BAB 24

4.8K 196 16
                                    

Lelaki itu membuka helmetnya dan bibirnya mengukir senyuman mesra. Aisya menghembuskan nafas lega, dia membalas senyuman itu, "Terkejut saya Syah, ingatkan penculik mana tadi."

"Hahaha, saya nampak macam penculik ke? Penculik hati mungkinlah. Hahaha." Dia meletakkan helmetnya diatas tangki motorsikalnya.

"Hahaha amboi, bercia cia cia pula malam-malam ni. Jom lah balik Syah, dah lewat ni." Aisya ketawa kecil, motosikalnya dihidupkan.

"Awal lagi lah. Minum-minum jom?" Syah melirik jam tangannya.

"Eh maaflah Syah, lain kali boleh? Malam ni saya risau pula, anak saya tu entah dah makan ke tidak kat rumah tu." Aisya mengerutkan kening, terpancar rasa serba salah pada riak wajahnya, merasa risau pula menolak ajakan bos padahal baru hari pertama kerja.

"Lah, awak dah kahwin rupanya." Giliran Syah pula mempamerkan wajah penuh serba salah kerana dia fikir Aisya masih bujang.

Aisya tersenyum nakal.

"Ha ah suami saya gangster kat sini, baik saya balik sebelum kuncu-kuncu dia nampak kita berdua." Aisya berpura-pura memandang sekeliling.

"Hah? Ye ke?" Pantas mata Syah meliar melihat sekeliling, wajahnya bertukar cemas.

"Hahahaha, saya gurau la Syah. Saya takde suami." Aisya mengekek ketawa memegang perutnya.

"Maksud awak? Anak?" Syah merenung wajahnya tajam sehingga hatinya bergetar. Aisya menelan liur.

"Maaflah Syah, saya gurau je tadi, saya tak ada la suami gangster, saya single mum." Wajah Aisya bertukar pucat, takut pula bosnya itu menganggap gurauannya keterlaluan.

Tiba-tiba Syah ketawa, pantas dagu Aisya dicuit. "Nakal betul eh awak, saya ni belum pernah lagi kena game dengan pekerja lain, first time ni. Fuh. Dah la, jom kita balik kesian anak awak." Syah menyarungkan kembali helmetnya. Aisya mengangguk setuju.

***

'Aduh siapa pula tu bermenung sakan depan rumah aku?' Aisya mengecilkan matanya cuba mengecam susuk tubuh lelaki yang sedang bersandar pada kaki lima berdepan pintu rumahnya. Kebetulan pula lampu kaki lima itu sudah rosak dan tidak berganti-ganti lagi, pandangannya terganggu dengan lampu yang berkelip-kelip itu.

Langkahnya dilajukan, helmetnya digenggam kuat, bersedia bila-bila masa untuk menghentak kepada siapa pun yang mengancamnya. Lelaki itu tersedar dengan kehadirannya, terus berdiri tegak menghadapnya.

Aisya menggigit bibirnya, perasaannya kembali berkecamuk, dia cuba mengawal emosinya. 'Kenapa aku perlu cemburu, dia bukan sesiapa pun untuk aku, aku pun tiada makna untuk dirinya.' Bisik hati Aisya, cuba menipu dirinya sendiri.

"Assalamualaikum Aisya." Ustaz Kamal menegur Aisya yang kelihatannya sungguh try-hard menyembunyukan emosinya, beberapa kali kuncinya terjatuh sebelum dia berjaya membuka pintu.

"Waalaikumussalam, ya Ustaz?" Aisya mempamerkan senyuman palsu, segera dia masuk ke rumah dan mengunci pintu grill walaupun ustaz masih berdiri di luar.

"Aisya, ada sesuatu yang saya nak bagitau awak. Saya dah lama nak cakap perkara ni." Ustaz Kamal memegang jeriji besi yang menghadang diantara dirinya dan Aisya. Aisya berundur setapak ke belakang.

"Saya cintakan awak Aisya. Saya tak mahu kehilangan awak." Jujur dan tulus kedengaran apabila Ustaz Kamal menghamburkan isi hatinya pada Aisya.

"So?" Aisya memeluk tubuhnya.

"Saya tahu Aisya rasa yang sama."

