Bonus Part (I)

16.1K 1.1K 39
                                    

ZAYN- Dusk till dawn feat Sia

*This bonus part is special for my old and new reader✨!

*This bonus part is special for my old and new reader✨!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Just walk beside me...'

-Albert Camus

Aku mengeluh buat kali kelima malam ini sebelum mataku dialihkan kepada pintu utama rumah kami.Bila Mikael nak balik rumah ni? Keluhku sendirian sebelum memandang kembali kaca televisyen di hadapan.Alat kawalan aku letak di atas meja apabila minat terhadap siaran yang dilangsungkan sudah hilang.Aku menyandarkan badan ke sofa,peluk bantal dan memuncungkan bibir.Merajuk seorang diri di dalam rumah saat ini.Sudah hampir pukul 10 malam,selalunya Mikael pulang daripada Malaysian Art Institute sebelum pukul 8.Telefon dan tinggalkan mesej pun tidak.Mahu buat aku risau ke mamat nih?Gumamku sendirian dengan bengang.Mataku merenung telefon bimbit dengan tajam.

Tidak boleh bersabar lagi,aku mengambil telefon bimbitku dengan kasar kemudian mendail nombor telefon Mikael,sekali lagi.Aku menunggu dengan sabar,malangnya panggilanku hanya dijawab oleh suara operator yang mengatakan : 'nombor yang anda dail tidak dapat'-Arggh!Aku menutup mata dan menghirup oksigen sedalam yang boleh.Lalu aku bangkit daripada sofa dan pergi ke tingkat atas untuk mengambil laptopku di dalam bilik kami.

Turun sahaja ke bawah dengan laptop di tangan,aku meletakkan laptop di atas meja.Sengaja ingin memeriksa emel jika ada orang yang ingin menempah bunga hari ini.Tidaklah aku asyik risau dan terfikirkan mamat tu je! Aku kol pun tak nak jawab.Issh.Bisikku bersama sisa geram lalu terus menghidupkan laptop.Cerah sahaja skrin,terus terpapar gambar matahari terbenam atau 'sunset beach' yang aku muat turun di google minggu lepas.Aku mendagu sebelum merenung gambar itu lama.

"Rindunya nak tengok matahari terbenam..."

Bisikku sendirian dengan senyuman kecil.Aku betul-betul mudah terpesona dengan keindahan alam,matahari terbenam adalah salah satu daripadanya.Kali terakhir aku lihat matahari terbenam di pantai pun bersama Syarifah,semasa kami berdua ada masa lapang dan cuti bersama.Sekarang ni aku terlalu sibuk,nak ajak Mikael pun dia sahaja lebih kurang dua kali lima daripada aku je.Cuma sibuk mamat tu lebih dua kali ganda daripada aku! Maklumlah,dia ada syarikat sendiri untuk diuruskan.Bukan macam perniagan bunga aku ni.Mataku tidak putus merenung gambar tersebut.Ahh,gila rindu nak dengar bunyi ombak dan rasa angin yang lembut.Dapat lihat langit yang diwarnakan jingga dan ungu bersama memang-.

"Assalammualaikum.."

Mataku membulat mendengar suara Mikael dan laju menolehkan kepala kearah pintu utama kami.Mikael meletakkan briefcase nya ke tepi sebelum membuka kasut dan stoking.Aku tersenyum lebar.Dia dah balik!

"Waalaikummussalam." Balasku lalu melambaikan tangan menandakan aku di ruang tamu.

Mikael kelihatan terkejut melihatku yang duduk di sofa sebelum meluru ke ruang tamu .Mukanya berkerut dan terdapat kesan kepenatan.

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now