Bab 20: First Kiss

4.8K 303 3
                                    

"Mana Luna!??"

Fiona terus menuju ke arah rumah sakit apabila mendengar khabar bahawa Luna tercedera.

"Er...Kat sana.." Kata seorang jururawat. Edward yang bersama dengan dia ditinggalkan di belakang.

Di terus mencari di mana terletaknya katil Luna apabila dia menjumpai katil Luna dia segera menuju ke sana namun langkahnya berhenti.

"Siapa tu?" Soalnya sendirian apabila melihat seseorang tengah duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Luna.

Dia mengorak langkah secara perlahan. Dia tidak mahu mengganggu Luna tidur dan kelihatan juga orang itu seperti tidur. Fiona memerhati orang lalu melihat pedang berada di belakang orang itu dia terkejut.

"A....ACE!?" Soalnya terkejut.

Ace yang sedang tidur itu terbangun lalu dia melihat sekeliling tapi berhenti apabila terpandang Fiona.

"Shhhh...." Jari telunjuk diletakkan di bibir tanda menyuruh Fiona senyap.

"Janganlah jerit...Nanti Luna bangun..." Bisik Ace.

"M...Macam mana..."

"Kita bincang luar..." Ace mengajak Fiona keluar. Mereka berjalan sehingga mereka berhenti di beranda.

"M...Macam mana awak...."

"Saya ada urusan di dunia elf..."

Ace memotong kata-kata Fiona. Baru sahaja Fiona ingin membuka mulut seseorang menegur Ace.

"Ace??"

"Yo Edward..."

Bokk!

"Adoi!!" Ace mengusap lengannya yang ditumbuk oleh Edward sebentar tadi.

"Asal kau tumbuk aku!?" Soalnya.

"Mana kau menghilang!?" Soal Edward kembali.

"Aku ada urusan di dunia elf." Jawab Ace dengan tenang.

"Urusan apa sampai sebulan tak pulang?? Lagi satu kenapa aku tengok pakaian kau ni ada koyak sikit?"

"Haih...Aku terlibat dalam peperangan...Puak Vamiper menyerang Kaum Bunian." Ace berkata tenang.

Edward terkejut. Dia menyangka bahawa Ace pergi ke dunia elf kononnya merajuk tetapi jangkaannya silap. Rupanya Ace terlibat dalam peperangan.

"Macam mana mereka boleh menyerang pula!? Bukan perjanjian damai dah dipersetujui?" Soal Edward.

Fiona yang berada di situ hanya mendengar perbualan antara Ace dengan Edward. Seketika kemudian dia meminta diri untuk menemani Luna.

"Haih...Aku pun tak tahu Edward...Tapi aku tahu ini adalah salah satu tanda Hammurabi akan bangkit." Jawab Ace apabila Fiona sudah beredar.

"Jadi apa tindakan kau?" Soal Edward.

"Hmm..Tengoklah macam mana...Aku nak bincangkan hal ini dengan Fyrer dan kau. Kalau betul Hammurabi dah bangkit...Maknanya kita kena siap sedia untuk berperang." Tambahnya dengan raut wajah yang serius.

Edward mengeluh. Dia tidak menyangka hal ini bakal terjadi. Hammurabi...Raksasa yang pernah hampir menghancurkan dunia suatu ketika dahulu.

"Ouh..Bagaimana pula Puak Vamiper boleh serang kamu??" Tanya Edward.

"Aku tak tahu...Aku dengan Recker masa tu berbual tetiba datang seorang bunian ni,dia memberitahu yang Puak Vamiper menyerang kawasan Kaum Bunian." Jawab Ace sambil memeluk tubuhnya.

"Ouh..Tapikan macam mana kau boleh terperangkap kat sana sampai 1 bulan?" Soal Edward lagi.

"Haih...Mereka menyerang bagaikan hujan yang turun ke bumi. Tak pandai habis..Satu kau bunuh,satu lagi akan keluar...Jumlah mereka macam tak terkira..Sebab tuu lah aku 1 bulan kat sana. Ni lagi aku pulang je kena selamatkan Luna. Dia berlawan dengan 3 ekor naga..." Kata Ace.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora