Bab 7

17.2K 1.6K 460
                                    

*My fav song^^

If I was the question,would you be my answer?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

If I was the question,would you be my answer?

Ting!

Pintu lif terbuka dan aku masih tergamam bahawa aku sudah sampai di tingkat bumbung hospital dengan cepat.Aku hanya memandang papan tanda 'Jangan Masuk' yang senget di pintu itu dengan tidak berkedip.Aku memandang Mikael dengan tidak puas hati.

"Siapa kata yang saya nak bercakap dengan awak?Saya nak turunlah,saya dah lambat." Tegasku dan melekatkan kaki di dalam lif.Aku dah lambat nak jumpa mak nih,dia nak suruh aku dengar cerita dia pulak.Timing tak betullah!

"Habis kau nak tarik baliklah kata-kata kau?" Keningnya terangkat satu.Nadanya ingin mencabar.

Aku mendengus bengang dan terus menekan butang untuk turun kebawah.Malas nak layan! Secara tiba dia menarik beg taliku membuatkan badanku terdorong keluar daripada lif.Terkejut aku dibuatnya.Sebelah tangannya lagi menolak pintu dan memandangku kembali.

"Aku takkan ambil lama masa kau.Jom."Arahnya dan terus melepaskan beg taliku dan menuju keluar.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan melihat jam tangan.Erggh! He better not take too much of my time!Membetulkan kembali tali begku,aku keluar daripada pintu dan memberikan Mikael jelingan tajam.Dia menuju ke tembok yang berdekatan dengan pagar dawai hijau dan duduk bersila di situ.Aku pula menghampirinya dengan wajah berkerut.Seperti biasa,mamat tu mengeluarkan kotak rokoknya dan mengeluarkan satu batang daripadanya.Aku sudah melepaskan keluhan berat.Mamat nikan!

"Awak akan menyesal hisap rokok." Kataku dengan nada putus asa.Agak penat sebenarnya cakap dengan mamat ni pasal benda yang sama.

"Itu..Ayat yang cliché." Dia tersengih lalu menghisap rokok tersebut dan mengeluarkan asapnya kembali daripada mulut.

Aku sudah menggeleng-gelengkan kepala dengan laju dan meraupkan wajah.Nasib baiklah angin dekat atas bumbung ni kuat,tak adalah hati aku ni membara sangat tengok mamat ni.Tudung aku ni pun hampir senget benget sebab angin.Mikael yang tenang menghisap rokok sambil melemparkan pandangannya di bawah dan melihat bangunan-bangunan membuatkan aku bengang.Dia ni nak cakap ke tidak!

Tidak sempat aku ingin membuka mulut untuk marah,Mikael mula bercakap.

"Pasar malam."

"Ha?"

Mikael menghisap rokoknya lagi sebelum menyambung cerita.

"Pada waktu tu,aku ingat lagi.Benda ni terjadi pada waktu petang.Lepas habis sekolah,aku balik rumah dan ambil Fiza daripada sekolah rendah."

"Fiza?"

"Adik aku."

Dia berkata dengan selamba membuatkan aku terkejut.Menyedari yang dia sedang membuka ceritanya pada aku,aku mula duduk berhadapan Mikael di atas simen.Potret Fiza terlayar dalam kepala aku apabila Mikael menyebut nama adiknya.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now