Bab 21

4.8K 284 4
                                    

"Luna!"

Fiona segera memeluk Luna apabila mendapat tahu bahawa kawan baiknya itu sudah pulih sepenuhnya. Edward dan Ace yang ada dengan mereka hanya tersenyum sahaja.

"Hmmm...Luna..Raja Fyrer ingin berjumpa dengan awak." Sampuk Edward.

Luna pula terkejut mendengar kata Edward.

"Saya?" Soalnya.

"Ye.." Jawab Edward ringkas.

"But..."

"No but...Ini arahan raja." Edward memotong percakapan Luna.

Luna hanya pasrah sahaja lalu mengikuti Edward ke istana disusuli Ace dan Fiona.

"Ahh...Luna..Good to see you here." Kata Raja Fyrer apabila Luna datang menghadap.

"Tuanku." Ucap Luna seraya menunduk.

"Angkat kepala kamu." Luna segera mengangkat kepalanya.

"Kamu tahu kenapa beta memanggil kamu ke sini?" Soal Raja Fyrer.

Luna hanya menggelengkan kepalanya.

"Beta memanggil kamu ke sini kerana ingin mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga Bandar Barisan Pertama dengan baik sewaktu pahlawan yang lain keluar menjalankan misi." Ucap Raja Fyrer tersenyum.

"Dah menjadi tugas kepada patik untuk menjaga Bandar Barisan Pertama. Patik juga ingin memohon maaf ke atas kerosakan bandar." Ucap Luna memohon maaf.

"Ah..Tak apa..Bandar rosak boleh di baik pulih. Jangan kehilangan rakyat sudahlah." Kata Raja Fyrer.

"Baiklah kamu boleh beredar. Syabas dan tahniah beta ucapkan kepada kamu oleh itu..." Raja Fyrer bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah Luna. Sebuah medal dilekatkan di lengan kanan kot Luna.

"Terimalah. Anugerah beta kepada kamu." Ucap Raja Fyrer.

Luna terus menunduk tanda terima kasih.

"Terima kasih tuanku." Ucap Luna.

"Sama-sama. Kamu boleh beredar."

Luna beredar dari dewan. Ace pula yang menunggu diluar dewan berfikir tentang kejadian yang berlaku masa dia di dunia elf.

"Ace." Luna memegang bahu Ace.

"Eh? Dah habis? Apa yang Fyrer cakap kat awak?" Tanya Ace.

"Baginda berterima kasih kepada saya kerana telah menjaga Frontline City." Balas Luna.

"Baginda juga mengurniakan saya ni..." Luna menunjukkan medal yang diberi oleh Raja Fyrer.

"Wah! Dapat medal...Untunglah awak. Tahniah!" Ucap Ace sambil mengusap kepala Luna.

"Ehehe..Terima kasih." Balas Luna.

"Baiklah jom ikut saya ke Colloseum." Ajak Ace.

"Eh? Buat apa?" Soal Luna.

"Ikut je..."

Luna mengekori Ace ke Colloseum.

======================

"Okay kita buat apa kat sini?" Soal Luna apabila hanya mereka berdua sahaja yang berada di Colloseum itu.

Ace tersenyum mendengar soalan daripada Luna.

"Kita berlatih." Jawab Ace.

Luna terkejut dengan jawapan Ace.

"Takkanlah kita berlatih?" Soalnya terkejut.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now