ASD 7

1.7K 48 3
                                    

"Sabrina!!" Aku melihat wajah dihadapanku redup matanya. Kulit masih sama putih. Cantik berselendang putih. Lantas terus memeluknya.

"Rindunya akak" dia berkata lalu meleraikan pelukan.

"Macam tak elok je kita berbual dekat sini. Jomlah pergi cafe" aku mengajaknya.

Menu ditangan ditutup "one fresh orange please, thank you. Sab?"

"Apple juice" sambil tersenyum ke arah pelayan cafe tersebut.

"Sab belajar lagi ke?" Aku membuka keheningan.

"Tak dah papa suruh uruskan syarikat. Lagipun Sab tak suka lah belajar pening otak" terangnya lembut. Dari zaman sekolah Sabrina tidak suka akan pelajaran, bosan katanya. Dia lebih ke arah bisnes. Teringat zaman dulu sewaktu di tingkatan dua manakala Sabrina di tingkatan satu, setahun muda dari aku. Dia selalu menjual barang-barang di sekolah. Laku pula tu. Aku pun tak terlepas peluang membeli barang jualannya semuanya ori ori masakan nak lepaskan.

"Akak! Akak!" Lamunanku terhenti. Sabrina menghayun-hayunkan tangannya di hadapan wajahku. Aku menepis tangannya perlahan sambil tergelak kecil.

"Ingat suami eh?" Sabrina mengusik. Merah wajahku seketika.

"Tak lah akak tak kahwin lagi. Calon pun takda. Entah entah orang yang kahwin dengan akak malang rasanya." Aku beria menerangkan sambil tertawa kecil.

"Siapa cakap takde calon. Orang tunggu dia dari dulu. Dia je tak nak terima" Harraz menyapa kami. Jantungku berhenti. Seriau darah mendengar pertuturannya. Muka bertukar kembali merah.

"Orang kacau sikit je dah merah. Comel!" Harraz tersenyum nakal sambil mengenyitkan sebelah matanya. Eeeeee gatal! Aku buat muka menyampah.

"Macam mana tahu orang ada dekat sini? Sibuk!" Aku naik berang. Malas nak layankan si jejaka idaman Malaya ni. Semakin dilayan semakin menjadi-jadi.

"Kalau dah sayang, dekat lubang cacing pun I sanggup cari tau!" Harraz tersenyum nakal lagi. Sabrina yang didepan tidak dihiraukannya. Sabrina pun ikut gelak bersamanya. Aku naik malu. Sabrina tolonglah akakkk!

"Tak malu betul!" Aku mencuit pinggangnya. Harraz ketawa kegelian.
Novel ku selak satu persatu. Entah kenapa satu pun tak masuk otak. Rasa tak sedap hati je. Sedang elok menyelak novel telefon berbunyi.

Azim.

Nak angkat ke tak nak, nak angkat ke tak nak, hish serabutlah. Baru sahaja ingin menekan butang berwarna hijau, satu mesej telah masuk. Aku segera membuka inbox daripada Azim.

Azim.
Susah sangat ke nak angkat call?!!!

Orang tak angkat call pun nak marah. Benci. Perangai asyik naik angin je. Macam mana orang nak suka dia. Opss tanganku angkat menutup mulut, terlepas cakap ke. Eh mana ada orang dengar kalau cakap pun dalam hati hehe. Dalam keadaan begitu telefonku berbunyi lagi. Dengan kadar segera aku menekan butang hijau tersebut.

"Tak reti nak angkat call ke?!!" Terdengar suara dia di sana. Asyik melenting je. Aku membisu.

"Eh bisu pulak?!" Gelak sinis terngiang-ngiang di telinga.

"Assalamualaikum" aku membuka bicara. Diam. Tiada sahutan kedengaran. Eh dia pulak yang bisu ke? Agak lama begitu kemudian aku naik rimas segera aku berkata "kalau tak nak cakap apa-apa saya letak. Buang masa!" Tanpa menghiraukannya telefon ku letak. Serabut kepala.

Ting!

Azim.
Sorry.

Ting!

Azim.
Esok 9:30 siap. Aku ambil depan rumah kau. Lambat, siap kau!

Telefon ku campakkan di sebelah. Sorry sorry sorry buat salah minta maaf. Ini lah lelaki bukannya faham pun perasaan kita. Aku memandang ke atas teringat akan peristiwa lalu.

"Sebab perempuan tu kau tinggalkan aku?" Aku menahan kemarahan. Lelaki didepanku ku pandang dengan penuh rasa benci, sayang, cinta. Yes, he is Farhan, Tengku Farhan.

"Sorry tapi I betul betul cintakan dia" terang Farhan penuh rasa bersalah. Kerana Amelia, aku ditinggalkannya. Benda ni tak akan terjadi kalau Amelia tak nampak yang aku keluar dengan Harraz. Lagipun aku dengan Harraz bukan ada apa-apa hubungan pun.

"Kau tahu kan aku tak salah? Kenapa kau dengar cakap perempuan gedik tu? Mengada mengalahkan perempuan dekat club je!" Aku melepaskan amarahku. Sedar tak sedar air mata membasahi pipi perlahan-lahan. Kali pertama menangis di hadapan lelaki kerana cinta! Sungguh aku malu! Apakan daya perasaan sakit lebih daripada segalanya.

"Stop it Intan! I taknak dengar dah! Mulai hari ni kita dah takda apa-apa hubungan!" Farhan menengkingku. Terdengar panggilan manja Amelia di dalam kereta memanggil Farhan.

"Sayang! Kenapa dengan perempuan gila tu?" Sambil menunding jari ke arah ku. Aku menangis memandang lantai. Rasa malu menyerbu diri. Lama aku di situ. Tanpa sedar sudah dua jam Farhan meninggalkan aku keseorangan di situ. Mata ku kelabu, pandangan sudah tidak jelas. Sedar-sedar sudah ada di katil.

Tanpa sedar tangan mengelap air mata yang jatuh laju. Kenangan lama terusik kembali. Namun di sudut hati, nama Farhan sudah tidak ada lagi di fikiran. Sejak itu, aku tidak mempercayai mana-mana lelaki. Sudah lima tahun aku tidak bertemu dengannya. Kalau bertemu sekalipun mesti rasa benci kepada lelaki itu semakin membuak-buak. Buat apa nak ingat kenangan lama. Hidup baru, buku baru. Life must go on!

TBC! :)

Hope u enjoy!

Sorry bab ni bosan :'(

Aku Suka Dia?Where stories live. Discover now