Chapter 5

4.6K 164 9
                                    

Bab 5

Apa agaknya? Tanya ku. Aku kemudiannya keluar dari bilik itu lalu ingin menuju ke dapur. Tekak ku sangat la haus. Satu persatu aku menuruni tangga yang mewah itu. Keadaan disekelilingku sangat sunyi. Seperti aku sahaja di rumah besar ini atau lebih dikenali sebagai mansion.

Sampai sahaja di dapur itu, aku melihat seorang wanita dalam lingkungan 40-an tengah memasak. Aku senyum ke arah wanita itu.

"Hey makcik." Sapa ku.

Wanita itu melihat ku lalu "Hey jugak, cik nak minum ker? Mari saya sediakan." wanita itu berkata lalu mengelap tangannya. Cik la pulak dia panggil aku.

Aku berdehem. "Eh Makcik,tak usah. Aku boleh buat sendiri la. Makcik, jangan panggil aku cik. Panggil aku Amelia jer." Kataku sambil senyum ke arah wanita itu.

"Baiklah." Kata wanita itu.

"Err, Ameliaa." Panggil wanita itu.

Aku melihat wanita itu sambil menuangkan jus epal di gelas. "Amelia jangan panggil makcik, makcik. Panggil saya bibik." Kata wanita itu.

"Baikla bik." Kataku lalu melambaikan tangan ku ke arahnya. Sekarang, aku nak ke mana? Aku berjalan-jalan kemudian aku melihat guitar terletak di sofa itu. Aku menuju ke tempat guitar itu. Aku menggapai guitar itu lalu duduk di sana.

Aku melihat ke kiri dan kanan. Mana lah tahu ada orang nampak aku tengah pegang guitar mahal ne. Sah-sah kena teriak aku.

Memandangkan sepupuku masih lagi tengah bincang tentang hal lelaki mereka, aku nak nyanyi la. Aku berdehem lalu memetikkan guitar itu. Aku menyanyi kan lagu Shouldn't Come Back by Demi Lovato. Aku menutup mataku lalu nyanyi.

~~~

Selesai sahaja aku menyanyi, tetiba ada tepukan. Aku membuka mataku. Aku melihat sepupuku tengah bertepuk tangan. Aku menundukkan kepalaku.

"Wow, Amelia. Suara awak merdu lah. Awak boleh tarik suara ke not yang tinggi." Kata Samuel lalu duduk di sebelahku.

"Hehe, makesh." Kataku tersipu-sipu malu. Aku meletakkan guitar tersebut di sebelah ku. Kemudian, Andie mengambil guitar itu lalu duduk di sebelah ku. "Amelia, awak nak jalan-jalan ker?" tanya Andie.

"Boleh jugak!" kata ku sambil senyum.

"Okay, jom!" kata Andie sambil menarik tanganku.

"Wait!" kata Kevin sambil melihat kami berdua.

"Macamana korang nak pergi jalan-jalan kalau tak ada transport?" tanya Kevin sambil berpeluk tubuh. Andie tersengih-sengih.

"Dahlaa, korang ikut aku. Aku ada barang jugak nak beli ne!" Kevin berkata sambil mengapai kunci keretanya. "Laa, aku baru nak jalan berdua-duaan dengan Amelia." Kata Andie hampa.

"Weiikk, korang nak pergi mana? Kita berdua nak ikut!" Jojo berkata sambil berlari ke arah kami bertiga. Aku mendengar Andie mengeluh. Aku gelak sambil mengeleng-gelengkan kepalaku.

"Kitaorang jugak nak join!" Fikri berkata. Boleh dikatakan semua sepupuku ikut kitaorang.

Kevin kemudiannya menghidupkan enjin keretanya. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku melihat ke bawah dan kiri kanan. Aduh! Kenapa aku boleh lupa. "Kevin, kejapp! Aku lupa nak bawa beg tangan aku." Kata ku sambil membuka semula pintu kereta itu lalu berlari ke arah pintu utama. Aku berlari sepantas yang aku boleh sehinggalah aku sampai di bilik aku. Fuhh, besar jugak rumah ne.

Aku kemudiannya mengambil apa yang patut lalu keluar dari bilik itu. Aku berjalan dengan pantas sehingga la aku tiba di kereta Kevin. Aku memasuki pintu itu lalu meminta maaf kepada mereka.

Sepupuku BodyguardkuWhere stories live. Discover now