Chapter 4

5K 174 9
                                    

Bab 4

Amelia POV (3 HARI KEMUDIAN..)

'BEEP! BEEP! BEEP!' Argh! Bunyi apakah ini? Ganggu orang tidur la. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku bingung. Melihat semuanya putih. Kat mana aku ini? Aku melihat ada belon dan bunga di katilku. Bunyi yang menganggu aku tidur masih lagi bising.

Aku kemudiannya melihat ke kananku di mana bunyi itu berada. Apabila aku memusingkan kepalaku, aku melihat ada seseorang lelaki yang sedang tidur. Dia sedang memegang tanganku. Siapakah ini? Tanyaku dalam hati. Aku mengangkat kepalaku tetapi seperti ada batu di kepalaku.

Aduh! What happened to me? Tiba-tiba, aku memukul dahiku. My Gosh! Masa tu aku di taman dengan sepupuku. Aku masa tu pening lalu aku tak tahu apa jadi lepas tu. Jadi, erti kata aku kat hospital? Aigoo, dahlah aku ne benci sangat yang namanya hospital. Argghh! Aku nak keluar dari sini! Hari ini juga! Hospital menakutkan dan nak mual aku terhidu bau hospital ne!

Sedang-sedang aku tengah membebel, tiba-tiba tangan yang pegang aku bergerak. Aku terdiam sebentar. Aku melihat orang tu tengah mengangkat kepalanya sambil menguap. Aku segera menutup mataku. Lelaki itu megeluh berat.

"Haihh Amelia!" Aik?! Dari mana pulak dia tahu nama aku? "Bila la awak nak sedar ne?" kata lelaki itu. Eh, jap, jap! Suara tu macam aku kenal? Tapi siapa? Tanyaku dalam hati. Makin lelaki itu bercakap, makin tulah aku nak tahu siapakah si dia ini!

Tiba-tiba, aku berkata "Kevin".

Lelaki itu terdiam. "Amelia? Amelia?" dia memanggilku.

"Awak dah sedar ker?" tanyanya lagi. Ya! Lelaki itu ialah Kevin. Kevin la yang menjagaku. Aku membuka mataku perlahan-lahan.

"Kev..Kevin?" kataku bingung, walaupun aku tahu dia adalah Kevin.

"Syukur awak dah sedar!" kata Kevin sambil memegang erat tanganku. Aku senyum. Kevin kemudiannya menekan butang yang aku sendiri pun tak tahu. Beberapa saat kemudian, seorang doktor dan seorang jururawat datang menghampiri kami berdua. Aku melihat Kevin. Kevin hanya senyum.

"Kevin? Boleh tak saya periksa Amelia sebentar? Sila tunggu kat luar." Kata doktor yang bernama Haikal lembut. Kevin menganggukkan kepalanya lalu keluar dari bilik ini. "Izin kan doktor memeriksa awak." Kata Doktor Haikal. Aku menanggukkan kepalaku. Jururawat tadi sedang menulis sesuatu di kertas.

"Baik sangat Kevin tu kan. Dia sanggup mengambil cuti demi menjaga awak. Bertuah awak dapat sepupu macam dia." Kata Doktor Haikal sambil memeriksa mataku.

"Macamana doktor tahu yang kitaorang ne sepupu?" tanya ku sambil membuat muka hairan. Doktor Haikal gelak. "Aku kenal mereka dah lama. Doktor dan ayah Kevin kawan since sekolah rendah lagi." Kata Doktor Haikal.

"Ohhh!"

Selesai sahaja Doktor Haikal memeriksaku, lalu Doktor Haikal berkata "Awak dah sembuh, Cuma awak perlukan rehat yang secukupnya." Aku senyum.

"Maksudnya, aku boleh balik hari ne ker?" tanyaku sambil melihat doktor Haikal.

"Malangnya, awak kena berehat kat sini selama satu hari." Kata Doktor Haikal sambil berpeluk tubuh. Mukaku menjadi hampa.

"Laa doktor, aku dah sembuh la. Pleasee! Aku nak keluar dari hospital yang menakutkan ne." aku merayu dengan doktor Haikal. Aku tak nak di sini. Aku nak balik. Aku benci ne tempat!

"Amelia, dengar cakap Doktor Haikal. Karang awak pengsan lagi." Kata Kevin sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik ini. Elehh, dia pulak yang support doktor. Aku mendegus. Kevin dan Doktor Haikal senyum.

Sepupuku BodyguardkuWhere stories live. Discover now