BAB 15 - IBU, MAAFKAN AQIF

5.8K 245 36
                                    

Aqif tidak dapat menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran berlangsung. Kedinginan Nenek Kalsom semasa bersarapan tadi mengganggu fikirannya. Sudahnya dia asyik termenung memikirkan apakah salahnya. Apabila ditengking oleh Cikgu Hasmah yang pantang apabila dia sedang mengajar murid-murid tidak menumpukan perhatian, Aqif hanya terkebil-kebil berpura-pura untuk fokus, namun kembali mengelamun beberapa detik kemudian. Cikgu Hasmah yang berputus asa untuk menarik perhatian si Aqif dan tidak berpuas hati merungut kepada beberapa orang cikgu lain didalam bilik guru selepas waktu mengajar tentang kelakuan Aqif yang mula tidak hormat kepada arahannya.

Rungutannya sampai ke telinga ustaz Kamal. Ustaz Kamal hanya mendiamkan diri kerana dia tahu sekiranya dia mula bersuara, amarahnya kepada Cikgu Hasmah akan terluah juga. Atas rasa hormatnya kepada cikgu yang sudah berusia 40an itu, dia mengawal dirinya dengan mengurut dada sambil beristighfar. Fikirannya terbang kepada anak kecil yang sudah mula dia sayangi seperti anak sendiri, hatinya sayu. 'Aqif mesti rindu sangat dengan ibunya...' fikirnya. 'Jangan kata Aqif, abang pun rindu Aisya.' Hatinya sambung berbisik. 'EH!' dia tersentak dengan bisikan spontan hatinya itu. Dia menggeleng kepala sambil ketawa kecil.

"Hai Ustaz. Gembira semacam. Dah dapat transfer mengajar kat Perlis ke?" Tegur Cikgu Hasmah yang terkejut dengan kelakuan Ustaz Kamal.

"Eh takdelah Kak Mah. Tak ada apa pun." Sembunyi Ustaz Kamal.

***

"Aqif kita pergi ambil ibu tau harini. Tadi doktor telefon ustaz, katanya ibu dah boleh keluar harini. " Ustaz Kamal memecahkan kesepian dalam kereta apabila dia melihat Aqif lebih banyak termenung. Aqif mengangguk, tapi tidak bersuara. Wajahnya pucat.

"Aqif okay tak ni?"

"Aqif okay ustaz." Bisik Aqif perlahan.

Ustaz mengangguk dan memilih untuk tidak menganggu Aqif dengan perbualan kosong kerana Aqif kelihatan seperti memerlukan masa bersendirian. Kereta yang dipandunya meluncur laju menuju ke hospital, hati Aqif semakin berdegup kencang menimbang baik buruk keputusan yang bakal diambilnya.

***

"Ustaz, ustaz pergilah kat bilik ibu dulu, Aqif sakit perut, Aqif ke toilet sekejap boleh?" Aqif menarik tangan ustaz Kamal.

"Eh tahanlah sekejap, jumpalah ibu dulu."

"Tak tahan ni ustaz, ustaz pergi la dulu."

"Nak ustaz teman?"

"Takpa,takpa, nanti kalau Aqif tak jumpa bilik ibu Aqif tanya nurse."

Ustaz Kamal ragu-ragu untuk melepaskan Aqif sendirian, namun apabila Aqif beria benar memintanya untuk menunggu di bilik ibu sahaja, akhirnya Ustaz Kamal bersetuju.

"Baiklah, ustaz tunggu Aqif kat bilik ibu."

Aqif mengangguk.

Ustaz Kamal dan Aqif berpecah haluan. Ustaz Kamal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terasa segan pula ingin bersua muka dengan ibu Aqif.

***

Aisya yang baru mendapat arahan dari doktor yang dia sudah boleh pulang segera menukar bajunya. Dia sudah menyedari kesilapannya dan mengakui khilafnya apabila doktor dan beberapa orang jururawat asyik menegur dan menasihatinya akan perbuatannya yang hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan nyawa. Namun jauh disudut hatinya bersyukur kerana tiada seorang pun yang menyindir dan memandang serong kepadanya.

