ASD 1

6.5K 135 4
                                    

"Okayyy kita dah sampai!" gembiranya aku akhirnya setelah berjam perjalanan eceyh takdalah sekejap saja. Hari ini aku, Izzati, Mai, Misha dan juga Atifah merancang untuk bershopping setelah sekian lamanya. Merekalah kawan baikku sejak di bangku sekolah lagi. Segala rahsia yang dipendam aku beritahu kepada mereka.

Setelah puas mencari parkir akhirnya jumpa juga. Enjin dimatikan. Dengan gembiranya aku separuh menjerit "cepat guys, taksabar nak shopping ni"

Dukk!

Bunyi apa tu? Kereta aku ke? Muka yang gembira sudah bertukar menjadi merah menahan kemarahan. Pintu segera dibuka, bahagian belakang dituju.

"Maaf cik, saya tak perasan kereta cik tadi." aku memandang mukanya, terdetik di hati 'hensem'. Eh apa pulak aku ni. Aku merenung tajam mukanya sambil berkata.

"Suka hati kau je langgar kereta aku! Jalan bukan main besar kereta aku jugak jadi mangsa!" aku sudah tidak tahan, apa yang terdapat didalam hati aku pantulkan kepadanya.

'Eh bukan aku dh minta maaf ke' pemuda itu kelihatan pelik. Sakit telinga aku dia melenting, tapi cun juga eh bisiknya didalam hati.

"Saya tak sengaja, saya betul-betul minta maaf, cik minta je berapa ganti rugi yang cik mahu. Saya bayar" pemuda itu cuba menenangkan keadaan yang agak regang.

Lama aku renung muka mamat tu. Rasa macam nak cekik pun ada hish. Kau ingat wang boleh selesaikan segalanya??! Ini sajalah harta yang aku beli guna duit aku sendiri. Penat lelah kumpul duit. Ini yang aku dapat.

"Cik dengar tak?" tangannya dihayunkan didepan mukaku. Aku segera menoleh.

"Macam tu je?! Weh kau ingat klau aku hantar kedai pun boleh siap cepat yang kemik tu???! Kau ingat duit kau tu banyak sangat? Berlagak" aku menengkingnya.

Pemuda itu kehairanan. Eh aku salah dengar ke? Hati sudah tidak sabar ingin saja dia memaki gadis di depannya itu. Tetapi tak boleh. Takut dianggap dayus. Mulut pantas saja menyebut "Kau ni memang takpaham bahasa eh? Aku dah minta maaf kan, terima jelah. Apa kau cakap aku tadi? Berlagak? Hahahahaha dasar tak sedar diuntung" panas je telinga mendengar pertuturan lelaki ini.

Tangan sudah dikepal tunggu masa saja ni.

"Nak tumbuk aku? Tumbuk lah. Kau tahu tak nanti kau boleh masuk penjara atas aduan menumbuk orang awam tanpa sebab"

Tangan sudah tersedia, satu layangan penumbuk aku berikan kepadanya.
Sungguh tak disangka, dia memegang pipi yang kesakitan. Aku tersenyum sinis.

"Nak report? Report lah? Aku tak kisah" sambil menjelir kearahnya.

"Kau ni kan!!!!" pergerakannya terhenti. Kelihatan dua orang lelaki segera keluar dari kereta menahannya.

"Kenapa bising-bising ni? Tak selesai lagi ke?" Izzati menuju kearah kami. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat mata pemuda disebelah kawannya itu lebam. Segera dia pergi kearahku sambil berbisik.

"Kau ni haritu dah janjikan takkan cederakan orang?" Aku tersenyum sinis. Pemuda itu merenungku tajam sambil menahan kesakitan.

"Sorry ya encik-encik semua, saya tak sangka kawan saya cederakan salah seorang daripada kamu maaf ya, ni kad saya klau nak minta ganti rugi, call aje" senyuman diberikan kepada mereka bertiga dengan penuh rasa bersalah.

"Weh Izzati takkan macam tu je!" marahku mendatar.

"Dahlahtu Jom" ketika dia memimpinku, lengan Izzati terasa dipegang oleh seseorang. Lantas dia menoleh penuh kehairanan. 'Kenapa pula ni' hatinya berkata.

"Izzati kan? Ni aku lah Izzat" seorang lelaki berkulit putih, mata sepet, tinggi lah jugak tersenyum ke arahnya.

Dia tersentak. 'Izzat?' dibenaknya hanya teringat seseorang. Seseorang yang pernah membuat tidur malamnya tidak lena, makan minumnya tidak teratur dan juga telah membuka pintu hatinya. Adakah ini mimpi.

Izzati mempercepatkan langkahnya, pemuda itu langsung tidak ditolehnya malahan membuatnya rasa lagi benci terhadap pemuda itu.

"Weh sabar lah" aku menenangkannya. Aku dapat rasakan apa yang terdetik difikirannya. Rasa benci, meluat, menyampah, marah dan seakan-akan jijik dengan pemuda itu.

"Aku drive, kau duduk diam!" tersentakku. Aku tidak berani menjawab. Aku hanya mengikutnya.

Pon!
Hon ditekan.

Kereta dibelakang sudah hilang dari pandangan. Perlahan-lahan kereta CR-V berwarna hitam meninggalkan pasaraya itu.

Tiga gadis dibelakang seakan-akan faham dengan situasi yang berlaku. Mereka senyap memandang sesama sendiri.

Pintu ditutup. Kunci dicampak ke atas meja. Badannya dibaringkan diatas sofa yang empuk. 'Ahh sedapnya' Izzati berkata didalam hati.

-

Sudah dua jam membisu akhirnya satu suara membuka perbualan.

Aku perlahan-lahan menuju kearahnya. Kelihatan mukanya letih dan agak merah sedikit. 'Marah lagi agaknya' aku berfikir sejenak.

Bahunya aku usap perlahan lantas membuka suara "aku faham perasaan kau" Izzati merenungku. Wajahnya ku tatap lama, aku dapat merasakan betapa pedih dan sakitnya hati seorang wanita yang lembut itu.

Aku memegang bahunya lantas memeluknya. Air matanya tidak bertahan. Deras mengalir dibahuku. Aku berdoa 'ya Allah kau kuatkanlah sahabatku ini untuk menghadapi segala masalah yang menimpanya'

Setelah lama begitu, aku perasan dia sudah tertidur didalam dakapanku. Perlahan aku meletakkannya kembali di atas sofa. Selimut di ambil menutup badannya, sejuk. Lama aku merenungnya sambil berkata dihati 'sabarlah, tabahlah, sesungguhnya DIA bersamamu'

Tbc

Enjoy! :)

Aku Suka Dia?Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang