Bab 2

6.3K 406 4
                                    

Keesokan harinya Ace bangun apabila matahari mula menimbulkan dirinya di sebalik gunung. Dia mengambil tuala yang disangkutnya di ampaian lalu dia masuk ke bilik mandi.

Selepas mandi Ace hanya mengenakan pakaian biasa sahaja.Baju t-shirt kosong berwarna coklat dan seluar bewarna hitam.Dengan rambutnya berwarna hitam,kulitnya yang putih,begitu juga dengan matanya...apa sahaja pakaian yang dikenakan di tubuh badannya nampak sepadan.

Lalu Ace turun ke bawah untuk ke dapur.Dia mengambil cawan yang terletak di dalam rak pinggan.Lalu dia membuat air panas untuk sarapan buat dirinya.

Selesai sahaja bersarapan,Ace menyuci gelasnya itu lalu dia menyimpan di singki.Ace mengorak langkah ke arah pintu rumahnya dan memulas tombol pintunya itu lalu dia terkejut kerana ada dua orang askar sedang berada di hadapan rumahnya.

"Err...ya tuan?? Ada apa yang saya boleh bantu??" Soal Ace dalam keadaan terkejut.

"Ace Windcrawler??" Soal salah seorang daripada dua askar tadi.

"Err ya saya." Jawab Ace.

"Maharaja menitahkan bahawa kami berdua harus menjemput tuan untuk ke Istana Diraja Lexia kerana tuanku ingin berjumpa dengan tuan." Nyata salah seorang askar tersebut.

"Dan jangan lupa tuan hendaklah memakai pakaian rasmi yang maharaja kurniakan kepada tuan memandangkan tuan bekas pahlawan." Tambah askar tersebut.

"Haih...pakaian macam ni tak boleh??" Soal Ace.

Dua askar itu hanya menggeleng kepala mereka.

Ace hanya mengeluh."Baiklah kalau macam tuu...give me 10 minutes."

Dua askar itu menganggukkan kepala lalu Ace menutup pintu dan menuju ke pintu biliknya.

Ace tanpa banyak bicara terus menuju ke pintu almarinya dan membuka pintu almarinya itu.Dia mengambil kot labuh berwarna hitam yang panjangnya paras betis Ace.Lalu Ace membuka t-shirt yang berwarna coklat itu dan memakai baju berwarna hitam. Selesai sahaja dia memakai baju Ace mengambil kot labuhnya itu lalu disarungkan ke badannya.Kot itu dibiarkan tidak berbutang.Lambang Kerajaan Lexia tertera di kedua-dua lengan kot itu.

Lalu Ace terpandang sebilah pedang yang bersarung tersangkut di dinding biliknya itu.

"Aku terpaksa gunakan kau kembali,Ryzer." Kata Ace sendirian kepada pedang pemberian ayahnya itu. Lalu dia mengambil pedang itu dan menyisipkan di belakang badannya.

Lalu Ace keluar dari biliknya. Sebelum membuka pintu biliknya itu dia mengenakan kasut berwarna hitam lalu kasut itu disarungkan kedua-dua belah kakinya.

Aca memutar tombol pintu dan kelihatan dua orang askar itu masih berdiri di hapadan rumahnya sambil berbual.

"Kau percaya tak kita sedang menjemput pahlawan elit??" Soal salah seorang askar itu.

"Aku tahu..kenapa kau tanya aku soalan begitu Miler?"

"Haih...Kau tak perasan Ryan? Kita berdiri di rumah pahlawan elit yang terhebat." Nyata Miler.

"Hah!!?? Seriously!??" Soal Ryan.

Belum sempat Miler membuka mulut terus Ace memotong perbualan mereka.

"Boleh kita gerak sekarang??" Soalnya.

Dua orang askar itu terkejut dan mengangguk.Lalu mereka bertiga mengorak langkah untuk ke istana.

(Di Istana Diraja Kerajaan Lexia)

Seseorang telah masuk ke bilik perbincangan diikuti dengan dua pembantunya.Setibanya dia di bilik itu kelihatan kesemua 7 pahlawan elit berada di situ lalu mereka menunduk 90º.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now