Bab 24

23.2K 1.4K 860
                                    

Spirited away-always with me


Trust is the magic of new beginnings

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Trust is the magic of new beginnings


Beberapa tahun kemudian...

Mata penselnya ditekan lembut pada kertas lukisan sebelum membuat satu garisan di atasnya.Fiza diam seketika memikirkan apa yang dia ingin lukiskan sebelum bibirnya menguntumkan senyuman kecil.Tangannya sambung melukis meluahkan gambaran fantasi dalam akalnya.20 minit melukis tanpa henti,Fiza merasakan sesuatu yang pelik sebelum matanya dilirikkan pada jam dinding.Pukul 5.05 minit petang.Dia meletakkan penselnya kebawah sebelum menyandarkan badannya kebelakang.Fiza melepaskan keluhan dan merenung biliknya yang besar.

Dia tidak dapat nafikan,bagi remaja umur 17 tahun sepertinya.Fiza mempunyai bilik yang besar berbanding remaja yang lain.Terlalu besar sehingga saudaranya Maya selalu mengusiknya sebagai anak manja.Dia mendengus teringatkan ayat 'anak manja' yang dilemparkan oleh Maya.Dia bukan anak manja ok! Bilik ini besar kerana bilik ini merupakan bilik tidur arwah ibu bapanya dahulu.Nenek dan atuknya tidak mahu dia tidur di bilik lain,kata neneknya Fiza berhak tidur di sini.Dalam hati,Fiza rasa bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba sempurna.Dia tahu atuk dan arwah ayahnya merupakan orang bisnes dan mempunyai harta.Atuknya sudah bersara daripada syarikat yang dibinanya sendiri manakala neneknya pula selalu fokus dengan kehendak Fiza sejak dia lahir lagi.Sejak ibu bapanya meninggal,atuk dan neneknya melayan Fiza seperti menatang minyak yang penuh.Apa yang diinginkan oleh cucu kesayangan akan dituntuti.Mereka melayan Fiza dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi membuatkan jiwanya yang kosong kerana kehilangan ibu bapa pada usia awal terisi.Fiza amat sayangkan atuk dan neneknya,itu tak dapat disangkal lagi.

Walaupun hidup dalam keadaan serba cukup dan kaya begini,Fiza tidak pernah mengkategorikan dirinya sebagai anak manja atau spoilt child.Tolong sikit,aku tak pernah sekali-kali minta atuk dan nenek aku belikan aku sesuatu kecuali barang sekolah!Selebihnya atuk dan nenek aku yang selalu hadiahkan aku baju,gajet dan barang kemas.Bidas suara hatinya.Sebaliknya,Fiza merupakan seorang yang berdikari malah lebih suka buat hal sendiri.Dia bukan materialisitik dan lebih cendurung kepada indoor person.

"Argh,kena siap sedia pakai selendang.Kejap lagi orang catering datang."Rungutnya sendirian sebelum menutup buku lukisannya dengan kasar.Telefon bimbit disebelahnya berbunyi membuatkan Fiza terkejut.Pantas dia mencapainya.

Keluarga aq dtg rumah kau malam ni lepas maghrib.Ibu aq dah sediakan hadiah besar untuk kau.Geram aq 😑

-Maya

Fiza tergelak apabila dapat menangkap nada jeles di mesej saudara terapatnya.

Hahaha,suck to be you😜

-Fiza

Shut up.Jumpa kau mlm ini.Inform atuk dan nenek kau sekali

-Maya

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now