BAB 5 - BAHAGIA

6.3K 251 3
                                    

"Tension je Kak Mah." Ustaz Kamal menegur Cikgu Hasmah yang kelihatan monyok dari jauh sehinggalah sampai ke meja mereka yang bertentangan. Cikgu Hasmah adalah guru matematik dan selaku guru kelas Aqif. "Huh budak-budak sekarang, malas. Kerja sekolah tak siap lagi si Aqif tu, bila aku tanya buat apa semalam, dia diam saja. Biadap!" Cikgu Hasmah meluah segala amarahnya pada ustaz Kamal.

Ustaz Kamal tersenyum. Dia faham benar cikgu Hasmah itu memang terkenal dengan barannya. "Sabarlah kak Mah, budak-budak." Ustaz Kamal menenangkan cikgu Hasmah sambil mengemas pencil case dan buku rujukannya sebelum bergegas ke kelas seterusnya dia perlu mengajar, kelas Aqif. 

Masuk sahaja ke kelas, matanya terus mencari sosok tubuh kecil Muhammad Aqif. Lihat sahaja Aqif yang tersenyum ceria, hati Ustaz Kamal berasa lega. Sebenarnya dia risau Aqif bersedih akibat dimarah Cikgu Hasmah tadi. Tapi anak kecil itu memang aneh. Sudah dimarah lagi mampu tersenyum, indah. 

Seperti biasa, kelas Ustaz Kamal akan dimulai dengan doa sebelum belajar dan juga doa untuk kedua ibu bapa. Kemudian Ustaz Kamal akan menerangkan tanpa jemu tentang betapa pentingnya mendoakan kesejahteraan ibu bapa setiap hari supaya hidup kita menjadi berkat. 

Selesai proses pembelajaran, Ustaz memanggil Aqif. "Aqif nanti balik dengan siapa?" .. 

"Balik sendiri ustaz." 

"Tunggu saya di parking tau, nanti saya hantarkan Aqif."

"Eh ustaz, nanti ibu saya marah susahkan orang lain. Tak apa saya balik jalan kaki saja." 

Aqif menjawab, kedengaran sungguh jujur dan sopan.

"Tak susah pun, kita naik kereta kan. Dengar cakap ustaz, tunggu, ok?"

"Baik ustaz." Aqif mengukir senyuman, dan spontan menarik tangan ustaz untuk disalam dan dicium sebelum berlalu masuk kembali ke kelasnya.

Ustaz Kamal tersenyum sambil menggosok belakang kepalanya. Jelas kelihatan lesung pipit ustaz yang mengindahkan lagi senyuman tersebut. Dia rasa jatuh sayang dengan budak bernama Muhammad Aqif bin Abdullah tersebut. 

***

Sepanjang perjalanan, Aqif hanya membisu melayan perasaan dengan alunan zikir dari cd kereta ustaz. "Aqif, boleh ustaz tanya? Tapi Aqif janji jawab dengan jujur. Ustaz bukan nak marah tau, ustaz nak tolong kamu." Tanya ustaz dengan tiba-tiba. Aqif memandang ustaz dengan wajah penuh tanda tanya, tapi mengukir senyum sambil menganggukkan kepala.

"Kenapa Aqif tak siap kerja sekolah cikgu Hasmah tadi? Aqif ada masalah ke?" Aqif menggeleng. Menelan liur. "Aqif tak tahu jawab soalan tu Ustaz." Aqif menunduk sedih. 

Ustaz menepuk bahu Aqif. "Eh jangan sedih, kan ustaz cakap ustaz tak marah, ustaz nak tolong kamu. Nanti kamu tanya ibu kamu, kalau dia izinkan nanti setiap hari sabtu saya akan ambil kamu, bawa semua kerja rumah kamu, buat di rumah ustaz, nanti ustaz ajar kamu. Ok?"

Mata Aqif membuntang, bersinar seketika kemudian wajahnya muram kembali, "Tapi saya taknak susahkan ibu saya. Ibu cakap saya tak boleh tuisyen, kami tak ada banyak duit."

Ustaz Kamal ketawa kecil, "Aqif, bila pula ustaz minta duit ni, percumalah, kan ustaz cakap apa tadi?" 

"Ustaz cakap ustaz nak tolong."

"Bijakkkk...Aqif...Aqif..." Ustaz Kamal menggosok kepala Aqif. 

Aqif tersenyum, keras membatu badannya tak tahu respon dengan perlakuan ustaz yang menggosok kepalanya. Tapi jauh dilubuk hati Aqif, Aqif rasa sesuatu yang dia belum pernah rasa. Dia rasa bahagia. 

"Kita mulakan dengan sabtu esok tau, malam ni kamu tanyakan pada ibu kamu. Esok ustaz datang ambil kamu,"

"Baiklah ustaz. Terima kasih ustaz." Ucap Aqif, penuh rasa hormat. 

___________________

Saya belanja dua chapter pagi buta ni sebab kemungkinan esok saya akan busy sebab kena hantar adik saya balik ke U dan uruskan beberapa dokumen yang belum selesai. Apapun,terima kasih kepada readers yang setia menunggu cerita Aqif , berikan kata semangat ataupun pedoman buat saya untuk meneruskan cerita ini dan terus menghiburkan korang. Jangan lupa vote tau, muahciked!

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now