Bab 23

4.1K 285 1
                                    

Di satu tempat di mana matahari langsung tidak kelihatan. Siang dan malam sama sahaja. Petir menyambar di sana sini. Seseorang menuju ke istana yang nampak terbiar.

Istana itu memang menyeramkan bagi sesiapa yang nampak tetapi tidak pada orang itu.

Semasa di menuju ke dalam istana itu, kelihatan seseorang sedang duduk di atas kerusi takhta.

"Tuan." Orang itu melutut.

"Ah..Goriz..." Kata orang yang duduk di atas kerusi tahkta itu.

"Tuan Zagros..Saya telah memerhati tindak laku Ace Windcrawler." Lapor Goriz.

"Ah..Kamu dah perhatikan dia. Jadi apa yang kamu dapat dari pemerhatian kamu?" Soal Zagros.

"Hari ini dia bersama dengan seorang gadis tuan. Mereka berdua telah pergi ke Kerajaan Grandzam."

"Apa yang mereka lakukan?"

"Mereka kelihatan seperti tiada buat apa-apa. Cuma.. mereka ada menyelamatkan seorang gadis dan 3 orang budak."

"Tu je?" Soal Zagros bosan.

"Ya.." Jawab Goriz.

"Baiklah...Kamu boleh beredar." Arah Zagros.

"Ah..Tuan.."

"Hmmm?"

"Izinkan saya berlawan dengan Ace Windcrawler." Goriz meminta izin.

Zagros seperti tertarik lalu dia bertanya...

"Apa yang membuatkan kamu mahu berlawan dengan dia? Dia lawan yang kuat... Kamu pasti akan tewas." Zagros memberi peringatan terhadap Goriz.

"Itu tidak menjadi masalah buat saya. Izinkan saya pergi." Zagros hanya melambaikan tangannya tanda dia membenarkan Goriz untuk berlawan dengan Ace. Goriz segera beredar.

"Pengikut yang bodoh. Aku tak jamin kau akan pulang hidup-hidup selepas bersemuka dengan dia. And you Ace..If the time has come,I will crush you with my hand." Kata Zagros lalu dia memandang ke arah bebola kristal yang terletak di sisinya. Kelihatan bayang Ace di dalam bebola kristal itu. Bebola kristal itu diambil lalu dihancurkan.

Pada masa yang sama Ace sedang berjalan di koridor istana dia ingin berjumpa dengan Fyrer untuk berbincang tentang Zagros dan juga Hammurabi.

Tetiba dia merasakan sakit di dadanya. Dia memegang dadanya lalu menyandar di dinding.

Guhukk!!

Ace termuntah darah. Dia terduduk sambil menyandar. Dahinya berkerut menahan sakit. Dia tercungap-cungap menahan kesakitan.

Edward pada masa itu bersama dengan Luna dan Fiona berjalan melalui koridor yang sama Ace lalui. Edward yang sedang bercerita dengan mereka berdua ternampak Ace terbaring sambil berlumuran darah. Luna dan Fiona juga sama, terus Luna meluru ke arah Ace.

"Ace!!" Luna segera mendapatkan Ace. Dia melihat muka Ace yang berkerut itu.

"Ace! Kenapa ni!?" Soalnya cemas.

"Sa....kit..." Kata Ace lalu tidak sedarkan diri.

------------------------------------------

Mereka bertiga berkumpul di bilik Ace. Muka mereka serius kecuali Luna yang nampak suram.

"Kenapa boleh jadi macam ni Edward? Ace sakit apa sebenarnya?" Soal Luna tetiba.

Edward tidak menjawab soalan Luna. Dia hanya memerhati keadaan di luar melalui tingkap.

"Jawablah Edward...." Rayu Luna. Air mula berkumpul tubir mata.

Edward pula masih juga tidak menjawab. Tetiba Luna mencekak kolar kot Edward.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now