ASD 4

1.8K 53 0
                                    

"hurm kalau hari-hari macam ni kan takpa" rungutku sendirian. Udara nyaman aku hirup. Malas nak tunggu yang lain. Aku keluar sorang lagi best hehe.

Sedang berjogging teringat akan cerita semalam. Baru aku tahu kenapa Izzati berani berkata sedemikian kepada Izzat semasa 11 tahun yang lalu.

Nak dipendekkan cerita mereka berdua kenal sejak kecil lagi, dari tadika. Rupanya ketika itu Izzat tidak mempunyai seorang pun kawan sehinggalah Izzati menegurnya.

Tak disangka pula bila besar begitu perangainya. Tersenyum aku sendirian memikirkan hal tersebut.

DUKK!!

Aku langgar tiang ke. Semacam je ni. Kepala ku pegang, pening barangkali. Perlahan-lahan kepala ku angkat. Terlihat mukanya. Dia lagi?! haish takda orang lain ke?!!!

"mengelamun" suaranya agak perlahan namun aku tetap mendengarnya dengan begitu jelas sekali.

Telefon ku cari. Tiada. Poket ku tepuk. Tiada. Kelihatan objek berbentuk segi empat tepat berada di bawah kakinya. Segera aku menyepak kakinya, hah telefon aku. Telefon ku ambil.

"wehhhhh gila screen aku pecah" aku merengek.

'Gila?' Aku ada nama lah. bisik Azim didalam hati.

Si dia yang terkapai-kapai terberhenti melihat aku dalam keadaan begitu. Timbul rasa kasihan apabila melihat wajahku.

"nanti aku ganti lah, nah" pemuda itu memujuk. Not RM100 lima keping dihulurkan kepadaku.

Wajahnya ku jeling. Duit, duit, duit. haish kaya sangat ke kau? Anak Tan Sri barangkali?

"nak tak? taknak sudah" duit disimpan kembali. Nak bagi tu bagi jelah. Hurm.

Aku berpeluk tubuh. Bibir ku muncung tanda protes. Haritu kereta harini telefon pula. Makk matilah aku kalau macam ni selalu.

"Mengelamun lagi" sindirnya sekali lagi.

Muka ku merah menahan marah. Nak cari pasal lah tu hish. Aku mempercepatkan langkah meninggalkannya.

Tiba-tiba dia memanggilku "Hoi, nama aku Azim lah bukan gila. Meh aku ejakan A.Z.I.M. Azim." Senyum sinis dipamerkan. Ingat aku tak reti eja ke. Aku menjelingnya.

"Nama aku bukan hoi jugak eh! Nama aku Intan. I.N.T......" Belum sempat aku menghabiskan ejaan. Dia terlebih dahulu mencelah. ".A.N. Intan." Sibuk. Azim tersenyum sinis lagi.

Aku mengabaikannya dan terus pulang ke rumah.

                                 -

Telefon yang retak ku letak di atas meja. Rasa marah masih lagi terasa. Tudung ku cabut dan sangkutkan di dalam almari. Tuala di capai dan segera masuk ke bilik air.

                                    -

Kringg!

Telefon rumah ku angkat.

"Hello" aku menegur.

"Jumpa aku malam ni dekat Rosee Cafe"

Tit tit tit.....

"Eh dah letak siapa eh tadi. Suara macam kenal" tanyaku sendirian sambil berfikir.

T-shirt hitam lengan panjang ku sarung, dipadankan dengan hoodie berwarna kelabu. Seluar slack ku capai lantas memakainya. Shawl chiffon hitam ku letakkan di kepala dan siap! Simple! Tak lupa juga handbag kecil di bahu hehe..

"Rosee Cafe" aku memandang ke arah kafe tersebut. Cantik! Antik! Pujiku seketika.

Pintu ku buka. Kelihatan kafe tersebut begitu cantik sekali. Aku mencari gerangan siapa yang menelefonku siang tadi.

'Sikit je orang, apa kata aku tanya pekerja dia' bisik ku di dalam hati.

Sedang aku mencari, terlihat seorang lelaki melambai ke arahku.

Erk!

Dia ke? Kalaulah aku tahu tu dia, aku takdatang tadi hish. Nak pergi ke taknak. Kalau pergi nampak cheap kalau takpergi macam pengecut pula. Monolog ku sendirian sambil menggigit bibir.

"Oit mengelamun sini lah" Azim menegur.

"Eh eh oh okay" aku pening. Namun langkah ku ikut saja dia ke arah meja tadi.

Krik.. Krik..

Just kidding mana ada bunyi cengkerik. Lama begitu. Kekok barangkali? Entah.

"Nah" sebuah kotak berisi iPhone 6s Rose Gold disuakan kepadaku.

Terbeliak mata memandang ke arah alat tersebut.

"Apa ni?" Tanyaku hairan.

"Ganti rugi" jawabnya selamba. Wajahnya tidak memandangku. Aku acap kali melihatnya memandang ke luar. Entah apa yang ada dekat luar sana pun aku taktahu.

"Ganti rugi? Eh?" Tanya ku bingung. Dia buat apa eh? Aku cuba mengingat kembali.

"Hurm phone kau kan retak waktu terlanggar aku. Tu aku ganti lah." 'Haih blurnya' bisik hatinya. Dia menerangkannya lantas bangun. Aik nak pergi mana pulak? desis hatiku.

"Eh kejap. Macam mana boleh dapat nombor telefon rumah aku?" Aku bertanya. Kelihatan Azim terburu-buru. Dia meninggalkanku tanpa berkata apa-apa selepas itu.

Aku cuba mengejarnya. Ketika di muka pintu, terlihat dia memeluk seorang wanita muda dalam lingkungan 20-an.

Gatal. Entah-entah player. Aku membuat andaian sendiri.

                                   -

Kunci kereta ku letak di atas meja. Tudung ku tanggalkan. Kotak berisi iPhone ku capai. Perlahan-lahan aku membukanya. Mana tahu dia letak bom. Terdapat sepucuk surat didalam kotak tersebut. Aku membaca. Erk! Salah orang ke ni. Geli-gelaman aku membaca dan terus meletak surat tersebut kembali.

Baru je switch on phone ingatkan belum charge tapi dh fully battery, eh pelik. Banyak message masuk. Eh pelik juga.

Salah satu message ku buka.

Azim.

Phone ni jaga elok elok. Jangan kasi pecah. Kalau pecah, siap kau.

Eh dia dh save nombor dia pelik.

TBC :)

Hope enjoy!











Aku Suka Dia?Where stories live. Discover now