3 × Kawan

3.7K 652 335
                                    

" Wei Suga, kenapa kau pendek ea? " tanya Jinnie tanpa berfikir dua kali. Soalan berunsurkan unsur negatif tu bro.

Suga yang berjalan dihadapan tadi terus menoleh ke arah Jinnie dengan jelingan tajam.

" Aku anak kucing, mestilah pendek! " marah Suga. Bengang k tetiba nak sentuh pasal ketinggian ni.

" Eh. Aku pun anak kucing. Tapi aku tinggi je. " Jinnie tersengih. Bangga diri betul.

Mentang-mentanglah bulu merah jambu, bulu kembang dan wangi, leher ada rantai emas putih. Berlagak.

Suga menghentakkan kakinya berkali-kali tanda marah.

" Alololo jangan lah comel sangat. " tegur Jinnie apabila kelakuan Suga tadi kelihatan comel.

Suga terus menerpa ke arah Jinne dan mencakar badan Jinnie.

Jinnie sudah jatuh terduduk. Acah-acah pasrah dan mengalah.

" Sekali lagi kau kata aku comel, aku aku gigit kau! " Suga memberi amaran kepada Jinnie sebelum menepuk kepala kucing itu dengan kakinya.

Jinnie hanya memandang Suga yang sudah jauh berjalan meninggalkannya. Jinnie bangkit dari jatuhnya tadi selepas dicakar Suga.

" Aku ingat kaki je pendek, kuku pun pendek sama. Tak sakit langsung kena cakar. Muka comel ada hati nak ugut. Heh. " kata Jinnie perlahan lalu mengflipkan telinganya dengan gaya teramat fab.

Setelah itu, dia berlari anak mengejar Suga.

• • •

" Meow! Jangan lah main kasar! "

" Alah sowi~ Tak sengaja cakar kuat. "

" Woahhh sedapnya air. "

" Hoi pendek! "

" Babi kau!

" Bro! Babi baru je mati kena langgar semalam! "

Jinnie tercengang melihat 5 ekor anak kucing yang sedang bermain di padang yang tidak luas itu.

Langkah Suga yang berjalan.ke arah mereka berlima diikuti oleh Jinnie belakang.

" Korang! " panggil Suga dengan jeritan. Uyo dasyatnya.

Jinnie sedikit tersentak. Kakinya kanannya diletakkan pada dadanya umpama mengusap dada. Tanjat meow.

Mereka berlima terus berlari ke arah Suga. Sesekali mata mereka mengerling Jinnie yang dianggap warga asing.

Tak pernah mereka tengok kucing berbulu merah jambu. Ni mesti pendatang tanpa imigresen.

" Siapa tu? " tanya si tompok. Badannya berwarna putih dan bertompok coklat perang. Matanya besar dan telinganya kecil.

" Oh Hobie. Sebab ni lah aku panggil korang semua. Dia ni baru je kena buang. Dia kata nak jadi kawan kita. " terang Suga tanpa sebarang reaksi diwajahnya.

Kalau tengok macam tak ikhlas langsung.

Mereka berlima mengangguk faham.

Jinnie tersenyum manis. " Hai! Nama aku Jinnie! Nama korang apa? " tanya Jinnie dengan wajah ceria.

" Krik krik. Krik krik. " sekumpulan cengkerik lalu dikawasan mereka berkumpul.

Jinnie menjeling cengkerik tersebut. Biadab!

Seekor kucing berwarna oren yang sepertinya berbaka kaki pendek tersenyum. " Nama aku Jimbo! " ramah Jimbo.

" Oh hai! Comelnya kau! Pendek betul! " Jinnie tersengih.

" Anjing. " kutuk Jimin. Suga menolak perlahan badan Jimin. " Jangan seru makhluk tu lah gila. " marah Suga. Ada pula kucing dipanggil anjing.

" Nama aku Mon. " kucing yang berbaka seperti Suga, berbulu hitam putih menyapa Jinnie.

Jinnie terkaku. O-omg ini kucing jantan ke?! Handsome gila!

" Nama aku Jeon. Jeon Jebon! Aduh-- " kepala Jebon dicepuk oleh Jimbo. Jebon matanya besar dan telinga kecil sama seperti Hobie. Dia berbulu perang.

" Aku Hobie. " Hobie tersengih comel bersama dengan misainya yang sengaja digerakkan.

Seekor lagi kucing yang bakanya ekor sahaja berbulu kembang berwarna kelabu tidak memperkenalkan diri. Dia memandang Jinnie dari atas sehingga bawah. Matanya tertancap pada kalung Jinnie.

" Em k-kau? " tanya Jinnie kekok. Muka garang betul kucing ni!

" Taebu. " kata Taebu tanpa nada mesra.

" So, sekarang ni kita kawan? " tanya Suga pada kawan-kawannya.

Mereka semua mengangguk setuju kecuali Taebu.

" Kawan korang je, bukan kawan aku. " Taebu terus berjalan pergi.

#Kawan

Seven Kittens S1[✔] & S2[✔] ◍ BTSWhere stories live. Discover now