ASD 5

1.7K 45 2
                                    

Ting! Ting! Ting!

Blindfold ku buka. Arghh mana phone ni. Tanganku mencari, mata masih dipejam. Ngantuknyaa. Ah jumpa pun.

Mata ku buka perlahan-lahan.

Azim.

Siap cepat. Aku kat luar ni. Aku bagi 15 minit je.

"What?!" Aku terjerit, terkejut barangkali. Dia ni nak apa sebenarnya.

Sweater ku sarung. Tudung ku capai lalu memakainya. Laju saja kaki menghala keluar dari bilik menuruni tangga dan terus ke pintu utama.

Dengan berbaju tidur bersarungkan sweater plus tak mandi lagi aku membuka pintu dengan rasa geram. Ada ke patut datang rumah orang pagi-pagi hish.

Aku memandang ke arah BMW 5 series berwarna hitam. Kelihatan lelaki berkaca hitam berdiri di sebelah kereta tersebut.

Aku terus melangkah ke arahnya. Akibat terpegun aku memandangnya dengan agak lama.

2 minit.

4 minit.

6 minit.

"Aku tahu aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama" tegur Azim sekian lamanya. He he he he.

"Mana ada orang pandang dia" aku mencebik.

"Tak mengaku pula, kenapa taksiap lagi ni? Bukan aku dah message ke tadi?" Tanya Azim kehairanan.

"Kau nak bawa aku pergi mana?" Tanyaku pelik.

"Siap je, ikut aku" entah kenapa aku rasa seperti lembu dicucuk hidung. Aku turuti saja kehendaknya.

-

"Intan! Bangun! Nanti lambat!" Mai mengetuk pintu bilik.

Diam.

"Aik dia ni tidur ke mati" perlahan-lahan dia membuka pintu bilik. Tiada orang. Hairan.

"Pegi mana pulak pagi-pagi ni" Mai keluar menutup semula pintu. Terus dia menuju ke meja makan. Kelihatan mereka semua sudah tersedia kecuali Intan.

"Dia takda dah keluar kot" sambil menarik kerusi di sebelah Atifah.

Mereka senyap sambil menjamah nasi goreng yang dimasak oleh Atifah.

-

"Kau nak bawak aku pegi mana?" Tanya ku di dalam kereta. Dia tidak memandangku. Hanya fokus pada pemanduannya.

Aku tanya lagi "jawablah Azim, kita nak pegi mana ni?" Sekali lagi dia membisu. Eh bisu dah ke dia ni.

"Azim, I love you"

"What?!!" Dengan mengejut BMW 5 series itu berhenti di tepi jalan. Aku tersentak. Dia memandangku terkejut 'baru nak pandang' desis hatiku.

"Aku tanya ni, kita nak pegi mana ni?" Aku tanya soalan yang sama. Dia tidak beriak. Aku menghayun-hayunkan tangan di hadapan mukanya.

"Ha ha em em ikut jelah" wajahnya kelihatan sedikit merah 'comel je muka malu, melt la tu hihi' bisik hatiku.

-

"Mall?!" Tanya ku agak terkejut.

Azim langsung tidak memandangku dan terus keluar dari kereta. Aku mengikutnya sahaja.

'Dari mula masuk sampai sekarang dia tinggalkan aku dekat belakang' desis hatiku.

"Cepat lah sikit jalan tu" dia menarik pergelangan tanganku yang berlapik kain baju.

Aku Suka Dia?Where stories live. Discover now