[9]Kehilangan

378 26 0
                                    

Radhwa dan Putera kembali ke kelas mereka memandangkan mereka masih mempunyai 2 jam untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.Pintu kelas dibuka.Seisi kelas memandang mereka.Cikgu tiada lagi.Mungkin belum masuk.Radhwa dan Putera berjalan menuju ke tempat mereka.Rayyan sedang membaca majalah di tempatnya.

Putera terus menukar arah ke kawannya itu."Hei,mana cikgu?"Tanya Putera."Cikgu tak datang harini,MC,"jawab Rayyan selamba.Matanya masih tertumpu pada majalah Kreko itu."Oh.."kata Putera lalu kembali ke tempat duduknya.Jadi,tiada cikgu sehingga waktu baliklah.Dia melihat Radhwa yang sedang membuang pandangan kosong ke luar tingkap.Awan kelabu menutup langit.

Tempat Radhwa hanya terletak 2 meja di sebelahnya.Seketika kemudian,seperti biasa,Hayfa akan datang kepada Radhwa untuk berbual dengannya.Melihat keadaan Radhwa yang lemah sebegitu,dia teringat akan kata-kata papanya yang ingin membunuh Radhwa.Alasannya,gadis itu adalah satu-satunya saksi pembunuhan yang dilakukan ke atas Aryan.Hmmm..Sampai sekarang,Putera tidak berpuas hati dengan papanya.Mengapa Aryan yang harus dibunuh sedangkan ibu bapanya yang bersalah?

*Flashback*

Ketika itu,aku baru berumur 3 tahun,aku tidak hirau tentang apa yang berlaku di sekelilingku.Apa yang aku tahu ketika itu,aku suka bermain.Aku mempunyai seorang kakak yang lebih tua 2 tahun daripadaku.Kami merupakan anak kepada CEO syarikat yang terbesar di Malaysia.

Disebabkan ayahku merupakan CEO yang berjaya,dia dicemburui.Ramai orang yang ingin menjatuhkannya.Namun,ayah aku masih bangkit untuk melawan mereka.Tibalah suatu hari,aku dan kakakku pergi ke sebuah kedai untuk membeli gula-gula.Tiba-tiba,sebuah kereta meluncur laju ke arah kami.Aku sempat ditolak oleh kakakku ke tepi jalan.Tetapi dia yang menjadi mangsa langgar lari tersebut.

Kakakku disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.Ibu bapaku begitu sedih dengan pemergiannya.Ayahku dimaklumkan bahawa sebuah syarikat yang baru ditubuhkan telah mengalahkan syarikatnya.Perasaan dendam mula terbit di dalam diri ayahku apabila penyiasatnya mengatakan bahawa CEO syarikat tersebut merupakan orang yang telah melanggar lari kakakku.

Sejak hari itu,ayahku tekad untuk membunuh lelaki itu.Tetapi setelah penyiasatnya memberitahu bahawa lelaki itu mempunyai seorang anak yang akan mewarisi hartanya,ayahku berubah fikiran.Dia ingin membunuh pewaris itu supaya syarikat itu tiada pewaris sekaligus lelaki itu akan merasai seperti apa yang ayahku rasa.Kehilangan.Tetapi Radhwa tidak bersalah.

* * *

Kriiinngggg..

"Hei,Putera,jom balik,"kata Radhwa sambil mengetuk meja Putera untuk mengejutkan lelaki itu.Putera terjaga dari tidurnya.Dia tidak sedar yang dia sudah tidur hampir 2 jam.Semua orang sibuk mengemaskan barang masing-masing untuk pulang. Matanya dikesat.Radhwa hanya tersenyum melihatnya."Cepatlah,"Putera mengangguk.

Mereka berdua pun beriringan keluar dari kelas.Hujan mulai turun."Haih,hujanlah pula.."keluh Putera."Kenapa?"Tanya Radhwa."Saya naik motor tadi,tak sangka pula hujan,"Jawab Putera sambil menghalakan jari telunjuknya kepada motor Kawasaki Ninja yang berada di tempat parking motosikal."Tak boleh suruh driver awak ambil ke?"Cadang Radhwa dan dibalas dengan gelengan daripada Putera."Lagipun,harini driver saya cuti sebab anak dia sakit,sebabtu saya naik motor ni,"jawabnya.

Radhwa berfikir sejenak."Awak tumpang sayalah,kita tunggu kat rumah saya dahulu.Apabila hujan dah reda,kita ambil motor awak kat sini,pastu awak boleh balik rumah awak,"katanya.Putera bersetuju sahaja."Awak takut kucing ke?"Tanya Radhwa."Takpun,"kata Putera."Okey."


TRAUMAWhere stories live. Discover now