BAB 13 - HOSPITAL

5.1K 211 8
                                    

Berderau darah Ustaz Kamal melihat sekujur tubuh Aisya terbaring longlai, mulutnya berbuih. Aqif menerkam lalu memeluk tubuh ibunya. Air matanya deras membasahai baju.

"Astaghfirullah hal azim, Aqif cepat tolong saya, ambil beg tangan ibu kamu. Lepastu kunci pintu, ustaz tunggu kat kereta." Arahan Ustaz Kamal disambut dengan anggukan cemas Aqif. Ustaz Kamal mencempung tubuh kecil Aisya dan berlari menuju kereta.

Aqif memangku kepala ibunya di dalam kereta sambil menangis. Ustaz Kamal memandu melebihi had kelajuannya, kereta bergerak sekencang degupan jantungnya sendiri. Sesekali dia mengerling pada wajah pucat Aisya yang terbaring atas pangkuan Aqif.

Setibanya di wad kecemasan hospital, beberapa orang jururawat menyambut Aisya dan membawanya pergi untuk mendapatkan rawatan segera. Ustaz Kamal menarik Aqif yang meraung kuat ketika ibunya dibawa pergi kedalam pelukannya. Setelah Aqif tenang, barulah dia memberi isyarat kepada jururawat untuk bersedia mengisi beberapa borang maklumat.

Dia menggeledah beg tangan Aisya untuk mencari kad pengenalan.

'Oh, Aisya rupanya nama kamu....Aisya itu 'kehidupan yang bahagia'. Kamu layak mendapat bahagia itu, kenapa kamu lakukannya...Kenapa...' Rintih hatinya memikirkan perlakuan Aisya sebentar tadi.

Setelah selesai mengisi semua maklumat, Ustaz Kamal mengambil tempat disebelah Aqif.

Aqif yang masih tersedu mendongak ketika rambutnya digosok lembut oleh Ustaz Kamal.

"Ustaz..." suara Aqif tersedu-sedu.

"Ya Aqif. Ibu akan okay, insya-Allah. Ibu perlukan doa Aqif, Aqif anak yang baik kan, doakan ibu Aqif." Pesan Ustaz Kamal sambil menggosok belakang anak kecil yang malang itu.

"Kenapa ibu nak tinggalkan Aqif? Ibu tak sayangkan Aqif ke Ustaz?"

"Mana ada ibu yang tak sayangkan anaknya...Kasihnya ibu itu membawa ke syurga Aqif."

"Ustaz kata kasih ibu membawa kesyurga, tapi Aqif tak pernah rasa pun, Aqif nanti masuk neraka ke?"

Ustaz Kamal terdiam, terasa beban sebesar gunung menghempap hatinya, sakit sekali.

"Mana Aqif tahu ibu nak tinggalkan Aqif?" Ustaz Kamal mencuba untuk memulihkan tanggapan Aqif.

Ustaz Kamal tahu ibu Aqif sedang cuba untuk membunuh diri. Dia sendiri terkejut dengan perlakuan Aisya ketika melihat dua botol pil yang berselerak ditepi Aisya. Dia tidak menyangka Aisya sanggup bertindak sebodoh itu tetapi dia cuba untuk tidak membuat andaian sendiri kerana dia tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui seorang ibu muda itu.

Namun Ustaz Kamal merasa pelik kerana mana mungkin anak sekecil Aqif faham sebenarnya apa sebenarnya yang terjadi, adakah Aisya sudah pernah lalukan begini sebelum ini, atau betulkan Aqif faham Aisya sedang melakukan cubaan membunuh diri.

"Ini ustaz. Saya jumpa surat ni dalam tangan ibu." Aqif menghulur sepucuk surat kepada Ustaz Kamal.

Kepada Aqif,

Bila aku dah tak ada lagi kat sini, kau telefon lah nombor ni 03-9874561, dan tunggulah mereka ambil kau. Maaf dah tak dapat jaga kau lagi, aku penat, aku penat dibenci.

"Tunggu kejap. Jangan pergi mana-mana nanti ustaz datang balik." Ustaz Kamal bangun dan meninggalkan Aqif yang terpinga-pinga dalam ruangan menunggu itu.

***

"Assalamualaikum, rumah anak-anak yatim Bedaya, boleh saya bantu?"

"Waalaikumussalam, maaf saya salah nombor." Ustaz Kamal segera memutuskan talian. Darahnya membuak, sepucuk surat itu dikeronyok dan dilempar ke dalam tong sampah.

Dia menghampiri Aqif yang menunggu dengan sabar diruangan menunggu, dan tubuh anak kecil itu dipeluk. Ustaz Kamal berjanji dengan dirinya sendiri jika apa-apa yang terjadi pada Aisya, Aqif tidak akan dibiarkan dia ke rumah anak-anak yatim. Rasa kasihnya dan perasaan simpati kepada Aqif bergabung menjadi satu. Aqif masih terpinga-pinga tidak faham apa yang telah berlaku, namun dia merasa selamat didalam pelukan Ustaz Kamal. Tangan kecil Aqif membalas pelukan Ustaz Kamal.

Aqif tertidur atas kerusi kepenatan, Ustaz Kamal tidak sampai hati untuk mengejutkan dia tidur. Ustaz Kamal menunaikan solat dan sempat turun ke kafe membeli air milo tin dan dua bungkus roti untuk Aqif.

Sebaik melabuhkan punggung disebelah Aqif, Ustaz Kamal berniat untuk mengejutkan Aqif.

"Encik Kamal, penjaga kepada Aisya Hani binti Azam?" seorang doktor India menyapa Ustaz Kamal sambil menghulur tangannya.

"Ya Doktor. Macam mana dengan Aisya?" Ustaz Kamal menyambut salam Doktor Suresh.

"Saya Doktor Suresh. Mari ikut saya."

Ustaz Kamal meletakkan air milo tin dan roti disisi Aqif yang masih terlena sebelum mengikuti Dr Suresh menuju ke sebuah bilik.

"Aisya selamat, tetapi masih tidak sedarkan diri kerana dos ubat yang diambilkan terlalu banyak. Berikan masa untuk dia berehat. Saya nasihatkan awak untuk tengok-tengokkan dia takut kejadian berulang lagi,kalau perlu saya sarankan untuk awak dapatkan khidmat pakar psikologi." Dr. Suresh menepuk belakang Ustaz Kamal. Ustaz Kamal mengangguk tanda faham.

"Terima kasih, Doktor."

Ustaz Kamal mengejutkan Aqif. Aqif membuka matanya, menarik tangan Ustaz Kamal, dan merenung wajah ustaz dengan seribu satu persoalan yang tidak terluah. Ustaz Kamal mengukir senyuman manis.

"Ibu dah selamat. Jom balik, malam ni Aqif tidur rumah Ustaz." Ustaz Kamal memimpin tangan anak kecil itu menuju ke kereta.


Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Kde žijí příběhy. Začni objevovat