Chapter 6

4.1K 151 4
                                    

Bab 6

Recap : . Selepas itu aku pergi ke katil lalu aku baring. "Besok ialah hari pertama aku masuk ke sekolah. Fuhh!" kataku sebelum aku dibuai mimpi.

Tepat jam 6.45 pagi lonceng ku berbunyi. Aku membuka mataku lalu mengeliat. Hari ini, ialah hari pertama aku ke sekolah. Aku kemudiannya mengemas katilku lalu aku segera masuk ke dalam bilik mandi ku. Aku mengambil masa 10 minit untuk membersihkan badanku ini. Setelah itu, aku pergi ke bilik pakaian ku lalu memakai baju seragam sekolah.

Selesai sahaja, aku pergi ke meja solekku lalu mengikat rambutku dengan kemas. Dah lama dah aku tak ikat rambutku. Asyik lepaskan rambut jer. Kemudian, aku memakai minyak wangi agar badan ku tidak berbau. Jam 7.10 pagi aku keluar dari bilikku sambil membawa beg sekolah berwarna biru muda. Aku memakainya.

Aku menuruni tangga itu lalu pergi ke meja makan. Di situ, sepupuku semuanya tengah makan sarapan pagi. "Hey Amelia!" kata Jojo dan Danny.

"Morning Amelia!" kata John dan Samuel.

"Hey!" kata Fikri.

"Hey y'all!" kataku lalu aku duduk di sebelah Andie. Aku mencapai sekeping roti dan menyapunya dengan planta.

Aku kemudiannya memakannya. Kevin datang lalu duduk di sebelahku. Dia mengambil segelas kopi.

"Weii korang, nanti aku hantarkan bekal makanan untuk korang semua." Kata Kevin lalu meneguk kopi itu. "Okay, selamat duit aku!" kata Samuel.

Aku senyum mengingati kejadian semalam. Jam menunjukkan 7.25 minit pagi, kami semua berangkat ke sekolah mengikuti kereta Kevin. Dalam perjalanan pergi ke sekolah, tetiba Kevin berkata "Samuel dan Andie, korang berdua jaga Amelia di kelas. Yang lain jaga Amelia. Jangan korang berpisah dengannya. Dia ne budak baru, kalau Geng Spicy bulinya, korang call aku. Faham!" kayta Kevin sambil membelok ke kiri.

"Yer boss!" kata sepupuku serentak. Aku cuma menggeleng-gelengkan kepalaku. 10 minit perjalanan ke sekolah telah pun tiba. Semua sepupuku turun tinggal aku lagi. Fikri yang terakhir keluar menutup pintu itu. Aku melihat ke luar tingkap, ramai pelajar perempuan mengepung sepupuku.

"Kenapa tak turun lagi?" tanya Kevin sambil membuat muka hairan.

Aku melihat ke luar tingkap. Selepas itu aku melihat Kevin. "Aku tak nak keluar dulu. Aku takut fans korang mensyaki sesuatu. Sah-sah aku yang diorang aim." Kata ku sambil melihat keluar tingkap. Sepupuku mula berjalan menuju ke pintu masuk sekolah.

Pelajar perempuan pun mula bersurai.

"Aku turun dulu lah. Bye" kataku sambil turun dari kereta itu. Aku menutup pintu itu lalu melihat ke tempat Kevin. Kevin melambai-lambaikan tangannya lalu dia berlalu dari situ.

Aku memasuki pintu pagar itu lalu mendongak untuk melihat ke atas. "WOW!" kataku. Cuma itu sahaja yang boleh aku perkatakan kerana bangunan sekolah itu sangat lah besar dan cantik. Bangunan itu seperti bangunan hotel.

"Ne sekolah atau hotel ne?" kataku.

Royal High School merupakan sekolah swasta. Kebanyakkan pelajar-pelajar di sekolah ini datang dari golongan orang kaya. Yelah nama pun sekolah Royal mesti kebanyakkan di sini anak-anak Dato dan golongan anak-anak orang kaya. Kata Samuel, semua kelas ada penghawa dingin dipasangkan. Semua pun royal lah dikatakan. Aku mengeluh lalu berjalan-jalan melihat di sekelilingku.

Ternyata begini pula sekolah. Tanpa aku sedari, aku terlanggar seseorang. Dan orang itu mengadu kesakitan sambil menengkingnya. "Ma..maaf kan saya!" kata ku sambil melihat orang itu.

Sepupuku BodyguardkuWhere stories live. Discover now