Bab 18

4.2K 308 4
                                    

Tiga hari berlalu. Bayang Ace masih juga tidak kelihatan. Raja Fyrer juga tertanya-tanya ke mana Ace menghilang. Luna semenjak Ace hilang hanya suka berdiam diri.

"Haih...Mana awak pergi Ace. Saya rindukan awak. Saya nak minta maaf.." Ucap Luna apabila dia berada di sebuah taman.

"Jangan risaulah. Dia tak ke mana pun. Dia cuma pergi jauh untuk sekejap. Maybe.." Kata seseorang lantas Luna menoleh ke arah orang itu.

Kelihatan Edward dan Fiona di sebelahnya.

"Bagaimana awak tahu dia tak mana?" Soal Luna.

"Because I'm his friend." Jawab Edward.

Tetiba Luna mencekak kolar kot labuh Edward. Pandangan matanya berkaca.

"Please Edward. Jangan main-main saya nak tahu di mana Ace berada sekarang ni." Rayu Luna setitik air mata jatuh. Lalu dia melepaskan pegangan kolar itu.

"Haih...Ace pergi ke dunia elf." Jawab Edward.

Luna dan Fiona terkejut.

"D..Dunia Elf?" Soal mereka berdua.

"Tapi bukankah dunia elf tak wujud?" Soal Fiona.

"Siapa kata dunia elf tak wujud?? Itu semua hanya satu penipuan. Sebenarnya dunia elf memang wujud tapi yang boleh ke sana hanya Ace seorang saja dan Puak Vamiper." Jawab Edward.

"Kenapa pula?" Soal Luna pula

"Sebab hanya Puak Windcrawler dan Puak Vamiper saja yang boleh masuk ke dunia elf." Jelas Edward.

"Nah..Amik buku ni.." Edward menyerahkan sebuah buku kepada Luna. Tertera tajuk di kulit buku itu yang berbunyi..

The History Of Windcrawler.

"

Buku apa ni??"

"Buku ni menceritakan tentang Puak Windcrawler. Bacalah. Bagus untuk kamu berdua mengenal tentang Puak Windcrawler. Okaylah saya nak pergi dulu. Ada hal sikit di Frontline City. Bye!" Edward meninggalkan mereka Luna dan Fiona di taman itu.

"So nak baca ke?" Soal Fiona.

"Kita bacalah..Mana tahu dapat maklumat yang bagus tentang puak Ace." Cadang Luna lalu dia membuka buku itu.

Mereka berdua mengambil tempat di bawah sebatang pokok lalu duduk.

Mereka membaca buku itu dengan kusyuk.

"Ouhh...Rupanya Puak Windcrawler merupakan 3 puak yang terawal selain Puak Slingbuster dan Puak Sujiyama..Hmm.." Fiona mengurut dagunya sambil membaca buku itu.

"Buka itu sahaja Puak Windcrawler merupakan puak yang mahir berlawan dan menjadikan mereka sebagai puak yang digeruni. Tetapi yang peliknya...Walaupun puak ini kuat berlawan tetapi mereka ramah dengan puak lain." Kata Luna.

"Jadi kalau macam tu kenapa Puak Windcrawler boleh pupus?? Bukankah mereka handal berlawan dan peramah. Apa sebab kepupusan puak ni pula??" Soal Fiona.

Luna tanpa banyak bicara terus membuka berberapa helaian buku itu.

"Hah! Dah jumpa!" Kata Luna apabila dia menjumpai sebab kepupusan puak Ace.

Mereka berdua berdiam diri apabila terbaca bagaimana puak Ace dibunuh.

"Tak sangka kejadian ni berlaku pada 18 tahun lalu. Masih baru lagi kejadian ni." Kata Fiona terkejut.

"Tetapi ada jugakan menceritakan terdapat 2 orang dari Puak Windcrawler yang terselamat dari serangan itu. Let me guess, salah satunya ialah Ace. But...mana lagi satu orang?" Fiona menggaru kepalanya tanda dia bingung sekarang ni.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now