Chapter 1

8.6K 253 10
                                    

Bab 1

"Sebenarnya, adik beradik mama ada lima termasuk mama. Tiga orang perempuan dan dua orang lelaki. Mama anak bongsu. Arwah datuk dan nenek kamu, sayang dengan kami berlima. Tetapi, datuk dan nenek kamu lebih sayang akan anak bongsu iaitu mama. Mereka sangat manja kan mama sehingga kakak dan abang mama cemburu dengan mama dan memberontak habis habisan suatu malam." Kata mama ku sebelum air matanya mengalir laju ke pipinya.

"Malam itu juga la datuk kamu meninggal disebabkan darah tinggi. Kakak dan abang mama segera membawa datuk kamu ke rumah sakit. Mama di tinggalkan seorang diri di rumah besar itu. Kakak ku kata mereka akan menelefon sekiranya ada apa-apa berlaku kepada datuk kamu. Mama sangat takut pada masa itu. Mama berdoa supaya datuk kamu tidak ada apa-apa. Berjam-jam mama tunggu, tetapi telefon tidak juga berbunyi. So, mama mengambil keputusan untuk pergi ke rumah sakit. Apabila mama hendak mengambil kunci kereta, telefon rumah berbunyi. Mama segera berlari mendapatkannya. Mama menarik nafas panjang-panjang lalu mengangkatnya." Mama ku berhenti berkata lalu mengesat air matanya.

Dia menghembus nafas dalam-dalam lalu menghembusnya. "Kakak ku kata, datuk kamu dah tak ada di dunia ini lagi. Mama terkejut lalu terduduk di situ. Mama menangis tanpa henti. Mama juga tak tahu nak buat apa pada masa itu. Apabila jenazah datuk kamu sampai, mama segera berlari mendapatkan tubuh datuk kamu. Tetapi dihalang oleh abang ku."

FLASHBACK (15 tahun yang lalu)

(Mia as Mama kepada Amelia)

"AYAHH! Ayah tak boleh tinggalkan Mia. Ayah!" kata Mia sebelum Henry abangnya menahan Mia dari menyentuh tubuh ayah mereka. Henry menarik tangan adiknya kuat. Mia meronta-ronta untuk lepas dari genggaman abangnya. Apabila sampai di stor, Henry menolak Mia. Mia terjatuh lalu tangannya berdarah terkena besi tajam.

"Weik! Apa awak buat ahh! Aku nak peluk ayah aku!" teriak Mia sambil memegang tangannya yang berdarah itu. Henry menampar pipi Mia kuat. Mia terkejut lalu memegang pipinya. "Woi perempuan! Awak tak sedar diri ke? Ini semua salah awak! Kalau ayah dan ibu tidak memanja kan awak, hal ini tidak akan terjadi!" kata Henry lalu menutup pintu stor itu erat. Henry kemudiannya mengunci Mia di stor itu. Mia menangis teresak-esak.

Apabila reda tangisan Mia dia berdiri untuk mencari jalan keluar. Dia hendak berjumpa dengan ayahnya. Dia nak minta maaf. Mia berputus asa lalu memegang kepalanya. Dia kemudiannya terduduk lalu mendengus. "AYAHHHHH!" teriak Mia. Mia menangis. Mia kemudiannya memikir kata-kata abangnya tadi. "Ini semua salah awak! Kalau ayah dan ibu tidak memanja kan awak, hal ini tidak akan terjadi!" Adakah semua ini salah aku? Kata Mia dalam hati sebelum dia terlelap.

xxxxxx

Mia membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat sekelilinya sambil memegang tangannya yang luka terkenakan besi semalam. Mia segera duduk lalu melihat tangannya yang luka. Nampaknya darah dah berhenti mengalir. Kata Mia dalam hati. Dia perlahan-lahan berdiri lalu mengetuk kuat pintu itu. "Woii! Ada sesiapa kat luar ker? Keluar kan aku dari sini!" teriak Mia sekuat hati. Berharap sangat ada orang yang mendengar.

"Siapa tu?" suara perempuan kedengaran.

Mia segera berdiri lalu mengetuk pintu. "Ibu. Bu.. buka pintu ne!" teriak Mia. Ibunya terkejut beruk lalu segera membuka pintu itu. "Ibuu!" kata Mia lalu memeluk ibunya. "Siapa yang buat awak macam ne?" Tanya ibu Mia selepas dia meleraikan pelukkannya.

"Errr, Abang..Hen..ryy!" kata Mia ragu-ragu. "Bertuah punya anak. Siap kau!" kata Ibu Mia sebelum menarik lengan Mia. "Aduh! Ibu sakit la!" kata Mia. Ibu Mia melihat Mia lalu matanya melihat lengan yang di pegang olehnya. "Ya Ampun!" kata Ibunya lalu memeriksa tangan anaknya yang bongsu itu. "Angkara siapa ini Mia?" Tanya ibunya yang meninggikan suaranya. Mia menelan air liurnya.

Sepupuku BodyguardkuWhere stories live. Discover now