ASD 3

2.2K 67 1
                                    

"Weh bak tisu" tersedu sedan aku melihat drama korea yang dipasang di kaca televisyen.

Tisu dihulurkan.

"Kau ni macam baru lepas putus cinta je, asyik asyik drama korea. Dhla tak ajak" terjah Maisarah a.k.a. Mai sambil duduk disebelahku.

"Alah kau ni macam tak kenal aku pulak" air mata dikesat. Aku menghadapkan wajah ke arahnya.

Kelihatan Atifah, Izzati dan Misha menuju ke arah kami berdua. Overnight lagi lah kita malam ni ye. Hehe.

Memang kebiasaannya kami berkumpul di ruang santai untuk bercerita perasaan yang di pendam. Sebab tulah aku sayang dorang.

"Uit cerita apa ni?" tegur Misha sambil tersenyum. Manis. Kecil molek orangnya. Comel pula tu hihihi.

"Tulah dorang ni cerita berdua saja, kami ni macam tunggul" Atifah memuncungkan bibirnya tanda protes.

"Janganlah merajuk, kita kan sahabat" ketiga-tiga mereka berpaling muka sambil berpeluk tubuh.

Kepalaku yang tidak gatal di garu. Macam mana nak buat ni eh.

Idea terlintas di kotak fikiran. "Kalau korang merajuk, aku taknak cerita" selamba aku bercakap. Kali ini aku pula yang merajuk.

Masing-masing berpeluk tubuh. Lama juga begitu.

Sunyi.

Akhirnya mereka merapatiku. Senyum kambing dilemparkan. Perlahan-lahan mereka memelukku sambil berkata "sorrylah, kitorang main-main je" hurm ada-ada sajalah mereka ni.

"Eh eh jom proceed, oh yeah first story aku start dulu" Izzati membuka mulut sambil mengangkat tangan. Gayanya macam bersungguh-sungguh aja.

"Hurm, Intan. Kau ingat lagi tak Azim?" tanya Izzati kepadaku.

Aku berfikir sejenak. Azim? Siapa dia? Kejap, cuba ingat balik crush dulu-dulu. Hurm OOHHHH diaaaa. Aku kenal aku kenal.

Aku tersenyum sendiri.

"Weh kau kenapa? Aku tanya ni, ingat tak?" tanya Izzati sekali lagi.

"Ingat! Ingat! Dia adik kak Hani kan?" Jawabku yakin.

"Kau suka dia kan dulu? Kenapa eh?" soalan Atifah membuka keheningan. Terkejut. Taksangka soalan ini akan ditanya.

"Entahlah, guys next topic please?" tak selesa? Of course lah hish tak semena-mena soalan dia orang ni.

Kami meneruskan malam itu dengan pelbagai cerita antaranya Izzati pernah di cakar kucing sampaikan trauma, Mai pernah tercekik tulang ayam sampai kena pergi hospital, Misha pernah terjatuh depan crush, aku pernah kena reject, Atifah kena baling tepung dengan telur dan pelbagai lagi.

Sampai lah satu part aku membuka topik dulu kala semasa zaman sekolah yang agak memalukan a.k.a. 'zaman jahiliyah'

"Izzati semalam aku jumpa Izzat." jelasku agak perlahan.

Dia memandangku sekilas lantas bertanya "dia nak apa jumpa kau?"

Wajahnya sibuk memerhatikan kaca televisyen walhal rancangan yang disiarkan adalah dokumentari haiwan. Eh sejak bila kau minat haiwan-haiwan ni? Kucing pun takut.
Kutukku di dalam hati selamba. Bukan dia dengar pun.

"Hurm, dia confess dekat aku. Dia cakap dia suka kau" wajahnya kupandang. Serentak mereka berempat memandang wajahku.

"Serious?!!" terjerit Mai.

"Omg! Omg! Omg!" oit minah Atifah ni. Excited bebenor.

"Weh yeke?! Allahu. Dia demam ke?" Misha terkejut.

Aku Suka Dia?Место, где живут истории. Откройте их для себя