Chapter 10

4.2K 140 3
                                    

Bab 10

Beberapa minit kemudian, kami pun telah tiba di villa. Belum sempat bodyguardku membuka pintu untuk ku tiba-tiba Kevin berlari ke arah kereta lalu membuka untuk ku.

"Amelia!" katanya sambil menarik ku keluar.

"My God Kevin!" kataku sambil melihatnya.

Kemudian, Kevin memeluk ku erat. "Thanks so much you are save!" kata Kevin.

"Dude! Aku pergi kejap jer lah!" kataku sambil senyum. "Yerlahh! Tapi aku risau sebab awak keluar jalan-jalan sorang-sorang!" kata Kevin sambil berpeluk tubuh.

"Kevin! Sekarang awak tak perlu risau okay! Sekarang aku ada di hadapan awak so awak jangan risau lagi okay!" kataku sambil memegang pipinya. Kevin senyum lalu dia mengangkat beg sekolah ku.

"Jom masuk!" ajak Kevin sambil menarik lenganku.

"Kejap lah, kita ada tetamu!" kataku lalu menarik balik lenganku.

Alex berdehem.

"Ohh! Haii! Maaf tak perasan awak ada kat sini." Kata Kevin sambil senyum.

"Tak apa bro!" kata Alex sambil mengangkat beg pakaiannya. Aku senyum lalu menarik tangan Alex meninggalkan Kevin disitu. "Ohh, ada kawan baru, dah tak nak layan aku lah!" kata Kevin sambil mengikuti aku dan Alex ke dalam rumah.

Alex memegang lengan ku erat.

"Hai Amelia, dah balik dah?" sapa auntie Sherry sambil senyum. Diikuti oleh auntie Chelle dan auntie Sarah. "Hai auntie. Yaa, baru jak Amelia balik." Kataku sambil senyum ke arah mereka. Aku melihat Alex menundukkan kepalanya.

"Ne siapa pulak? Ne mesti Alex kan?" tanya auntie Chelle. Alex ragu-ragu untuk melihat muka auntie-auntie ku. "Err.. hai ...da...tin!" gugup sangat Alex.

Auntie-auntie ku gelak. "Ehh, Alex. Tak payah panggil datin la. Panggil auntie jerr!" kata auntie Sherry lalu memegang pipi Alex. Alex kemudiannya tersengih-sengih. "Sebenarnya auntie, Alex ne takut." Kataku sambil melihat Alex.

"Aih? Kenapa pula nak takut? Auntie tak makan orang pun." Kata auntie Sarah. "Alex takut di pandang rendah oleh auntie." Kataku sambil senyum. "Adakah patut kami nak pandang rendah dengan orang yang cantik, baik dan tomboy?" kata auntie Sarah. Kemudian kami gelak.

"Dah, dah! korang berdua naik atas bersih kan badan. Nanti auntie suruh pembantu masakkan makan tengah hari untuk kamu berdua okay!" kata auntie Chelle.

"Jangan lupa kami berlapan yerr!" kata Jojo yang baru sahaja turun dari tangga itu. "Baiklaaa!" kata auntie Chelle kemudian mereka bertiga berjalan menuju ke destinasti mereka. Kami berdua berjalan menuju ke bilik ku.

"Wahh! Besar sungguh rumah nee!" kata Alex sambil melihat sekeliling rumah itu. Sampai sahaja di tingkat atas, aku kemudiannya belok ke kanan.

"Banyak nya pintu!" kata Alex sambil mengira pintu itu. "Semuanya lapan pintu." Sambungnya lagi. aku cuma senyum sahaja. "Ne lorong, bilik remaja semua. Hujung kanan bilik Jojo. Hujung kiri bilik John. Sebelah bilik John, bilik Fikri. Sebelah bilik Fikri pulak bilik Danny. Sebelah bilik Danny, bilik Samuel. Sebelah bilik Jojo pulak, bilik Andie. Sebelah bilik Andie pula, bilik Kevin. Sebelah bilik Kevin, bilik aku." Kataku sambil menerangkan bilik-bilik itu.

"Wow!" kata Alex.

"Jom lah masuk!" kataku sambil membuka pintu untuk Alex. Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik ku, Alex terpengun melihat bilik ku. "Wow, warna purple la bilik awak." Kata Alex sambil meletakkan beg pakaian di katil ku. "Haha, mestilah purple. Favourite aku." Kataku sambil mengambil tuala untuk ke bilik mandi.

Sepupuku BodyguardkuWhere stories live. Discover now