BAB 12 - KFC

5.2K 202 6
                                    

Aqif merenung beberapa orang rakan-rakannya yang sedang berebut membeli air dari penjaja di luar kawasan sekolahnya. Dia menelan liur sendiri membayangkan betapa nikmatnya air soya ataupun milo ais, ah lekeh-lekeh air sirap tu pun cukuplah, kalau diminum pada hari yang terik begini memang melegakan. Dia mengorek poketnya sendiri, ada sekeping syiling RM0.50, 'Alamak tak cukuplah, takpelah balik minum di rumahlah. Aqif bancuh lagi sedap.' Dia memujuk dirinya sendiri sambil mengorak langkah untuk pulang.

Pon..pon...

"Assalamualaikum Aqif, jom balik." Sapa Ustaz Kamal dari dalam kereta Toyota Viosnya.

"Heee waalaikumussalam ustaz." Tersengih Aqif sambil berlari masuk ke kereta. Harini dalam jadual tiada kelas bersama Ustaz Kamal, hatinya rasa rindu sungguh dengan ustaz. Tangan Ustaz Kamal diraih dan dicium hormat, Ustaz Kamal membalas dengan menggosok rambut Aqif sebelum memandu ke destinasi.

"Aqif nanti jangan balik jalan kaki dah tau." Pesan Ustaz Kamal.

"Baik ustaz, tapi saya nak balik dengan apa?" Tanya Aqif lurus.

Ustaz Kamal ketawa melihat muka Aqif yang bingung tetapi mengiyakan apa sahaja.

"Balik dengan Ustaz lah, tak suka ke naik kereta? Kalau tak suka Ustaz bawa motor esok?" Keikhlasan Ustaz Kamal terpancar dari senyumannya.

"Kalau ibu tahu saya menyusahkan Ustaz nantik ibu marah saya." Aqif menongkat dagunya seperti dalam kerisauan.

"Kalau Aqif tak nak balik dengan saya, lagi saya susah. Sebab saya risau." Jelas Ustaz Kamal, jujur.

''Okay ustaz." Aqif tersengih.

"Ustaz...Terima kasih." Aqif separuh membisik, terasa segan dengan Ustaz Kamal.

Ustaz Kamal menepuk bahu Aqif, "Afwan!"

"Ustaz saya faham, sama-sama kan?" Aqif melonjak kegirangan kerana dia memahami bahasa Arab yang dituturkan ustaz, seperti lupa apa sahaja yang baru dibincangkan mereka.

"Pandai Aqif... Jom Ustaz belanja KFC!" Ustaz Kamal membuat isyarat bagus dengan ibu jarinya.

"KFC?!" Terlopong Aqif dengan mata terbeliak.

***

Ustaz Kamal tersenyum melihat keletah Aqif yang bersemangat makan ayam KFC sehingga menjilat jari. Licin semua, baik mashed potato, coleslaw, dan roti kosong. Ayam jangan cakaplah sampai ke tulang dipepaknya Aqif. "Sedap Aqif? Nak lagi tak?"

"Alhamdulillah sedap sangat Ustaz! Tapi Aqif dah kenyang." Jawab Aqif menunjuk isyarat pada perutnya yang membuncit. Ustaz Kamal menggeleng kepalanya sambil tertawa.

"Dah jom balik. Nanti dah sampai rumah jangan lupa solat Zuhur." Pesan Ustaz Kamal sambil tersenyum.

"Baik Ustaz!" jawab Aqif bertenaga setelah mendapat ayam KFC yang selama ini hanya mampu dinikmati dalam angannya. Ini adalah kali pertama Aqif berpeluang makan ayam KFC, bahkan kali pertama menjejakkan kakinya kedalam restoran KFC itu sendiri.

***

"Syukran ya ustaz, jumpa esok." Lambaian riang Aqif disambut mesra Ustaz Kamal. Setelah Aqif hilang dari pandangan, Ustaz Kamal pun ingin berangkat pulang. Tiba-tiba matanya tertancap beg plastik lusuh berwarna merah milik Aqif yang tertinggal pada ruangan kaki hadapan.

'Aqif lupa agaknya...' getus hati Ustaz Kamal sambil tangannya ligat memeriksa kandungan beg plastik tersebut. Ada beberapa buku latihan dan kotak pensel Aqif, mungkin beg lusuh Aqif tak dapat menampung semua buku dalam jadual sehingga dia terpaksa membawa beg plastik tambahan begini. Hati Ustaz Kamal tersentuh dengan keazaman seorang anak kecil seusia Aqif.

Ustaz Kamal mematikan enjin keretanya dan bergerak turun untuk menghantar pulang beg plastik berisi buku latihan milik Aqif itu. Sayup dari kejauhan dia lihat Aqif sedang berlari ke arahnya.

"Tolong saya ustaz! Tolong saya! Ibu!" 

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now