Bab 9

5.2K 342 9
                                    

"Selamat tinggal!! Hati-Hati dalam perjalanan!!"

Pacik Mick bersorak apabila mereka berempat meninggalkan kampung itu.

Ace,Edward,Shin dan Zack hanya melambai sambil tersenyum.

"Akhirnya kita dah boleh balik....Bestnya!!" Edward teruja.

"Apa yang bestnya??" Soal Ace.

"Ye lah aku nak rehat puas-puas...Lepastu aku nak usha Fiona...And aku nak fight kau nanti." Cabar Edward.

"Esok je lah..Aku ada hal nak dibuat nanti."

"Okay..As you wish.."

Lalu mereka memecut untuk kembali ke Lexia.

-------------------------------------------

"Eh?!.. Tengok tuu!! Itu pahlawan elit lah!!"

"Mana?!!"

"Mereka dah balik dari misi!!"

Penduduk Frontline City bersorak apabila mereka tiba. Mereka hanya melambaikan tangan lalu menuju ke Capital City.

"Finally... Sampai juga." Kata Edward apabila mereka sampai di kandang kuda diraja.

"Edward kau ada hubungi mereka di Kampung Mercarus??" Soal Ace.

"Tiada.. Jap eh.." Kata Edward lalu dia menutup matanya.

"Reo.."

'Yes sir??'

"Macam mana dengan keadaan di sana??"

'Keadaan semua terkawal..kami dah hapuskan semua penyamun di sini. Sekarang kami dalam perjalanan pulang.'

"Okay.. Be careful."

Edward membuka matanya.

"Amacam??" Soal Ace.

"Mereka dalam perjalanan pulang."

"Ohh begitu baiklah...hoahh...aku mengantuk so aku nak tidur..bye." Kata Ace lalu dia hilang dari pandangan.

"Ceh..Kau fikir kau saja ke yang mengantuk?? Cilaka punya kawan." Kata Edward sambil memcebik. Shin dan Zack pula awal-awal lagi dah beredar menuju ke bilik masing-masing.

"Hoahh..." Edward menguap.

"Tidur lagi bagus..Nanti-nanti jelah laporkan dengan Fyrer. Apa yang penting aku nak tidur." Kata Edward sambil berjalan longlai menuju ke biliknya.

-------------------------------------------

Tap!!

Tap!!

Tap!!

Derapan kaki seseorang memecahkan bunyi sepi. Dia berjalan dan terus berjalan menuju ke suatu tempat yang dipanggil Colloseum. Sebuah tempat di mana tempat berlatih,persembahan dan juga pertarungan.

"Hah...Finally..Dah 4 tahun aku tak kesini." Kata orang itu.

"Woiii!!! Ace!!!!" Seseorang memanggil namanya.

"Edward...Kau rupanya..." Kata Ace apabila dia melihat Edward berlari ke arahnya.

"Apa kau buat kat sini?? Aku ingat kau still tidur... Maklumlah dah lewat petang dah ni."

"Aku memang tidur tapi terbangun so aku ke sinilah.."

Edward memerhati sekeliling Colloseum. Sunyi. Hanya mereka berdua sahaja.

"Weii Ace..Alang-alang kita berdua saja kat sini apa kata kita duel?? 1 VS 1...No rule..Amacam??" Cabar Edward sambil menjongketkan keningnya.

Ace hanya tersengih sinis mendengar cabaran Edward.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now