- 12 - " Kau siapa ? "

776 127 45
                                    


Yongsun dan Jimin berpandangan sesama sendiri.

" Habistu Unnie ? Nak kitorang bawak Unnie pergi rumah Yoon Hoo ? " Cadang Yongsun. Sekali lagi dia mengusap bahu Minju yang masih lagi menangis.

" Takpela. Dia mesti dah taknak tengok muka aku dah lepas ni yela dia kan dah ada perempuan lain "

Yongsun dan Jimin melopong. " HA ?!  SERIOUSLAH ? "

" Dahtu kenapa aku nak menangis macam orang mati laki depan rumah korang ni " Minju mengelap hidungnya yang merah.

" Sabar ya kakak Yongsun , sabar ya " Jimin memujuk.

" kau siapa ? " Minju pelik dengan kehadiran Jimin yang entah siapa siapa ada dalam rumah Yongsun ni.

" Saya bakal suami Yongsun " Jawap Jimin bangga.

" Hish awak ni kata baru tunang , malu la suami suami ni .. " Pipi Yongsun dipegang. Habis merah olololo nak cendol ke ais kepal milo ? Ke ayam goreng mcd ? Takpun burger king ? KFC taknak ? Apa kata chicken chop—

" Tunang hm .. Sejak bila kau dengan budak ni ha Yongsun ? Umur kau berapa nama kau apa ? Tiba tiba je si Yongsun simpan kau dalam rumah ni pahal ? "

Hampir tercekik Jimin dengan ke-salty-an Minju.

" Erk .. Nama saya Park Jimin. Umur saya 25 tahun. Hobi saya cat pagar rumah jiran. Setiap petang suka jogging depan rumah member lepastu singgah makan kopok lekor. Last sekali , Yongsun simpan saya sejak 2 bulan lepas. So kisahnya saya disimpan selama 2 bulan alhamdulillah belum tiba tarikh luput "

Minju membentuk mulut 'o'.
" Korang nampak happy je untungnya. Dahlah tinggal serumah .. Panjang jodoh korang dahlah aku nak balik kenapa aku buat gila ha datang rumah korang malam malam buta ni "

Yongsun dan Jimin hanya memerhati langkah lemah longlai Minju menuju keluar.

" Eh Unnie ? Unnie datang sini naik apa ? " Minju menoleh ke belakang untuk menjawap pertanyaan Yongsun. " Jalan kaki "

" What ?! Jauh macam ni Unnie jalan kaki so nak balik naik apa ? Jalan kaki jugak ?! "

" Lek ah. Aku broken broken ni macam macam benda gila aku boleh buat "

" Takpayahla. Unnie tidur sini jela dah nak pukul 1 pagi dah ni bahaya la " Amaran diberi. Yongsun bangkit dari sofa menuju ke arah Minju. Bahu Minju dipeluk lembut membawanya ke bilik tetamu.

***

" Dia percaya ke ? " Yoon Hoo meraup mukanya , stress.

" Percaya apa ? Yang penting siapa perempuan tu ? Sanggup ea buat Unnie Minju macam tu ! "

Yoon Hoo mematikan panggilan. Makin diteruskan perbualannya dengan Yongsun , makin sakit kepalanya.

Kucing kucing belaannya dah lama tertidur berselerak di ruang tamu memandangkan sekarang dah 3 pagi. Yoon Hoo pun kalau diikutkan dia dah lama tidur selepas menyambut hari jadi Jebon , tetapi bunyi panggilan telefon dari Yongsun sudah mengejutkannya dan mematikan hasratnya untuk tidur semula.

" call pukul 2 , 3 pagi sebab nak marah marah aku ? Ha padan la dengan Minju tu. Kan aku dah cari lain .. " Yoon Hoo bercakap sendirian. Dia memeluk tubuh sambil bersandar di sofa.

Dia merenung Suga dan Hobie yang tidur berpelukkan. " Kan best jadi gay "

" Apa benda siak ? " Mon memberikan pandangan geli.

