ASD 9

409 9 0
                                    

"Kau nak cakap apa sebenarnya?" Azim masih lagi memandang ke bawah sambil menguis rumput sedikit demi sedikit. Kemudian perlahan-lahan kepalanya terangkat memandangku. Pandangan ikhlas ditujukkannya. Aik? Ikhlas ke?

"Hurm takda la. Aku nak tanya je. Kenapa kau kawan dengan aku eh?" Aku duduk memeluk lutut sambil memandangnya menanti jawapan.

"Saje, bosan" itu sahaja yang terkeluarkan dari mulutnya. Selamba. Keadaan menjadi senyap. Aku tiada idea mahu membuka topik bagaimana. Sehinggalah dia membuka mulut.

"Kau pulak kenapa kawan dengan aku? Kau bukannya kenal pun aku." Azim menanya ku kembali. Matanya layu memandangku.

"Dah kemana aku pergi kat situ kau ada. Aku nak buat apa pun mesti kau ada. Sibuk!" Aku menjuih bibir ketepi tanda protes. Azim hanya tertawa kecik sambil menghela nafas perlahan.

Azim menyangkut jaket hitamnya di belakang pintu biliknya. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke katil untuk baring seketika sebelum mencapai tuala untuk mandi.

Puan Zahra cukup kenal dengan perangai anaknya itu. Baru balik bukannya hendak mandi. Penat betul nampaknya. Dia menuju ke katil Azim dan terus duduk dihujung katil.

"Azim, mama nak cakap sikit." Lembut ajakan Puan Zahra terhadap anak bongsu lelakinya itu.

"Hm? Apa dia? Azim ngantuk ni" acuh tak acuh sahaja.

"Esok tolong hantarkan Sabrina pergi kerja, kereta dia rosak. Lagipun Azim kan tunang dia." Puaz Zahra memegang bahu Azim.

"Ish dia tu tak habis habis menyusahkan orang, bukannya tak boleh ambik grab. Dunia sekarang dh maju ma" eh Azim ni, diceramahnya pula ibunya itu.

"Mama tak kira, Sabrina tu perempuan, buatnya dia kena culik. Esok 7 pagi yang mama tahu Azim dah gerak pick up Sabrina okay?" Puan Zahra laju keluar dari bilik anak lelakinya itu tanpa mendengar apa yang nak diperkatanya oleh Azim seterusnya.

-

Matanya dari tadi tertumpu di screen telefon miliknya, entah apa yang dilihatnya. Aku masih lagi tidak tahu sama ada mahu menegurnya ataupun tidak.

"Mesej jelah tanya. Kau suka dia lagi kan?" Atifah yang muncul dari belakang sambil mengacau kopi susunya berpakaian tidur ku lihat. Aik, ni pasal apa. Kenapa aku tak tahu langsung. Ish tulah asyik Azim sahaja yang difikirkan!

"Mesej siapa ni korang? Izz kau ada crush baru ke ni? Kenapa tak share puuuuun" aku menjuihkan bibir. Sengaja membuat gaya merajuk.

"Bukan lah. Izzat. Hahaha" Izzati masih lagi menghalakan kepalanya ke arah screen telefonnya dari tadi sama ada dia mesej ataupun biarkan saja hal ini berlalu.

Aku lihat sahaja dia akhirnya teragak-agak menekan butang hantar kepada Izzat.

-

"Ye ye wawa dalam perjalanan ke sana ni. Dah sampai nanti wawa call balik." aku percepatkan langkahku. Sandal ku sarung lantas terus meluru masuk ke dalam kereta. Pakaian malam malam buta ni memang santai betul dengan tudung sarungnya.

"Wawa! Sini sini!" laungan jeritan teruja Faris itu menangkap pandanganku. Ish abangku ini. Balik Malaysia bagitahu last minute, buat susah aje. Nasib baik sayang tau!

"Lamanya tak jumpa ayis!" tangannya dihulur terus aku mencium dan memeluknya erat. Dalam banyak banyak abang, Farislah yang paling rapat sekali. Jarang sekali dapat melihat mukanya. Paling paling pun hanya dua kali setahun sahaja.

"Jom pergi rumah mama." tangannya memeluk bahuku dan kami terus bergerak ke kereta untuk pergi ke rumah mama.

Sedang sibuk aku berjalan bersama Faris, kulihat satu susuk tubuh yang sangat ku kenali. Eh tak mungkin lah. Takkan dia. Ku abaikan sahaja dan terus berjalan ke pintu keluar.

Idk but this part memang agak slow, gue gak ada idea iniiii

Enjoy sikit sikit boleh lah kan? hehehe

Aku Suka Dia?Where stories live. Discover now