"Saya tak cintakan ustaz!" Keras suara Aisya. Bamm! Pintu ditutup rapat.

"Aisya, awak jangan tipu saya! Saya nampak semua dari mata awak. Kalau tidak kenapa awak dingin dengan saya sejak malam tadi...?"

Sunyi.

"Aisya saya tahu awak masih ada kat sini." Ustaz Kamal menghela nafas kecewa.

"Awak faham tak saya cakap saya tak cintakan Ustaz." Aisya melaung dari dalam, terus bergegas masuk ke biliknya.

Aisya mengunci pintu biliknya, dia terduduk memeluk tubuh di tepi katilnya. Dadanya terasa sakit sekali setiap kali dia mengatakan terpaksa menidakkan perasaannya. Penat mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.

Memang dia mencintai Ustaz Kamal, tetapi dia tidak sanggup merobohkan rumahtangga orang, dia tidak sanggup melukakan hati seorang wanita lain. Patutlah ustaz Kamal begitu pandai melayan dirinya hinggakan dia sendiri jatuh hati pada ustaz muda itu, rupanya dia sudah beristeri. Telahan demi telahan Aisya timbul terhadap Ustaz Kamal setelah kejadian malam tadi.

***

"Aqif dah siap mandi? Meh la breakfast dulu." Aisya memanggil anaknya yang baru keluar dari bilik. Aqif mengambil tempat di meja makan. Pagi ini Aisya cuma menghidangkan roti canai frozen dicicah dengan susu pekat. Aisya makan menghadap anaknya.

"Sedap roti canai n...eh ibu?!" Wajah ceria Aqif bertukar cemas setelah dia nampak sesuatu di muka Aisya. Aisya meraba mukanya. "Kenapa Aqif?"

Aqif pantas bangun dan menghampiri Aisya, wajah Aisya ditenung. "Kenapa mata ibu bengkak?"

Cepat Aisya berlari mendapatkan cermin. 'Alamak, adui ni mesti sebab menangis semalam.' Dia mengetuk dahinya perlahan.

"Kenapa ibu? Ibu okay tak ni?"

Aisya berlutut menghadap anaknya, bahu Aqif dipegang. "Ibu tidur lambat je ni semalam. Dah jangan risau, jom kita sambung makan."

Aqif mengangguk faham.

***

"Abang Kamal banyak kerja ke?" Sakinah meletakkan secawan Nescafe suam diatas meja. "Hmm." Jawab Ustaz Kamal pendek.

Tanpa disuruh, Sakinah melabuhkan punggungnya disebelah Ustaz Kamal. Dia merenung wajah Ustaz Kamal yang masih tidak mempedulikannya itu.

"Meh Kinah nak tengok abang ajar apa kat sekolah..."Sakinah cuba mengambil sebuah buku latihan yang sudah siap ditanda oleh Ustaz Kamal.

Tanpa disengajakan, lengannya tertepis pada cawan Nescafe suam yang masih belum diminum oleh Ustaz Kamal, menyebabkan air itu tumpah mengenai beberapa buah buku.

"Allahu akbar, SAKINAH! Serabut lah aku dengan kau ni." Ustaz Kamal mengetap bibirnya, kemudian dia berpaling ke arah lain dan beristighfar. Semua barang-barangnya diambil dan terus masuk ke dalam kebiliknya. Pintu dikunci dari dalam.

"Apa yang bising tadi Kinah? Eh mana Kamal? Kenapa ni Kinah?" Nenek Kalsom menghampiri Kinah yang masih kaku, matanya berkaca.

Nenek Kalsom mengusap belakangnya, segera Nenek Kalsom dipeluknya,

"Kinah tak sengaja Mak Com." Suaranya tersekat-sekat. Hatinya betul-betul terguris apabila dengan kata-kata Ustaz Kamal.

Nenek Kalsom juga terkejut apabila mendengaranaknya pertama kali meninggikan suara dengan orang lain, apatah lagi denganseorang wanita. Dia membalas pelukan Sakinah, "Tak apa, Kamal ada masalah kut,nanti Mak Com cakap dengan dia ya..."lembut dia memujuk gadis itu. Sakinahmengangguk lemah. 

_________________

Maaf lama tak update, kena syndrom writer's block yang teruk, tulis padam tulis padam, rasa hambar sangat T_T

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now