seven

1.9K 270 39
                                    

LEAVING.

🌟🌟🌟

3 pagi.

"SONG JI HYO!", jerit Jimin kuat apabila mendapati Jihyo sedang tidur lena d atas katil bersama-samanya tanpa pengetahuan Jimin sendiri.

Lebih parah ialah Jihyo tidur sambil memeluk Jimin erat. Jimin meronta minta dilepaskan, kerontaan Jimin mengejutkan Jihyo ditengah malam.

Gadis itu bangun dari pembaringannya diduduk lalu digosok matanya mengantuk.

"Apa yang cuba kau buat?! Aku kan dah bagi bilik untuk kau!"

"Wea-yeo? Song Ji Hyo ada buat salah ke?"

"Ye! Memang ada! Sekarang kau sedar tak kau tidur dekat bilik aku, baring dekat katil aku dan baring dekat sebelah aku!"

"Eo? Park Jimin shireoyeo? Tapi ada orang tu cakap suami isteri boleh tidur berdua sama-sama", ujar Jihyo menyentakkan Jimin.

"Siapa 'orang' tu?! Dan SEJAK BILA KITA KHAWIN?!"

Jimin sudah serik! Dia tidak mahu lagi bersua muka dengan gadis pelik ini. Dia mula menuruni dari katil dan menyusun langkah pergi.

Jihyo memandang Jimin dengan pandangan kosong, dia juga turut menuruni dari katil dan mengikut langkah Jimin.

Sesampai di ruang tamu, Jihyo melihat Jimin sedang kehulur-kehilir mengambil jaket tebalnya, mask, dan terus dicapai kunci kereta yang disewa selama beberapa bulan.

"Ikut aku", kata Jimin.

"Ke mana? Waktu tidur Song Ji Hyo dah terlepas"

"Tak! Sekarang waktu Park Jimin arahkan kau ikut aku! Palli!"

Jihyo akur, diambil juga jaket pemberian Jimin pagi tadi lalu disarung ke badannya, dia menghampiri Jimin seraya merangkul lengan Jimin dengan muka kosong.

Jimin mula pelik "Apa kau buat ni?"

"Wae? tak boleh ke? tapi orang dalam kotak tu selalu buat macam ni"

"Kotak?"

"Kotak tuh", dijuirkan bibirnya kearah TV yang terletak rapi diruang tamu.

Jimin mendengus, sah minah ni gila. Laju sahaja dia menarik lengan Jihyo dan pergi.

🌟🌟🌟

Ditempat parkir kereta, terdapat kereta sewa Jimin sahaja yang terletak di situ. Ditarik Jihyo sehingga mereka sampai di tempat letak kereta.

Setelah itu tangan Jihyo dilepaskan kerana Jimin ingin membuka pintu kereta yang dikunci itu. Beberapa saat, Jimin memasuki ke dalam perut kereta sendirian.

"Menyusahkan aku lah budak sesat ni", dengus Jimin sendiri sambil cuba menghidupkan enjin kereta.

Enjin kereta sudah dihidupkan, Jimin menoleh ke kirinya dimana Jihyo masih berdiri tegak disisi kereta sambil memandang Jimin. Diturunkan tingkap.

"Tak nak masuk ke?"

"Ma-Masuk?"

Jimin angguk menyampah "Yela, masuk jelah, kau nak takut apa?"

Detik ini wajah Jihyo tatkala mula merona merah sebab apa pun tak tahu. Jimin turut nampak pipi merah tu, pelik juga. Tapi dihiraukan.

[C] Dreamcatcher | JiminWhere stories live. Discover now