25 × Lewat Malam

2.2K 321 77
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


























Mesti diorang fikir aku tinggalkan diorang ..

Setelah Yoonji pergi ke dapur untuk mengisi bekas itu dengan air lagi , Momo terus berlari keluar memandangkan pintu depan terbuka sikit. Yoon Hoo yang berada di depan rumah Yoonji terkejut apabila kucing itu berlari semula ke belakang rumah dan memanjat tong sampah itu semula.

Yoon Hoo diam melihatkan apa yang kucing itu lakukan.

Momo memanjat mengeluarkan separuh lagi badannya untuk mencari Eunha dan Seulgi yang berada di luar pagai tersebut.

" M-momo ! " Jerit Seulgi dan Eunha menggigil ketakutan.

" Cepat naik aku sambut. Tolak baldi tu ke sini lepastu panjat " Arah Momo.

Seulgi dan Eunha akur. Seulgi membenarkan Eunha dahulu memanjat.
Momo yang sedia menghulurkan tangan untuk menyambut Eunha , tiba tiba hilang imbangan apabila pagar itu bergoncang kuat menyebabkan Momo dan Eunha jatuh ke laman sebelah , iaitu di atas badan Seulgi.

" Yoon Hoo !!! Kau tengok kucing tu dah jatuh !! " Yoonji memukul bahu Yoon Hoo.

" Aku tak sengaja terlanggar la ! "

Kebetulan , tuan rumah yang terdengar bunyi bunyi bising di laman rumahnya keluar. Eunha , Momo dan Seulgi yang terbaring di atas tanah.

" Eo ? " Lelaki tua itu melangkah ke arah mereka cuba untuk mendukung ketiga tiganya.

" Uncle Sihyuk ? Uncle ada kat sebelah ke ? "

***

" Yoon Hoo tak balik lagi. Aku risaulah .. "
Jinnie menggenggam kedua tangannya sambil mengintai ke luar tingkap.

Hanya mereka berenam sekarang ada di rumah.

" Telefonlah Yongsun ke Minju ke ? " Mon memberi cadangan lalu menghulurkan telefon Yoon Hoo yang diberi pada mereka.

" Abunk , Ayunk takut .. " Jinnie pura pura menangis memeluk Mon.

" Haih ... Kau ni haih .... Haihhhhhh Sabar Mon sabar hm .. "

" Aku nak tidur la .. Dah malam sangat ni. Mengantuk " Suga menguap , melentokkan kepalanya pada sofa.

" Aku pun " Kata Jimbo dan Jebon serentak.

" Hobie , kau kena teman aku dengan Jinnie tunggu Yoon Hoo balik. Kalau tak mati kau kat sini " Mon memegang bahu Hobie kuat. Tidak mahu berduaan dengan Jinnie.

" Ok ok .. " Hobie mengangguk laju takut akan mata Mon yang memandangnya.

Suga , Jimbo dan Jebon masing masing terlena di karpet. Malas nak pergi ke tempat todur masing masing.

Tinggallah Mon , Jinnie dan Hobie yang setia duduk ditingkap memerhati kalau kalau kereta Yoon Hoo masuk ke perkarangan rumah.

Hampir setengah jam merenung je luar tingkap , Hobie dan Mon terlelap dulu meninggalkan Jinnie yang masih segar matanya untuk berjaga. Hatinya lebih risau pada Yoon Hoo berbanding masa tidur.

Sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah membuatkan Jinnie tersenyum sampai ke telinga. Namun sedikit hampa bila Yongsun yang keluar dari kereta tersebut.

Diketuknya cemas pintu rumah tu.

Jinnie memanjat kabinet kasut yang berada betul betul di tepi pintu dan memulas tombol pintu perlahan lahan agar dia tidak terjatuh.

Yongsun masuk ke dalam kelihatan tercungap cungap dan berpeluh walaupun suasana malam itu dingin.

" Noona ? Kenapa ni ? " Tanya Jinnie tenang walaupun pelik melihatkan Yongsun begini.

" Tandas mana tandas nak berak " Badan Jinnie digoncangnya.

" Erkk .. Tandas ? Apakah— "

" Tak tak Noona gurau. Jinnie Jinnie ! "
Yongsun masih dengan cemasnya.

" IYA IYA NAK CIRIT DAH KE ?? "

" TAK. TAEBU HILANG ! "

Jinnie membukatkan matanya terkejut.

" TAEBU HILANG LEPASTU NOONA BOLEH BERGURAU LAGI AIHHH PEREMPUAN NI "


#Lewat malam

Hai

Hai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seven Kittens S1[✔] & S2[✔] ◍ BTSWhere stories live. Discover now