BAB 21

5K 202 35
                                    


T-shirt seragam gerai wafer itu dicabutnya dan terus dicampakkan dalam tong sampah. Dia mencuci wajahnya menghilangkan eyelinernya yang telah cair akibat tangisannya. Aisya berteleku di hadapan cermin meja soleknya. Apa gunanya meratap hiba lama-lama, lebih baik dia cari kerja baru, bisik hatinya. Dapur rumah ini perlu berasap juga, masih ada satu perut lagi yang perlu diisi.

Aisya menyarungkan blouse berwarna kuning cair, dipadankan dengan cekak rambut berwarna kuning. Rambutnya disanggul rapi. Lipstick merah jambu dicalit rapi, bedak dan eyeliner melengkapkan penampilan anggunnya. Dia menepuk pipinya, menyeru semangat.

Kunci motosikal dicapai, dia meninggalkan rumah dengan 1001 harapan baru.

***

Aqif terkocoh-kocoh memakai kasut sekolahnya semula apabila ternampak Ustaz Kamal sudah menunggunya didalam kereta.

"Ustaz maaf lambat, tadi Aqif cari ustaz kat dalam."

"Eh, tak apa Aqif. Nenek Kalsom mesej suruh ustaz call balik, sebab tu ustaz keluar awal."

"Ooh." Riak wajah Aqif sedikit berubah sedih apabila mendengar nama Nenek Kalsom.

"Nenek kirim salam dekat Aqif tau..."Ustaz Aqif membelai rambut Aqif mesra. Terbuntang mata anak kecil itu. "Betulkah ni ustaz? Waalaikumussalam!" Jawab Aqif ceria.

"Jom ustaz hantar awak balik ye." Ustaz Kamal mengerling jam tangannya. Aqif menggangguk sambil menguntum senyuman.

***

"Assalamualaikum abang."

Ustaz Kamal yang ralit membelek telefon bimbitnya pada ruang menunggu tersentak. Dia mendongak kepalanya. Gadis berkurung kuning bercorak bunga kecil itu mengukir senyuman manis. Ustaz Kamal mengecilkan matanya seperti cuba mengecam siapa yang berdiri dihadapannya itu.

"Ini Sakinah la abang." Gadis itu menepuk dadanya dengan wajah ceria cuba mengembalikan ingatan Ustaz Kamal kepadanya.

Maklumlah sepanjang pengajiannya, dia bermusafir selama 5 tahun itu di negara Mesir, tidak pulang langsung kerana fikirkan kos perjalanan, tambahan pula kini Sakinah sudah mula bertudung, Ustaz Kamal hampir tidak mengenali gadis itu.

"Oh ya, sorry abang tak kenal tadi." Ustaz Kamal membalas senyuman Sakinah dan segera mengambil beg pakaian Sakinah untuk dibawa ke kereta.

'Amboi beratnya beg, berapa lama dia nak stay sini, masak lah aku.' Getus hati Ustaz Kamal sambil berlalu menuju ke kereta. Gadis itu membuntuti Ustaz Kamal sambil tersenyum riang.

'Leganyaa rasa hati bila dapat tengok wajah kesayangan hamba.' Jerit hati Nur Sakinah binti Haji Bakri itu.

"Terima kasih abang sudi ambil Kinah." Sakinah menghadapkan dirinya kearah Ustaz Kamal. Ustaz Kamal mula merasa tidak selesa dengan renungan yang Sakinah lemparkan kepadanya.

Ustaz Kamal berdehem, "Kinah tolong pakai seatbelt tu."

Sakinah ketawa sambil menutup mulutnya, "Eh lupa pula Kinah." Terus tangannya menarik seatbelt, kemudiannya merayau pula mencari button radio.

Tet. Satu butang ditekan.

Niatnya ingin menekan butang radio tetapi dia tersalah tekan butang CD. Automatik CD alunan ayat suci Al-Quran beralun merdu. Wajahnya kalut mencari butang lain untuk menukar kepada radio.

"Biarlah, ok apa ni, tenang sikit hati." Ustaz Kamal menahan ketawanya melihat reaksi serba-salah Sakinah. Sakinah kembali bersandar dan melihat keluar tingkap. Ustaz Kamal menarik nafas lega kerana alunan ayat suci Al-Quran itu telah menyelamatkan dia dari terpaksa berpura-pura mesra berbual dengan Sakinah walaupun dia tidak selesa.

"Wah ini ke rumah abang? Cantiknya!" puji Sakinah ikhlas, kagum dengan hiasan rumah Ustaz Kamal. 'Ini baru luar, belum tengok dalam, wah husband material betul ustaz ni.' Bisiknya riang, dia melihat kolam ikan D.I.Y Ustaz Kamal yang ceria dengan ikan guppy berwarna warni. "Wah siap ada kura-kura."Jeritnya suka. Ustaz Kamal memang rajin menghias rumahnya, maklumlah kampung boy, pantang ada masa terluang dia pasti mengisi dengan menanam pokok dan mencuci kolam ikannya.

Dia melabuhkan punggungnya ditepi kolam, melayan fikirannya yang mula mengelamun. Seronoknya jika boleh menjadi puan rumah ini, bahagia hidupnya. 'Rumah cantik, kereta mewah, phewww sedap ni masuk goyang kaki jeee.'

"Amboi Sakinah berborak apa tu sampai tak nampak makcik." Nenek Kalsom menyapa Sakinah yang sedang mengocak air kolam ikan Ustaz Kamal dengan tangannya.

"Ya Allah Mak Com. Kinah tak perasan. Assalamualaikum." Ceria Sakinah bersalaman dan berpelukan dengan Nenek Kalsom.

"Panas-panas ni sembang kat dalam la mak oi." Ustaz Kamal mencuit bahu emaknya. Nenek Kalsom menarik tangan Sakinah menuju ke dalam rumah.

"Kinah tidur sini malam ni." Nenek Kalsom menunjukkan bilik tetamu pada Sakinah. Gadis itu terangguk-angguk tanda faham. Ustaz Kamal meletakkan beg pakaian Sakinah di tepi katil.

"Terima kasih abang." Sakinah tersengih-sengih seperti kerang busuk. "Sama-sama. Mak, Mal pergi solat Asar dulu." Ustaz Kamal meminta diri dan meninggalkan emaknya dan Sakinah yang masih tidak habis-habis lagi berborak.

***

"Terima kasih Encik. Saya akan buat yang terbaik." Aisya mengukir senyuman mesra.

"Sama-sama. Awak tak payahlah panggi encik,encik. Panggi saya Syah je. Kat sini kita semua bekerja sebagai satu team, satu family." Lelaki itu membalas senyumannya. 

Aisya mengangguk. "Emm, baik Syah."

"Baiklah, kalau tak ada apa-apa soalan lagi awak boleh mula kerja esok."  

Jabat tangan Syah disambut Aisya. Sempat dia mengerling tag nama manager tempat kerja barunya itu. 'Syaheizy.'

'Alhamdulillah.' Selepas hujan pelangi turut muncul. Aisya diterima bekerja selepas walk-in interview, dan gaji permulaannya di tempat baru lebih banyak dari kerja sebelum ini.

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now