twelve

1.7K 257 39
                                    

SLEEP.


🌟🌟🌟

Ditengah malam, Song Ji Hyo terbangun dari tidurnya. Dia sedar kini dia berada dibilik tidur Jimin setelah pengsan akibat Jimin merentap rantainya sehingga putus.

Dia melangkah bergerak mencari Jimin. Dirumah itu ada empat bilik sahaja dimana bilik pertama adanya TaeKook. Bilik kedua pula adanya NamJin.

Bilik ketiga adanya YoonSeok dan bilik keempat sepatutnya adanya Jimin tetapi akibat Jihyo pengsan, Jimin membiarkan Jihyo mengambil tempat tidurnya.

Dicari Jimin sehingga ke ruang tamu, ye Jimin sedang lena tidur diatas sofa tanpa selimut mahupun bantal.

Kesiankan?

"Park Jimin", kata Jihyo sayu mengusap perlahan rambut Jimin yang sedang lagi tidur.

Walaupun Jihyo ini dianggap bodoh, dia tahu cara menjaga orang yang dia sayang.

Dia mengambil selimut dan bantal yang ada dibilik Jimin ke ruang tamu. Diangkat kepala Jimin TANPA menggunakan tangannya. Dia menggunakan kuasanya sahaja, kemudian diselitkan bantal tadi dikepala Jimin.

Selimut yang dibawa, diletakkan diatas tubuh Jimin. Sofa itu cukup besar seperti singel bed, jadi Jihyo turut baring disebelah Jimin menghadap wajahnya.

Dingulus lembut wajah Jimin sambil tersenyum manis.

Ketika itu, Jimin mula mengigau yang bukan-bukan. Dahinya basah, keningnya dikerutkan, bibirnya mengigil seperti dia sedang mengalami mimpi buruk.

Song Ji Hyo memegang tangan dan terasa ada sesuatu ditapak tangan Jimin seperti Jimin sedang mengenggam sesuatu. Dipaksa buka perlahan tangan Jimin itu dan jelaslah rantai milik Jihyo yang direntap Jimin tadi ada bersama Jimin selama dia tidur.

Jihyo tersenyum kecil kemudian dia perlahan mengambil rantai itu dan dipakai semula. Beberapa saat selepas itu, Jihyo mula memeluk Jimin sambil memejamkan matanya.





🌟🌟🌟

Dalam mimpi Jimin.

"Kenapa aku?! Kenapa?! Aku percayakan kau! Kenapa aku yang kau nak jatuhkan?!", kata Jimin ketakutan ditambah lagi dengan suasana yang sangat gelap.

Orang itu hanya berpakai topeng dan memegang sebilah pisau yang tampak tajam lalu menghampiri Jimin yang sudah terduduk dilantai.

"Jimin, Jimin? Takan kau tak ingat? Sebab kau lah aku jadi MACAM NI!", pisau yang dihalakan ke Jimin serta merta membuatkan mata Jimin terpejam rapi dan menjerit!

"TAKKKKK! APA KAU NAK DARI AKU?!", jerit Jimin ketakutan.

Setelah itu, dia tidak rasa apa-apa seperti tusukan pisau atau pun apa-apa benda yang tajam menikamnya.

Dia pelik, dia kembali membuka matanya, suasana yang gelap tadi menjadi cerah semuanya putih. Dan kemudian dia jelas melihat seorang seperti yeoja sedang tidur dibuaian.

[C] Dreamcatcher | JiminWhere stories live. Discover now