Bab 13

19.5K 1.5K 561
                                    

Miley Cyrus : Malibu


Some people make the world special just by being in it

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Some people make the world special just by being in it.


Seorang lelaki meletakkan sejambak bunga ros di atas kaunter.Tanpa mengira,aku sudah tahu harganya berapa.

"RM21.30"

Kataku dengan senyuman.Lelaki yang memakai baju kemeja berwarna ungu itu terus mengeluarkan duit dan membayar kepadaku.Aku memberikan dia pulangan baki dan senyum sekali lagi apabila dia keluar daripada kedai.Kemudian aku melepaskan keluhan berat.

Ahh,bagusnya lelaki tadi.Mesti dia beli bunga tu untuk buah hati dia.Untungnya wanita tu.Aku termenung lama kearah tingkap sehingga satu sentuhan di bahuku membuatkan aku terkejut.

"Isshh,apa akak ni!" Marahku dan mengurut-urut dadaku yang masih terkejut.

Sejak akhir-akhir ni akak suka sergah aku.Benci tau! Ini bukan cerita hantu nak serang daripada belakang bagai.

"Kaulah! Sejak akhir-akhir ni asyik berangan je.Tempahan bunga dah siap belum?"

Ungkit akak membuatkan aku mendengus kasar.

"Orang nak buatlah ni..."Rungutku dengan bosan dan keluar daripada kaunter.

Tidak sempat aku ingin menuju ke bilik kerja,akak mengenggam lenganku.Aku memandang akak dengan pelik.

"Sara,mulut kau tu cuba buat macam ni."

Ucap akak dan menarik mulutnya seperti bentuk senyuman.

"Eh,Sara senyum je tadi."Cebikku.

"Memanglah kau senyum! Tapi daripada tadi akak boleh nampak senyuman kau tu tak ikhlas tau."

Akak melepaskan keluhan sebelum memegang bahuku.

"Akak tahu kau masih sedih.Tapi kehidupan kau pun kena teruskan jugak.Just-Don't think about that ok.Senyum dan gembiralah sikit."

Nasihat akak dan terus pergi kebelakang kedai.Aku meraupkan wajahku dan pergi ke bilik kerja untuk menyiapkan tempahan gubahan bunga yang lain.Memandangkan akak dah tegur aku,ya aku mengaku.Sejak dapat tahu Mikael dah bertunang malam hari tu,aku tak senyum langsung.Macam mana nak senyum kalau hati rasa berat? Takkan aku nak menari salsa macam orang gila pula? Arghh.Sejak dapat tahu berita itu juga,aku semakin sibukkan diri aku dengan kerja over time.Kadang-kadang aku sanggup gubah bunga walaupun kedai dah tutup.Kakak aku bising balik rumah pun aku buat bodoh sahaja.Semuanya demi memenuhkan otak aku daripada fikirkan mamat yang mempunyai huruf M di awalnya.Yup,sampai macam tu sekali.

Tanpa membuang masa,aku memotong batang bunga seperti biasa sebelum meletakkan bunga-bunga itu ke dalam pasu.Aku terpandang pergelangan tanganku yang hanya memakai satu gelang sahaja : friendship bracelet.Gelang pemberian Mikael aku tidak lagi pakai membuatkan aku berasa janggal kerana aku selalu memakai dua gelang itu setiap hari di pergelangan tanganku.Aku termenung lama.Sedar sahaja yang aku mengelamun tentang mamat tu,laju aku menampar pipiku banyak kali.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now