BAB 2 - SERAKAH

8.1K 270 15
                                    

Aisya terus terjelepuk ke lantai, rasa marah, geram, takut segalanya berserabut dalam fikiran, menyebabkan kakinya lembik. Masih terngiang kata guru kelas Aqif yang mengadu bahawa Aqif telah menumbuk rakan sekelasnya hingga berdarah.Seluruh tubuhnya menggeletar. Dia duduk memeluk lutut, masih menggeletar, meraung semahunya, namun airmatanya telah kering sejak 10 tahun lalu. Memori yang telah cuba ditinggalkannya, datang kembali, malah makin jelas. Aisya nampak bayangan seseorang dalam diri Aqif.

Ayah Aisya mengambil upah memotong rumput dan membersihkan kebun orang-orang kampung, manakala ibunya pula seorang tukang jahit. Berhasrat untuk meringankan beban ibu dan bapanya, Aisya bekerja sebagai pembantu klinik yang baru dibuka di kampung mereka. Ketika peristiwa yang akhirnya merubah hidup seorang Aisya 360 darjah, dia hanyalah seorang gadis naif berusia 18 tahun.

Petang itu Aisya berjalan pulang ke rumah selepas tugasnya berakhir seperti biasa, tiba-tiba cuaca mendung dan hujan turun tanpa amaran. Aisya yang terlupa membawa payung terus mengambil keputusan untuk teruskan berjalan dalam hujan kerana memikirkan jaraknya sudah tidak jauh manapun. Tiba-tiba sebuah kereta Proton Saga berwarna merah berhenti mengejut dihadapannya. Seorang lelaki, bertopeng, turun dari kereta itu. Aisya terkejut, tetapi dia cepat mengambil tindakan untuk melarikan diri sambil menjerit, malang baginya kerana tiada siapa yang mendengar jeritannya. Lelaki itu mengejar, dan berjaya menarik lengan Aisya. Aisya ditumbuk, lalu gelap dunianya.

Ketika Aisya sedarkan dirinya, basah kuyup, terbaring di tepi semak. Dia cuba berdiri, tetapi kakinya lemah. Dia cuba gagahkan diri dan pulang kerumah. Tidak pernah membuka mulut mengenai apa yang berlaku padanya hari itu, kerana dia terlalu takut dengan bapanya yang cukup garang dan tegas, manakala ibunya pula sendiri tidak pernah bersembang dengannya hal-hal yang sulit sebegitu. Lagipun Aisya, gadis naif itu tidak tahu apa yang terjadi padanya petang itu, dan dia menganggap hal itu habis disitu sahaja.

Lima bulan Aisya tidak datang bulan, dia perasan perubahan yang berlaku pada tubuhnya. Perasaannya menjadi kalut, bergaul rasa jijik dan takut dengan diri sendiri. Aisya meminta tolong doktor klinik yang dia bekerja untuk melakukan pemeriksaan. Keputusan yang diberitahu oleh doktor Nazrah menggegarkan dunia Aisya, bagaikan halilintar memanah dirinya. Aisya bagaikan mati, sebelum mati. Aisya disahkan hamil, dan akan dijangka melahirkan bayinya lagi empat bulan.

Berita itu tidak diterima baik oleh ibu dan bapanya. Mereka tidak mempercayai setiap kata Aisya, dan meminta Aisya keluar dari rumah. Erti kata lain, Aisya dihalau ketika dirinya hamil lima bulan, tanpa suami. Aisya keluar malam itu, dengan airmata menjadi peneman Aisya membeli tiket bas untuk ke kota metropolitan Kuala Lumpur. Dia mahu gugurkan bayi itu dan bina hidup baru. Dia menggenggam tekad!

Tok tok.

Pintu bilik Aisya diketuk. Lamunan panjangnya terhenti, kelihatan Aqif dipintu biliknya, memegang segelas air.


Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now