BAB 27

4.9K 186 10
                                    

'Cukuplah ni lima hari kat kampung.'Ustaz Kamal mengomel sendirian sambil memasukkan tiga helai t-shirt dan dua helai seluar kedalam beg laptopnya. Puas menyumbat dia gigih pula untuk zip beg yang sudah kelihatan seperti nangka dibalut itu.

Tok..tok... Belum sempat Ustaz Kamal memberi kebenaran untuk masuk, pintu dibuka perlahan dari luar.

"Eh mak, dah siap semua barang? Letak ja kat luaq nanti Kamal masukkan dalam kereta." Nenek Kalsom menutup kembali pintu dan menghampiri anaknya.

"Apa yang macam ikan buntal dah ghupenya beg hang tu, bok mai sini mak susun elok-elok." Nenek Kalsom melabuhkan punggungnya diatas katil dan menarik beg anaknya. Semua pakaian dikeluarkan semula dan digulung kemas-kemas untuk dimuatkan dalam beg yang sempit itu, ustaz Kamal hanya memerhati sambil tersengih.

Nenek Kalsom menggeleng, "Hang ni patutnya dah ada bini Kamal, nanti mak dah tak ada siapa nak jaga hang." Luah Nenek Kalsom sambil ligat menyusun baju anaknya.

"Apa mak cakap macam tu..." Ustaz Kamal duduk menghadap ibunya.

"Mak bukan apa, Kamal makin hari makin dewasa, mak makin hari makin tua. Sebelum mak pejam mata, mak nak tengok ada orang jaga anak mak dulu barulah tenang mak nanti." Nenek Kalsom bersuara sayu, baju terakhir berjaya dimuatkan ke dalam beg, lalu dizip mudah. Beg dihulur kembali kepada Ustaz Kamal.

"Kamal bukan tak mahu kahwin mak..."

"Habis apa Kamal? Tak jumpa orang yang cukup baik. Sakinah tu ada, tapi mak tengok Kamal yang tak hendak." Pantas Nenek Salmah memotong cakap anaknya.

"Mak..."

"Apa? Kamal ni dari dulu lagi ada masalah tak mau share dengan mak. Mak tengok Kamal macam moody ja kebelakangan ni pasai apa sebenarnya?" Nenek Kalsom merenung anaknya.

"Tak apa la mak..Jom gerak?" Cubaannya untuk bangun dari katil gagal apabila tangannya direntap, dia kembali duduk disebelah emaknya.

"Mak tak pernah tengok anak mak tinggi suara, tapi haritu Kamal tinggi suara dengan Sakinah. Itu Kamal cakap Kamal tak masalah? Cerita la dengan mak, apa guna Kamal ada mak tapi tak nak berkongsi cerita langsung." Suara Nenek Kalsom mulanya keras, kemudian bertukar hiba.

Ustaz Kamal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Perasaannya sungguh serba salah. Nenek Kalsom hampa dengan respons anaknya bangkit untuk keluar dari bilik.

"Mak. Kamal jatuh cinta mak."

Langkah Nenek Kalsom terhenti. Itu kali pertama anaknya membuka mulut mengenai perasaan kepadanya, dia berpaling menghadap anaknya.

"Jadi?"

"Ini kali pertama Kamal jatuh cinta mak. Kamal tak tahu nak luahkan macam mana, dan bila Kamal luahkan dia cakap dia tak suka Kamal."

"Laa anak mak kena reject ka...Bunga bukan sekuntum Kamal." Nenek Kalsom menepuk bahu Ustaz Kamal perlahan.

"Tapi Kamal tahu dia tipu. Dia jauhkan diri dia lepas jumpa Kamal dengan Sakinah malam tu." Ikutkan hati mahu sahaja dia cerita perangai Sakinah menarik tangannya didepan Aisya, tetapi dia masih mahu menjaga aib gadis itu didepan ibunya.

"Dia cemburu?" Nenek Kalsom meneka.

"Kamal tak tahu, mak." Ustaz Kamal mengangkat bahunya.

"Dah tanya dia?"

Ustaz Kamal menggeleng.

"Hang ni pun... tanya la dia terus, ini badmood sorang-sorang pula."