Ketika keluar dari bilik air, Aisya terkejut apabila melihat Ustaz Kamal sedang menunggunya di atas kerusi tetamu. Ustaz Kamal yang juga ternampak kelibat Aisya yang tengah berjalan menghampirinya menelan liur.

"Semalam akak nurse tu cakap ada lelaki yang hantar aku ke sini. Betul ke dia ni yang hantar aku?" Aisya memegang dagunya sambil memikirkan sesuatu. Terus mukanya merah padam, terlalu segan dengan Ustaz Kamal kerana pastinya ustaz si Aqif ni sudah mengetahui perbuatan bodohnya.

Ustaz Kamal perasan dengan perubahan wajah Aisya, dia menundukkan wajahnya dan bermain dengan jemarinya sendiri. Aisya mengambil beg tangannya dari dalam laci sebelah katil, berpura seperti tidak mengenali Ustaz Kamal. Kemudian dia terus mengorak langkahnya untuk berlalu pergi.

"Aisya."

Aisya berpaling menghadap Ustaz Kamal, perbuatan bodohnya kelmarin kembali bermain di fikirannya, malunya bukan kepalang. Dia menggigit bibir bawahnya dan mengangkat bahunya.

'Aduh dia gigit bibir pula, lupa pula aku nak cakap apa.' Mata Ustaz Kamal membulat kemudian dia segera menundukkan pandangannya.

'Astaghfirullah hal azim.'

Aisya segera mengambil kesempatan untuk melarikan diri dari Ustaz Kamal. Tak sanggup dia nak berdepan dengan lelaki yang telah menyaksikan segalanya. 'Ustaz ni datang ni nak ceramah aku ler ni.' Bisik hatinya.

"Eh Aisya tunggu! Saya datang dengan Aqif ni, nak jemput awak."

Aisya terhenti apabila tangannya ditarik ustaz Kamal.

"Opps. Maafkan saya. Tunggulah Aqif sekejap, kita balik sama-sama." Ustaz Kamal segera melepas tangannya.

"Aqif? Aqif mana?" tanya Aisya. Jauh disudut hari yang Aisya sendiri tidak sedar, wujudnya sekelumit rasa rindu untuk anaknya. Bukan Aisya tidak sedar,tetapi dia terlalu ego untuk mengakui adanya perasaan itu.

"Tadi dia cakap nak ke toilet. Dah dekat 20 minit juga ni." Ustaz Kamal menelek jam ditangannya.

"Ye ke." Mata Aisya segera melilau mencari kelibat anaknya.

Tiba-tiba Aisya nampak kelibat seorang jururawat yang kelihatan kalut menuju ke arahnya.

"Puan! Puan Aisya Hani kan?"

Aisya mengangguk laju.

"Saya jumpa surat ni kat depan toilet. Cepat puan dia mesti tak pergi jauh lagi."

Aisya dan Ustaz Kamal terpinga-pinga.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beg tangan yang dipegang Aisya terjatuh ke lantai. Tangannya terketar-ketar menyerahkan surat itu kepada Ustaz Kamal. Berderau darah Ustaz Kamal apabila selesai membaca surat itu.

"Terima kasih Nurse. Kami gerak dulu." Ustaz Kamal bersyukur kerana Allah menggerakkan hati seorang jururawat itu untuk mengutip surat dari Aqif dan mengambil serius untuk menyampaikan kepada Aisya.

Ustaz mengambil beg tangan Aisya yang terjatuh di lantai.

"Dah, kita kena cepat." Ustaz menggalas beg tangan Aisya dan terus berlalu pergi. Aisya yang masih terkejut terus mengikut langkah ustaz Kamal tanpa banyak bicara.

_____________________________________________________________

Terima kasih kepada yang letak 'ANAK' dalam bookshelf kalian, dan yang baru follow saya. Maaf atas kekurangan dari segi penyampaian cerita mahupun plot  yang hambar kerana ini adalah karya pertama saya, namun sambutan dari kalian sangat mengejutkan saya, terima kasih penghibur hati saya (semua followers dan readers yang mengikuti cerita Aqif). 

Teruskan menyokong saya, berikanlah komen membina untuk saya jika sudi. hihihi.

Terima kasih sekali lagi! 

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now