- 15 - Cornflakes -

655 101 30
                                    

" Eiiiii "

Rambut Yoon Hoo digenggam kemas oleh jari jemari kurus milik Minju.

" Weh gila lepas duh ! " Yoon Hoo bergelut dengannya sehingga kedua dua mereka terpaksa berguling di rantai. Marah betul Minju dibuatnya.

" Kenapa kau bawak aku pergi rumah kau ?! "

" Itupun nak marah ke ?! Elok aku bawak pergi rumah aku dari aku hantar kau rumah orang tua tua ! "

" Kau ni memang tak puas hati dah lama dengan aku kan ??? "

" Sapa je puas hati dengan kau duh rambut karat macam reban ayam dah kau pergi balik lah kang ayam ayam kat kampung tu takda tempat berteduh sebab reban dia kat sini ! "

" Kau yang bawa aku datang sini kan !! "

" SUDAH ERGH SUDAH " Suara jantan Jinnie kedengaran. Semua mata tertumpu padanya. " Hm hmmm— sudah semua sudah ~ " Sengaja dilunakkan suaranya.

" Dulu aku merungut jadi binatang , aku nak jadi manusia. Tapi sekarang aku faham kenapa takdir aku jadi kucing " Suga mengeluarkan kata kata pedihnya.

" Sama ah aku dulu nak jadi manusia , sekarang aku nak jadi penyanyi hm " Taebu menyatakan hasratnya.

" Penyanyi bukan manusia ke ? " Jimbo memandang Taebu pelik.

" Setahu aku penyanyi ni sejenis manusia tapi dia bukan manusia " Dengan yakin Taebu menjawap.

" Kenapa aku rasa diperbodohkan " Hobie menepuk dahi.

" kau memang tak sedar ke kau bodoh " Jebon mencungkil tahi gigi dengan pencungkil gigi. Dia bersandar di sofa dengan penuh gaya.

" Aku pandailah "

" Tak kau bodoh , tak reti beza ke bodoh dengan pandai ? "

" Sebab aku bodohlah aku tak reti beza bodoh dengan pandai , bodoh "

Jebon terdiam. " Pandai gak kau ni Hobie "

" Ehhh dah dah diamm ! " Minju menserabutkan rambutnya. " Aku nak blah , chau lu makan tahu "

" Eh eh sis lek ah sis , aku dah masak tu " Yoon Hoo meluru ke dapur tanpa mempedulikan perempuan yang sedang menahan amukan di ruang tamu rumahnya.

" Kenapa tuan korang ni bebal sangat ahh ? Ahh ?? " Minju merungut pada kucing kucing itu.

" Dah dah diam aku tengah main pubg " Jebon menyampuk.

" Sis rambut reban ayam yuuuhuuuu buat apa tu ? Meh la sini "

" K fine sebab aku lapar je k aku stay kalau tak dah lama aku balik " Minju terus melangkah menuju ke dapur.

" Aku nak ikut ! " Mon berlari ke kaki Minju dan segera dia diangkat oleh Minju.

***

" Kenapa liat sangat daging ni ? Kau overcooked eh ? " Minju cuba mengunyah kepingan daging yang dihiris Yoon Hoo.

" Over over ah bagus baru sedap " Balas Yoon Hoo. Dia mengambil tempat di depan Minju dan mengaut sedikit daging masuk ke dalam mangkuk makanan kucingnya. Laju sahaja mangkuk itu diserbu " Semalam makan pizzahut harini makan daging indahnya dunia " Jebon menjilat mulutnya yang comot.

" Aku tak makan makanan keras "

Sudu dan garfu di tepi pinggan dipegang sedia untuk menjamah. Yoon Hoo mencerlung tajam Minju yang dari tadi mengadu itu ini , semua benda tak kena pada pandangan gadis didepannya itu.

" Makan jelah halah habistu nak makanan lembut ke " Sesuap daging melegakan hati Yoon Hoo yang agak sakit akibat komen Minju terhadap masakannya.

" Yup , aku makan makanan lembut sebab senang cerna. Aku tengah diet so in need lah ya makanan makanan yang soft soft ni " Dengan bongkaknya dia berkata.