" Eh sejak bila kau terjaga ha ? "

" Sejak ku jatuh cinta padamu "

" cia cia "

***

Bijirin yang makin lemau dikacau kacau , mengelamun jauh ke dalam mangkuk. " kau tengok apa je dalam tu ? Ada susu ada cornflakes. Bukan ada Yoon Hoo pon "

Bicara Minju sendirian.

" Taknak la pergi kerja macam ni. Rasa macam life ni dah hancur. "

Badan lansingnya dipaksa bergerak ke sofa meninggalkan bijirin lemau ditenggelami susu sendirian. Badannya dihempas kuat menikmati keempukan sofa buatan itali berwarna coklat perang itu. Tak kisah lansung rambut yang baru dibuat di salon kelmarin rosak , wavy style.

Dengan penuh kesukaran badannya mengiring menghadap pemandangan bandar yang dilindungi dinding kaca. Kondominium sunyinya seakan akan kelam diselaputi kesunyian.

" Yoon Hoo .. Saya rin ... "

" .. DUDUDUUDU BUNYI LAGU AYEAH "

Tersentak badan kecil Minju menggesanya untuk melihat kearah pintu rumah. Kelihatan Jimin dan Yongsun bersama plastik makanan yang penuh ditangan.

" Hai kakak Yongsun ! " Sapa Jimin gembira dengan muka takde dosa dia terjah rumah orang.

" Panggil dia Minju jela ! " Bahu Jimin bertemu tamparan Yongsun.

" Oh. Hai kakak Yongsun nama dia Minju ! "

Yongsun menepuk dahinya.

--

Ayam goreng rangup itu dikunyah rakus. " Ni ayam ke Yoon Hoo sedap sangat ni " Komen Minju.

" Yoon Hoo ? Sedap ? " Yongsun dan Jimin kini merenung Minju pelik.

Minju terdiam. Ayam yang diratah ditarik perlahan lahan jauh dari mulut " Err .. Salah cakap sorry "

" Parah kakak awak ni Yongsun. Kita kena hantar dia kat rumah orang tua sekarang jugak. " Jimin memberi cadangan yang dianggap bernas dengam muka serius.

" WOI ! KAU NAK AKU HALAU KAU KELUAR DARI RUMAH AKU KE ?! " Minju naik angin. Tulang ayam dihentak hentak atas meja makan.

" AWAK ! Tengok tu dia dah tak betul kita kena cepat hantar dia ni jom jom pack barang dia kain batik gigi palsu semua cepattttt " Rayu Jimin menggocang tubuh Yongsun.

" Hesh ! Korang ni duduk diam boleh apesal macam budak budak ni ?! " Tangan Jimin di bahunya dilepaskan.

" saya cakap je .. " Bibirnya dijuihkan. Jimin merajuk tidak lagi mengunyah ayamnya.

Minju menahan geram namun gagal " Eii kau ni aku geram betullah kau ni eiiii elok letak dalam kawah dodol kacau sampai pejal. Ha dah lembik sangat kan "

" Yongsun ! Tengok Minju ni " Jimin meraung sambil menunding jari telunjuknya pada Minju.

" Bwoo ????!! " Makin galak Minju naik angin.

Terus dia bangun dan menerkam Jimin sehingga badan Jimin jatuh terjelupuk ke lantai.

" ARGHHHHHH PEREMPUAN GILA DAHLAH HODOH PASTU SUKA CAKAP PASAL DODOL ARKKKKKK " Jerit Jimin nyaring.

***

Aku tatau dah berapa kali aku mintak maaf. Tapi serius maaf 😂 dah 2 bulan cerita ni tertangguh maklumla aku ada benda lain kena buat + aku exam 3 minggu camtuSorry eh 😅

Btw ,

aesnowflakes ; We're Destined.

Story dia gempak gila 😩💚💛💜💓💕💙❤💖 ada kelapangan baca sumbang vote sumbang views.

Ok bye Vote + Comments 😇

Seven Kittens Road to 100K 😆💕

Seven Kittens S1[✔] & S2[✔] ◍ BTSWhere stories live. Discover now