Bab 10

16.7K 1.6K 180
                                    

Warning : Contain violents,read at your own risk.

When I am lost in you,and you find yourself in me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

When I am lost in you,and you find yourself in me.

-Nikita Gill


Aku menolak pintu dengan ganas sehingga papan tanda 'Jangan masuk' itu terjatuh.Jejak sahaja tingkat atas bumbung,aku meraupkan wajahku dengan kasar dan menggeleng-gelengkan kepala.Tak,tak,tak.Tak mungkin apa yang kakak aku cakap betul? Tadi mak ok je hubungi aku? Ya Allah betul ke? Nafasku mula turun naik dan terasa sesak di dada mula membuatkan air mataku turun perlahan-lahan.Langit yang berdentum aku hanya endahkan begitu juga hujan yang mula lebat.Aku masih tidak percaya.

Selepas akak beritahu sahaja aku tentang mak,aku tak memberikan reaksi dan terus lari kearah lif.Aku naik ke lif dan terus tekan tingkat atas bumbung tanpa sempat untuk berfikir apa-apa.Aku takut untuk lihat wajah mak,hati aku masih tak percaya.Ya Allah.

Bila perasaan takut dan bingung hilang,realiti mula ketuk akalku.Air mata yang perlahan bertukar deras.Sara,kau kena terima hakikat yang mak dah tak ada.Tak ada guna kau masih mempersoalkan apa yang terjadi.Badanku mula lencun kerana hujan apabila aku tak berganjak daripada tempatku.Aku terduduk perlahan-lahan dan menyandarkan badan ke dinding.Mak tidak sempat pun untuk melihat potretnya.Apa gunanya sekarang kalau mak sudah tidak ada? Aku menangis lagi lalu memeluk lutut dan menunduk.Terlalu cepat mak,terlalu cepat mak tinggalkan Sara dan kakak.

Secara tiba,aku tidak dapat rasa pukulan hujan di tubuhku walaupun hujan masih tidak berhenti.Terdapat satu bayang yang berada di sebelahku membuatkan aku mendongak perlahan-lahan.Rupanya Mikael disebelahku dan badannya juga lencun sepertiku.Dia memayungkanku dengan jaket yang dia yang dapat entah daripada mana.

"Sara aku.."

"Pergi Mikael.Saya tak nak bercakap dengan siapa-siapa."Aku menundukkan kepala lagi dengan lemah.

"Kau tak nak tengok mak kau?"

Air mata aku mengalir.

"Saya..Saya takut."

"Habis kau nak duduk dekat sini? This is stupid! Kakak kau tunggu kau Sara dan kau kena tengok mak kau buat kali terakhir."

"Boleh tak awak jangan paksa saya! Saya tak boleh lagi nak terima semua ni!"

"Habis kau nak duduk sini,demam,lepastu baru jumpa arwah mak kau!"

Hatiku mendidih membuatkan laju aku bangun dan menolak tubuh Mikael dengan kasar.

"Awak tak faham apa yang saya lalui Mikael! Awak tak faham!"

Mikael tergelak dengan tidak percaya dan memandangku kembali.

"Kau bergurau dengan aku ke sekarang? Kau kata aku tak faham apa yang aku rasa! Kau ingat selama ni aku nak bunuh diri sebab rasa apa!"

"Boleh tak awak-Argghh! Boleh tak awak pergi je daripada sini!"

Terkecuali : MikaelWhere stories live. Discover now