Lansung Yoon Hoo bangkit mencapai kotak bijirin di atas rak. Diletaknya betul betul ditepi pinggan Minju. " Ni je ada "

" Cornflakes ? " Dia membuat muka tak percaya dengan apa yang diberi Yoon Hoo. " Cornflakes tak lembut lah "

" Kau kemam kemam lembut la dia lamak bising macam tak biasa pulak "

Minju memuncung.

Hampir berminit masa berlalu hanya sunyi malam memenuhi segenap ruang di meja makan itu. Kucing kucing yang kekenyangan sudah terlentang memegang perut masing masing yang mengembung buncit. Lebih tepat lagi , mereka sudah tertidur.

Makanan dalam pinggan Minju lansung tak berusik sekadar dikuis kuisnya dengan garfu. Mukanya masam dan terlihat aura sedih pada mulutnya yang melengkung.

Tak lama kemudian bunyi esakan Minju kedengaran.

" Who det who det ?! " Jimbo yang terjaga akibat tangisan Minju cuba memusingkan badannya yang sudah membesar. Dia cuba berkali kali namun gagal , lalu terlentang sahaja dia disitu bagai kura kura yang diterbalikkan di atas cengkerangnya.

Suga dan Hobie yang berpelukan turut terjaga dan memisat mata sebelum mata masing masing terbuntang melihat Minju yang sudah pun teriak bagaikan kanak kanak kehilangan gula gula.

" Yoon Hoo kau buat apa dengan dia ?! Mygod dasar nafsu kuda ! " Terus Suga melompat ke muka Yoon Hoo dan menampar lelaki yang sedang meronta itu. Suga dicampak semula ke bawah.

" Aku tak buat apa apa duh dia yang nangis tiba tiba ! " Yoon Hoo berang sambil membuang segala bulu Suga yang melekat dimukanya. Eii jijik hitam punya bulu !

" Minju sayang kenapa ni ? " Jimbo melompat ke atas meja , cuba memujuk Minju.

Jinnie , Taebu , Jebon dan Mon juga melompat naik ke atas meja menghadap wanita yang sedang menangis itu.

" Sayang , jangan menangis sudah sayang sudah ~ " Jebon mengusap lengan Minju.

" Ew " Taebu menjeling.

" Dah dah jangan nangis ya baby " Jebon masih memujuk.

"Kenapa kau tak faham aku haa ?! " Minju tiba tiba bersuara.

Jebon terkejut " Omakau apa i buat dekat you sayang ! ?? "

" Bukan kau lah ! " Minju masih menangis.

Yoon Hoo memandang Minju penuh dengan kekeliruan. Namun buat beberapa ketika akalnya dijentik sesuatu. Dia bangun dan berdiri disebelah Minju , kedua tangan Minju ditarik supaya wanita itu berdiri. Tindakan Yoon Hoo seterusnya mengejutkan para kucing kucing.

Minju ditarik kedalam pelukan , rambutnya diusap Yoon Hoo lembut cuba menenangkan Minju.

" Waduh sudah berpelukan ini " Jinnie menutup mata Mon.

" Errr kenapa kau tutup mata aku ? "

" Budak bawah umur tak boleh tengok "

" Bukannya dorang buat apa pun eiii yaiii— "

--

Hewwo rakyat jelataku

Aku taknak cakap banyak aku nak cakap sikit je.

Sikit.

K rakyat aku gurau rakyat saja bermanja.

Okay aku nak cakap Seven Kittens will come to an end soon. Ya rakyat sudah tiba masanya story ini sampai ke penamatnya bila bila masa je aku suka hati aku bila nak tamatkan tapi yang penting tak lama lagi ah.

A/N aku tak sangka ah dah nak 2019 kot. Daripada 2017 aku taip cerita ni. Daripada aku pt3 sampailah aku dah nak spm tahun depan. Babe tak ready babe nak masuk umur 17 tak ready babe digelar senior sekolah tak ready babe nak pergi kelas tambahan pagi petang siang malam. Tak ready babe nak habis sekolah aku tak puas lagi lepak nak melepak depan tandas sekolah.

Yang penting aku cuba habiskan Seven Kittens dalam masa cuti ni bulan Disember 2018 ni. Insya-allah tak janji tapi memberi harapan palsu setinggi Eiffel Tower HAHAHAH dah cau lu

Seven Kittens S1[✔] & S2[✔] ◍ BTSWhere stories live. Discover now