Bonus Part (II)

15K 1K 164
                                    

Faizal Tahir - Menang  *Hear this song if u can :') 


There goes my mind racing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

There goes my mind racing. And you are the reason.

That I'm still breathing.

I'm hopeless now.

-Calum scott



Dahiku terasa panas dan berair membuatkan aku terjaga.Jariku yang ingin menyentuh kain yang diletakkan di atas dahi dihalang oleh seseorang.Mataku terpandang Mikael yang duduk di sebelahku bersebelahan dengan katil.Mikael menarik kembali tanganku ke sisi.

"Dah bangun pun."Senyumnya lega membuatkan mataku tidak berkedip.

Mikael sudah menukar bajunya kepada T-shirt,rambutnya serabai dan wajahnya kelihatan baru bangun daripada tidur.Kelakar pula aku tengok.Aku cuba menahan daripada mengeluarkan gelakan kecil.Tanpa membuang masa Mikael mengambil kain yang diletakkan di atas dahiku dan memerahnya di dalam besin merah yang kecil.Aku menegakkan badan perlahan-lahan.

"Sekarang dah pukul berapa?"Soalku.

"11.40 malam."

Ya Allah,lamanya aku tidur.

"Sara nak air?"

"Boleh jugak.Terima kasih."

Balasku dengan senyuman kecil kemudian Mikael tidak membuang masa keluar daripada bilik menuju ke dapur.Aku melihat sekeliling bilik dengan mamai.Pandang sahaja ke bawah,alangkah terkejutnya aku apabila mendapati bajuku pun turut ditukar.Mesti Mikael yang tukarkan untuk aku.Aku malu seketika apabila memikirkannya.Aku meraupkan wajah bagi menghilangkan mamai.Berapa lama Mikael jaga aku sebenarnya ni? Daripada gaya mamat tu macam lama sahaja,rasa bersalah pula aku.Tunggu,macam mana dia jumpa aku di rumah Syarifah? Telefon bimbit Mikael yang tidak berhenti bergetar mengejutkan lamunanku.Aku memusingkan kepala memandang telefon bimbit Mikael yang terletak di atas meja.Aku mengintai skrinnya sebelum mulutku hampir terbuka kerana terkejut.

32 missed calls 17 messages!

Gila.Banyaknya orang kol mamat ni? Ya Allah! Aku lupa sepatutnya malam ni Mikael ada perjumpaan yang penting.Padanlah ramai orang menghubunginya.Tak pasal-pasal dia tak hadir meeting demi untuk menjagaku sahaja.Aku menggigit bibir apabila rasa resah dan bersalah saling bercampur aduk.Aduh,aku demam pada waktu yang tidak sesuai!

Bunyi pintu yang terkuak membuatkan aku tersentak,Mikael masuk bersama segelas air dan mangkuk di tangannya.Dia duduk kembali di sebelahku lalu menghulurkan aku air.Aku menerimanya dengan kalut dan meminum air tersebut sehingga separuh.Aku takut untuk lihat wajah Mikael,takut dalam hati dia marah aku sebenarnya.Mataku diberanikan untuk memandang wajah Mikael.Dia kelihatan tenang mengacau bubur di dalam mangkuk sebelum menyuakan sudu kearahku.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now