"Mak..."

"Ya...Awatnya lagi."

"Kalau Kamal cuba dapatkan dia balik, mak janji untuk terima pilihan Kamal walau siapa pun dia?"

Pertanyaan Ustaz Kamal membuatkan mata Nenek Kalsom membulat.

"Awat tanya mak lagutu? Siapa dia tu?"

Ustaz Kamal menggaru kepalanya yang tidak gatal, Nenek Kalsom menganggukkan kepala perlahan barangkali tidak sabar untuk mendengar jawapan anaknya.

"Ibu Aqif mak. Namanya Aisya Hani."

Jeda seketika, keadaan sunyi. Ustaz Kamal hampir tidak tahan gelodak dihatinya bimbang emaknya akan membangkang pilihan hatinya.

Tiba-tiba Nenek Kalsom mengukir senyuman.

"Mestilah mak terima siapa pun yang Kamal pilih."

Jawapan Nenek Kalsom bagaikan air yang memadamkan segala api keresahan dalam dada Ustaz Kamal. Dia memeluk emaknya.

"Mak, terima kasih mak!"

***

Aqif masih lena dengan kepala diatas pangkuannya. Dia mengusap lembut rambut Aqif. Cahaya matahari yang semakin terik menyilaukan matanya, dan membuat kepalanya sakit. Tirai pada tingkap diturunkan, Aisya menyandar pada seat bas tersebut. Perjalanan mereka masih jauh. Dia cuba melelapkan mata.

Telefon bimbitnya yang bergetar menunjukkan sebuat pesanan whatsapp masuk mengejutkan Aisya yang sudah hampir terlelap. Dia menggosok matanya yang berpinar."

From : Syah (BOS)

Aisya dah sampai mana tu? Aqif okay first time jalan jauh?

Tirai diselakkan sedikit, kebetulan tiada pula tanda jalan yang dia nampak.

'Hehehe, tengah highway la Syah, saya pun tak pasti kat mana ni. :P. Aqif ada tidur ni.'

(Blue Tick)

From : Syah (BOS)

Hahaha apa la Aisya ni, alert sikit, nanti kalau dreba bas tu culik awak berdua jual pula, siapa susah?Saya juga. HAHAHA. JK.

Eh Syah, janganlah cakap macam tu, risau saya!

(Blue tick)

From : Syah (BOS)

Sorry,sorry saya gurau je. Have safe journey ok. Kalau perlukan saya seru je nama saya, nanti saya sampai. Kehkehkeh. Baiklah saya kerja dulu, assalamualaikum.

Terima kasih Syah. Waalaikumussalam.

(Blue tick)

Telefon bimbitnya diselitkan kembali ke dalam poket jeansnya. Matanya dipejamkam, dia tidak tahu bagaimana lagi patut dilakukan untuk membalas jasa Syah yang atas budi bicara sudi membenarkan Aisya bercuti tanpa gaji kepadanya walaupun Aisya tidak menceritakan keseluruhan masalahnya, terutama mengenai sakitnya kepada Syah.

Doktor telah mengesahkan Aisya mempunyai tumor didalam kepalanya, dan kini tumor itu semakin membesar dan menyebabkan dia kerap sakit kepala. Alhamdulillah tumor itu tidak mengandungi sel kanser, tetapi risiko selepas dibedah masih wujud. Walaupun dipujuk oleh doktor supaya segera dibedah, namun Aisya akhirnya memilih untuk pulang berfikir dahulu.

Bukan berfikir, sebenarnya Aisya ingin bertemu dengan ibu bapanya. Dia ingin sekali untuk diterima semula oleh mereka, tidak kisah andainya perlu dibayar dengan nyawa, asalkan mak dan abahnya terima Aisya sebagai anak mereka semula. Aisya rindukan mereka, dan dia tidak sanggup bayangkan dirinya pergi sebelum masalah antara mereka selesai.

Hatinya terasa hiba, air mata yang mula bergenang cepat-cepat diseka agar tidak tumpah. Matanya dipejam rapat, wajah emak dan abahnya bergilir-gilir singgah dalam kotak memorinya. Akhirnya dia terlena juga. 

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now