskan kata-kata,mulutnya sempat ditekup oleh Putera.Bimbang dia mengatakan perkara yang tidak elok didengar."Jangan beritahu.."bisik Putera.Dibalas dengan anggukan cemas daripada Harraz.

Putera menarik tangannya.Harraz menghela nafas lega."Kenapa kau ada kat sini?"Soal Rayyan."Aku naik motor semasa pergi sekolah semalam,masa nak balik,tiba-tiba hujan turun,so aku stay kat rumah Radhwa,jap lagi aku ambil motor kat sekolah,"terang Putera."Oh.." . "Jomlah masuk dahulu.."Radhwa menjemput rakan-rakannya itu untuk masuk.

_ _ _

Di Bandar Cempaka..

"Jom tengok wayang!Cerita hantu,"cadang Arqam.Namun,gelengan diterima daripada Rayyan,"percayalah,ramai orang menjerit dalam panggung tu nanti,"Rayyan mengukuhkan pendapatnya."Alaa.."Arqam muncung sedepa."Aiskrimlah.."ujar Hayfa sambil menunjuk ke arah sebuah kedai aiskrim yang berdekatan dengan mereka.

Mereka pun pergi ke kedai tersebut kecuali Arqam yang masih merajuk dengan Rayyan."Kenapa dengan Arqam?"Tanya Radhwa,masih tidak dapat menjangka."Merajuklah tu.."jawab Hayfa.Radhwa membeli dua aiskrim dan memberi salah satu kepada Arqam,"nah,rugi tak makan,"ujar Radhwa."Terima kasih,"ucap Arqam.

Mereka berjalan melepasi beberapa buah kedai.Harraz merasakan seseorang sedang memerhatikan mereka.Dia berpaling ke belakang secara tiba-tiba.Tiada pun orang yang memerhatikan mereka."Kenapa?"Tanya Hayfa."Takde..apa.."balas Harraz.Kemudian,mereka masuk ke dalam sebuah kedai buku POPULAR.Banyak komik-komik baharu yang tersusun di rak.

Rak itu menjadi tumpuan Radhwa.Putera dan Rayyan juga pergi ke rak yang sama.Hayfa pula sedang melihat novel-novel cinta.Berlainan dengan Harraz yang sedang melihat novel-novel berunsur seram.Arqam pula...Hanya duduk di bangku sambil memerhatikan kawan-kawannya.Dia tidak terlalu berminat dengan buku.

Sedang dia berehat,dia terlihat seorang lelaki yang bertopeng dan berkot hitam.Tidak tahu mengapa,dia merasakan lelaki itu agak pelik di pandangan matanya dan lelaki itu akan buat sesuatu yang di luar jangkaan.Lelaki itu menghampiri Radhwa.Sesuatu dikeluarkan daripada poketnya."Radhwa!"Jeritan Arqam membuatkan semua yang berada di dalam kedai itu terkejut.

Lelaki itu pergi.Walaupun Arqam tidak dapat melihat sesuatu yang dikeluarkan daripada poket itu,tapi dia pasti,lelaki itu pasti mahu mengapa-apakan Radhwa.Nasib baik dia sempat bertindak walaupun dengan satu jeritan.Mereka semua berpaling.Harraz dan Putera menyedari kehadiran lelaki yang baru keluar dari kedai itu.

Radhwa yang terpinga-pinga terus pergi ke arah Arqam yang masih duduk sambil menutup muka."Kenapa panggil nama saya?"Muka Radhwa sudah berubah warna.Siapa yang tidak malu apabila disebut nama di khalayak ramai secara tiba-tiba?Arqam mengeluh lega,"haih..awak hampir mati tadi." . "Huh?" . "Takde apa,cepatlah beli buku."Radhwa hanya mengangguk.



TRAUMAWhere stories live. Discover now